Thursday, August 14, 2008

Aisyah's Passport

Hari ni gi wat pasport cik mek molek tu kat Plaza Metro, Kajang. Ada member suggests gi ke Wisma PKNS, Shah Alam, sbb ada kaunter ekspres utk ibu mengandung n baby2 yg xde di Pejabat Imigresen lain2 (thank u very much for the tips!), tp malangnya Hubs sibuk n x sempat nak drive ke Shah Alam, so kitaorg terpaksa la brave it kat Kajang aje :(

Aku mmg ada pengalaman menunggu yg lama giler di Kajang tuh, siap kena berdiri2 kepanasan lg kat luar pejabat tu sbb kerusi dah penuh. Pulak bangunan tu bangunan lama kan, aku x yakin ada tempat utk breastfeed atau changing room utk baby. So aku siap2 pumped 5 oz bekal utk Aisyah kot la lama giler and berkira2 kalo perlu, aku terpaksa masuk fitting room kat Parkson tingkat bawah sana utk menyusu (hehe... wat jahat sket). Mmg nervous gak nak gi nih, takut lama, takut Aisyah meragam, dan takut mcm2 lg....

Alhamdulillah, doaku termakbul, sbb siap beres urusan pasport ni dgn mudahnya. Skali lg Alhamdulillah.... Ramai mmg ramai, tp kerusi dah byk skang, semua yg hadir tu dpt duduk lah kiranya. Aircon pon dah best, dulu x rasa langsung hawa yg kedinginan tuh. Yg lg best ialah, ada cubicle utk breastfeeding!

Iye... saya ulang, dlm pejabat tu sendiri, sebelah kanan drpd pintu masuk tu, ada bilik breastfeeding. Sungguh menyahut seruan kerajaan nih utk promote breastfeeding. Bagus2. Selesa lagi. Ada kerusi sebijik, pastu ada mirror yg mana kita bole tgk luar utk cek giliran kita dah sampai atau belom, tp dari luar cermin tu tinted, so org x nmpk kita. And pintu bole lock dari dalam. Slack sket sbb ada satu aje cubicle, n masa aku masuk kejap tu dah ada org ketuk dari luar nak breastfeed juga (tp dia tunggu la dah aku x siap lg kan). Oh well, one is better than none.

Lps dah buat penyerahan dokumen and pembayaran, kitaorg nak mkn brunch dekat food court yg di Tingkat 4 tu, tp si Aisyah ni berak plak. Terpaksa la aku mencari port nak tukar diapers dia nih. Aku ingat nak tukar dlm strollers dia aje, sbb x mungkin la toilet dia ada facilities utk baby kan? Seingat aku xde. Tp Hubs kata, 'Isy, x senonoh, ni kan kedai makan. Pegi je la toilet, then tukar atas strollers pon dah x pe.'

So aku pon bawak la Aisyah yg dah wailing at this point ke toilet. Aku byr 20 sen and held my breath. Biasa la, toilet yg byr 20 sen ni, tahap kebersihan dia meragukan, nak2 yg dekat bangunan lama la katakan. But, to my surprise, it's clean! And actually smells like disinfectant (which is better than smelling like urine or worst...). Restroom tu baru renovate kot, sinki dia canggih manggih. Anyway, aku dah prepare nak salinkan diapers Aisyah atas stroller until I saw a changing table.

Iyer, changing table! Okay, I admit that I am guilty of memandang rendah terhadap old shopping complexes like Metro Kajang (lama). I know that not all shopping complexes have caught on to these changing needs (i.e. nursing / changing room), but Metro Kajang has definitely got it down with a pat. So there, people, this Ramadhan mari la bershopping di situ without hesitation, even when you have your little ones with you :)

Oh, back to the passport. Dlm 2 jam, passport Aisyah siap. Lebih best lg, pekerja2 di kaunter Pejabat Imigresen Kajang adalah sgt efficient, and ramah mesra skali. Mmg puas hati. Mungkin cawangan lain pon begitu. But this one has definitely improved since my last visit which was probably 3 to 5 years back. Syabas diucapkan!

So skang Aisyah Nurzahirah can travel the world la, passport dia dah siap. Hmm... not quite travel the world la, coz visa ngakk ada lagi, but at least she can say, 'Yo Bro! I gots me a passport already... Aiight! ' hehe... Apa pon, setinggi2 kesyukuran pada Allah kerana memudahkan segalanya...


I gots me a passport

4 comments:

Mummy HnH said...

Cute nya baby Aisyah nyer passport... Chubby, geram gitu...

Oyis said...

kata aisyah, 'hehe tq auntie..'

yzmahoney said...

oo.. kajang town skrg mmg dah UP sket..hidup KAJANG!! hehehhe

Oyis said...

yzma, fuyyo... semangat seh budak kajang ni... memang patriotik abis hehe... anyway, mmg kajang dah improve byk n for the better la, bagus gitu..