Wednesday, October 26, 2011

You Happy, I Happy

Half-term is here and Aisyah's nursery is closed for a week.


My God, a week!


Lama tuuuu....



So the first few days adalah haru-biru, keja ke mana, rumah ke mana, and 80% of the time aku bertukar menjadi Incredible Hulk.


Tapi tu citer dulu. Skang dah tau tektik.


Tektiknya, pagi2 dah kena bawak Aisyah kuar2 rumah. Then dlm lunchtime gitu balik umah. Lps tu baru Aisyah akan main toys ke, tgk TV. Masa ni leh wat keja. Masuk pkl 3 ptg or 4 ptg, suh dia tido. Slalunya dia akan tido 2 jam mcm tu. So leh wat keja lg. Kalo x kuar rumah, pg2 lg dia dah bg dia main toys, by 11.30 pg dia dah bosan and mula la buat pe'el menggoyangkan meja laptop atau memanjat kepala aku. Satu lg advantage kuar rumah ialah, paksa dia jalan kaki, bg penat. Nnt terguna habis energy dia, x la aktif smcm kat umah. Hati aku pon senang, pagi2 dpt merayap dulu, supermarket pon jd la, janji xde la terkurung je dlm rumah jd singa.


Kebetulan hari ni ada bbrp benda nak kena buat- book tiket tren kat railway station, gi bank, so mmg kena kuar. Cuaca pon cantik. Museum pon ada wat program 'Cutting Edge', workshop utk kanak2 sempena cuti sekolah, so apa lagi, bawa kan dia kat situ, main gunting2 dan tampal2. Alhamdulillah, dia seronot, aku bertambah2 la seronotttt!





Esok Insya Allah nak gi lg, janji dgn kawan aku Li*a dan anaknya J*mie yg sekelas ngan Aisyah. Aku rasa better spend half day kat luar (ala2 burn waktu study), tp balik bole study, drpd cuba study one day, x kuar2 rumah, tp sudahnya mmg x menjadi satu hapa sbb anak jeles dgn laptop.


Moralnya, it's NOT the quantity if time you spend dpn PC that matters, BUT it's the quality of work you dpt produce at the end of the day that does.


Kdg2 aku masih lupa borderline antara wife, mummy, and student, and that it should always be in that order. Apa la ... :P


And satu lg yg bapak aku dok pesan2 sokmo, isu keberkatan.


Tapi nak berkat hati mau redho.


Jgn dah plak nanti, dah la masa nak wat kerja mmg x byk, plak bila buat x de keberkatannya. Konfem sia-sia. Nauzubillah...



Thursday, October 20, 2011

Lawan Mata

SV aku mmg sah kuat bekerja.


Asalnya aku emel dia pkl sepuloh mlm lebih. Ingatkan dia masuk opis esok la dia jawab.


Skali...


Hah, 11.03 pm pon online lg. X tido lg rupe nya dia.


Harus la tunjuk anak buah lg rajin kan. Dan2 aku balas masa sedar emel drpd dia dah masuk. Cannot wait for tomorrow dah. Untung2 dia ingat aku sokmo rajin stay up mlm wat keja. Walhal rutin ni baru dlm fasa ekspreimentasi lg. Baru start minggu ni. Bole la...


Anyway, by the time aku balas, 11.34 pm.



Tunggu...




Tunggu...




Tunggu...




Dia x balas. Sohih dia dah tido...


Heh, aku menang. Aku lg lama buat keja (konon nya la).


Tp aku tetap rasa mcm loser.


Sbb nya?


Well, emel tu kitaorg duk bolak balik pasal satu benda kecik ni (kerja aku le). Mula2 dia mintak aku suggest sesuatu. Dlm backup plan dah ada la cara nak buat, tp tu idea asal dia, and mungkin dia nak dgr idea aku, kot aku ni lg kretif and kritis. Ni cerita 2 hari lps.


So menggagau la aku pusing2 otak. Pikir sana, pikir sini. Google sana, google sini. Nak suggest apa ni kat dia. Diskas2 dgn lab mate bagai.


Last2, dapat la propose 3 potential solutions. Tu yg dan2 email pkl 10 mlm eheh.


Skali, dia jawab mcm ni.




Walaupon ayat dia pendek and mudah aje, translation terlindung adalah: "Suggestions apa yg ko bagi kat aku ni, ape ke x releven satu pon? Baik tok sah suggest langsung"


Or kalo Ahmad Nisfu sure dia ckp, "Apa yg ko merepek ni, *&^%$"


Oh, loser nya rasa.


Hmm..


Masuk tido ah camni.


Apa2 ntah. Ngan SV pon nak wat2 merajuk. Manja nih, babap sket! :P



Wednesday, October 19, 2011

Harvest Festival

Perbualan ibu dan anak sebelum anak ke sekolah.


Aku: Aisyah, you've got the Harvest Festival today at school

Aisyah: I know


Amboih, dia jawab I know tu. Tanya lg..


Aku: Why do we have harvest festival? (bajet anak akan jawab merepek)

Aisyah: Because it's winter. Cold is coming


Oh, tahu jgk rupanya dia. Musim menuai ni sblm dtg nya winter, sebelum tanah gersang dan kering kontang and tanaman mati dek frost semua. Alhamdulillah, masuk ilmu yg cikgu dia ajar, sejuk hati dan telinga mendengar... hehe


Tp mmg dah sejuk la. Time aku menaip ni dah gigil2 sket sbb pakai baju sehelai je. Malam ni dijangka 3C. Almost frost-inducing tuh, aduh.


Alang2 dah sejuk, sompet gi beli baju coat baru. Burgundy/maroon gitu. Seswai ngakk? Asyik pakai coat hok hitam jo, tahun ni mencari kelainan sket. Winter terakhir la katakan huhu...



Anyway, ni gmbr2 lps amik Aisyah drpd school ptg td, dkt Autumn Fayre (Harvest Festival) tu la. Ada mcm2, dan mmg penuh sesak, tp sbb aku x brp clear ngan policy camera in school, aku hala kamera kat muka anak aku je la. Ni pon dah cukup baik. Nursery lama dia, handset tu x bole bawak keluar drpd beg/poket langsung. Klao ringing kena jawab kat luar compound lg. Ganas..


Best aaa... food2 yg dia jual. Semua nya yg berasakan autumn harvest la - pumpkin, marrow, courgettes, etc. So ada byk la td mcm pumpkin pie, pumpkin soup, marrow and mixed seed soup, pumpkin tart, apple tart, pear tart, pumpkin tajine, pumpkin quiche, toffee apple, etc. Makanan2 ni parents yg donate, dan soup2 tu plak, budak Year 2 yg masak. Tp pumpkin, marrow, semua bahan asas tanaman tu, hasil garden sekolah. Bagus ek, negara yg sebegini terhad matahari pon dah ajar budak2 gardening and becoming self-sustainable. Impressed woh. Air plak diorg buat jus apple perah sendiri, tp apple x tanam la, apple dia parents yg donate. Mesin jus apple dia ada rupa mcm mesin tebu la jgk. Aku byk gak beli food td, saja merasa, sbb vegetarian je mostly. Beli banana cake 2 slices (30p), pumpkin soup with roll(50p), lagi beli air utk Aisyah and also tapaukan pumpkin tajine with cous cous (30p) and pumpkin quiche (50p) serta pumpkin tart utk Hubs (30p).










Lagi ada games - mcm mengagak berat labu (besar sih, sepemeluk aku ada), raffles tickets, lg ada stall utk buat craft from dried leaves and cones (sgt la tema autumn kan), and also stall utk tanam bunga daffodils in a pot (20p). Ha yg ni aku gedik sket, main tanam2 ngan Aisyah. Tp lmbt lg la nak bernunga, expected next spring ok. Dah la masa on the way balik Aisyah kendong pot tu siap terlucut drpd tgn, dah tggal sekerat pot je tanah nya. Tsk. Nasib x hilang ngan bulb2 dia skali.





Sekeliling kawasan sekolah ada tertampal poster2 dan lukisan pumpkin. Itu hari Aisyah ada bawak balik kertas utk entry pertandingan buat design pumpkin (ni ala2 lukis kan Jack O Lantern nya design la ni, sempena Halloween in 2 weeks time). Aku agak tidak peka, dan mcm rasa x de harapan menang je sbb contest ni terbuka utk semua year, Aisyah baru nursery, pencil control pon x mantap, x mungkin la menang lawan budak2 tua drpd dia kan lain la kalo aku yg lukiskan ehek. Kalo buat by age, bole la layan lg. So buat2 x ingat. Rupanya semua penyertaan pon ditampal sekeliling sekolah even yg coreng dgn pencil sampai lebam muka pumpkin tu. Ish rugi betul x enter, kalo x, dpt juga menjejak pic Aisyah buat. Patutnya, it's not about winning, it's about participating. Ape ke mesej aku nak sampaikan kat Aisyah ni, penyakit kiasu x abis2. Haih... Lain kali yeh Aisyah... (dia x tahu apa pon sbnarnya).




Anyway, semua duit goes back to the school, kira charity event la ni. It was fun and I would say it was a big success utk budak2 sekolah rendah and parents nya anjur aktiviti mcm ni.



Tuesday, October 18, 2011

My Best Friends

Mcm mana nak ajak suami anda yg terlalu obses dgn bola di kaca TV utk keluar rumah and spend time bersama family?


Aisyah: Do you like football?

Ayah: Yes, I like football.

Aisyah: I like shopping. I want to go outside today.


Nasib baik lah anak nya 'berhalus', kata org Klate. Ni cara paling baik dia nak sampaikan kat bapak dia, sudah2 la tgk bola tu weih. Bawak anak bini ni kuar shopping plak hehehe.


Yg bagus nya, strategi dia mmg menjadi. Syabas betha.


****


Aisyah: We are best friends (sambil merangkul leher aku)

Me: Best friends for ever and ever?

Aisyah: Yes, for ever and ever...


AWWWWWWWWW.... cue air mata and tissue!


***


Gambar best frens aku dua org. Perhatikan gaya Aisyah duduk. Ye, selamba kodok bersila dan beristirehat atas LUTUT ayah dia, sambil baca buku aku "What Every Christians Should Know About Islam'. Pergh, heavy stuff. Now that day time is shorter, masa lebih byk spend dlm umah utk aktiviti keluarga sebegini...






Monday, October 17, 2011

Melting Factor


My heart melts a little bit everytime I see this pic. Not only because it captures the pic of two the most closest and dearest people in my heart, but also because it sort of tells a story of how much we have 'grown' in the past few years struggling to get by and survive di bumi penjajah ini. For a start compare sahaja Aisyah's height from the above and the one below. My goodness, don't her legs look like they go on for miles?!!



The definition of 'growth' to me doesn't just stop at the physical level. I am also talking about how much things have progressed.


Ironically, 3 tahun dulu you would see the two of them aku tinggalkan di rumah kerana aku perlu ke lab/tempat kerja. Aisyah was too small for nursery, Hubs was without any luck finding a job. Picture di bawah ni taken almost 3 years ago, in January 2009 at our old flat. Aisyah was only 7 months here :)





Now it is both of them that make their way out of the door earlier than I do every morning, one goes to work and the other, giddily to nursery. Tinggal lah aku kat umah. Itu pon dah pindah ke rumah baru, bkn lg where Aisyah grew up in. Since I quit my part-time job, and Aisyah started full-time nursery, I find that kdg2 mcm buat kerja di rumah lebih produktif. So tgk lah keperluan nak gi lab ke x, coz I'm on my own anyway without distraction. Except for FB. And Blogspot. Oh darn.


Apa yg masih maintain sama ialah, aku masih lg berjuang. Perjuangan belum lg selesai. That, has not changed for the time being. Apapon, Alhamdulillah aku bersyukur pada nikmat Mu Ya Allah. Semoga segala pengorbanan org2 yg aku kasihi ini dpt ku balas jua dgn pulang membawa satu kejayaan, Aminnn...



Sunday, October 16, 2011

Kerna Diri Ini Telah Dilukai

Puitis gile tajuk. Macam org patah hati sgt.


Sbnarnya nak bercerita psl si Aisyah ni ha. Terjatuh kat sekolah. Mmg literal meaning lah ye.


Last Thursday, she came back from nursery, I thought her tights looked a bit dirty (mcm kotor tanah). Aku tanya kenapa dan she told me she fell down at school because she was running too fast. So aku kelebek2 la sket, nak tgk ada calar ke kan.


Ghupe nya, berplaster ko. Dua lutut skaligus plak tu. Hero jugak dia ni bermain kat sekolah. Ke main lagi dia sengih2 tunjuk 'tanda'.



Aku terpikir gak, apehal la cikgu x ckp pon dia jatuh masa aku picked her up tadi. Nak la tau budak ni nangis ke x. Jatuh tertiarap ke mcm mana, tersadung kaki sendiri ke, tersepak something ke, budak2 tolak ke. Tp biasa lah, nama pon nursery kan, budak2 ramai, nak particular attention tu payah jgk. Nasib baik ada cikgu tolong buh plaster pon aku dah berterima kasih dah la. Mungkin Aisyah ni tabah kot, x nangis. So that's why they probably made no big deal out of it.


Skali masa malamnya Ayah nya nak tukar kan plaster and cuci sket2, adoiiii... terus Aisyah yg hero ni jadi Neng Yatimah dah. X cukup dgn efek air mata, siang meraung2 skali, mcm sakit sgt. Mmg nak tergelak sgt2 dah masa ni, tp terpaksa ku stifle ajo.



Esok nya pon sama. Asal wee wee je nangis (sbb bukak seluar je nmpk plaster. X bukak x nmpk). Mandi pon dia x nak, risaukan lutut dia la tu. Setakat bole layan, aku layan la permintaan dia. Kesian jg, kalo org dah fobia tu kan, kena la hormati jgk ketakutan dia. Tp kalo sampaikan berak pon pesan, don't wash my legs, mcm mana nak cebok tuh?


Selalu lps mandi demand2 nak pakai dress x kira cuaca, skali lutut dah robek, tgk kaki sendiri pon x mau, suh pakai kan seluar panjang (berjaya pujuk suh mandi jg in the end, tp jam 1 ptg dah). Seriau la tu. Ini penakut berlebihan ni amik gene siapa la ni?


Jawapan: gene aku la. Aisyah kan mini-me. Dulu pernah masa awal2 kawen, balik Muar, aku buat2 rajin masak, pastu terhiris jari sendiri. Darah mengalir (tp sket aje), terus rasa nak pitam and empangan air mata mula la melimpah. Sudahnya FIL aku yg cucikan luka, buh gamat and pakaikan plaster utk menantu manja dia ni hehehe.


Sambung balik kisah Aisyah, syukur lah malam ni, dlm sedu2 pon, Hubs tanggalkan plaster. Tunjuk kat Aisyah, dah baik la. X de apa dah. Dah tgk dgn mata kepala dia sendiri, baru dia puas hati. So dah ok. Selagi ada plaster kat lutut selagi tu dia kata they hurt. Award winning acting sungguh. Drama Queen in the making macam Mummy dia la katakan...



Friday, October 14, 2011

Mari Kita Membakar

Eh, gini ke tulis kalo nak ckp utk 'Let's Bake?'


Al-kisahnya td Aisyah keboringan kot x gi nursery. Dok terteleng kepala tgk TV, ada satu rancangan dipanggil 'I Can Cook', cerita masak2 utk kanak2, terbitan CBeeBies. Habis dah nmpk dia melopong tgk budak2 baya dia masak, aku pon tanya la, nak buat x Cheese Muffin tu? (Diorg wat cheese muffin). Belek2 brg dlm kabinet, mcm ada la lebih kurg semua yg dia ndak tu.


Aisyah apa lg, terus teruja la kan. Nak2 aku mmg bg dia lesen besar, suh tolong whisk kan telur, tolong gaul cheese ngan tepung. Fuhh.. smg dia buat. Pastu kasi chance dia sudukan satu2 adunan yg dah siap dlm muffin tin tu. Sampai la siap bakar, sabar je budak kecik tu tunggu.


Kesudahannya, ok la kot. X sedap mana pon, tapi dalam dia lembut. Rasa sket tawar, tp mungkin dia bajet utk budak2 kan, x elok masin2 nih, so ok la. Cuma rupa dia agak mcm cucur badak, mungkin sbb aku pandai2 ganti english mustard dgn kunyit tee hee. Ala, aku rasa english mustard tu depa buh nak suh kuning2 sket kan, so aku taram je la. Oh, pastu aku x de cress so aku buh coriander. Patut la pelik pon. Lain disuruh, lain dibubuh. Pastu x sedap nak salahkan resepi :P


Tapi not bad la, mother-daughter activity. Bapak dia pon benefit jg, mkn ntah brp ketul dia sorg. Boleh tahan rajin jgk aku ni melayan Aisyah ek, time lapang2 jiwa senang. Kalo time keja deadline, x dapat la huhu...


Just to clarify, cheese muffin ni savoury eh, bkn manis2 mcm cheesecake. Resepi bole ceduk di sini









Post Seminar Self-Review



Last Thursday aku kena present seminar utk group. Utk kegunaan diri, aku catat dalam bentuk point kat sini the positive points and negative points to be worked on).


Positive:


Lebih able to defend work critically

Dulu2 mmg penakut, malu, dan kalo org ckp apa saja, angguk2 mcm Jepun mengiyakan, nak suh cpt2 get away from the limelight. Skang rasa lebih defensive over my work (wahh sudah jatuh chenta kah?). Kalo ada org tanya itu ini, kalo rasa mcm pendapat or suggestions diorg tu x tepat tu, sungguh2 defend.


Dah x ketar2, terbatuk2 or serak tekak

Dulu aku kat dpn, mesti ketar2. Pastu kalo berckp mesti terjerit2 sbb konon nya nak suh suara sampai kepada semua audience. Rupanya, xde mic pon satu bilik pon bole dgr kalo ckp suara biasa. Pastu aku dah bole control x ckp laju sgt. Sbb aku suka tgk org2 European lain, diorg English pon mcm kita jgk, 2nd language kan, tp diorg very teratur ckp, satu per satu, jelas. Aku ni ckp mcm ribut (ke robot?) laju satu mcm, mungkin kes nak cpt2 get away from the limelight jgk la ni kot. Tp Alhamdulillah, dah berjaya control sket. Ckp mcm berckp biasa psl keja. Cuma nervous tu tetap la ada. Bohong la kalo x de langsung. Tp asal x blank langsung dah bagus hehe. Maybe jgk sbb dah byk tahun kat lab ni, dah kenal hadirin hadirat nya.


X de insiden senyum2 mcm kerang busuk

Dulu ni defence mechanism aku. Kalo x tahu nak jawab, senyum2 hopelessly mcm bimbo gitu. Aku mmg made a promise to myself utk tidak berbuat begitu lg. Masa anak dara dulu mungkin tactic ni bole pakai la kot dkt lecturer lelaki yg muda, tp skang? Huduh ok? So kalo ada sesuatu pertanyaan yg aku x tahu jawapannya, aku slalu nya berpaling ke SV, dan ala2 diskas jap kat situ. Pastu ngaku la x tahu, or terlepas pandang point tu, dan ucap tima kasih pada penyoal. Gentleman gittew... Sbb aku dah faham bahawasanya, ilmu Allah itu luas, x mungkin bole tahu semua (cheh che chehhhh)



Bab2 kosmetik ni tinggal tepi

Dulu suka design2 slides. Mcm2 warna, mcm2 corak kat tepi. Animation bagai. Skang kan, pakai bgroung putih tulisan hitam je. Gile sempoi mate. Tp nmpk mcm org kurg kisah pon ye jgk. Maybe lain kali cari kaler off-white sket la kot supaya x appear mcm pemalas haram dan last minute.


Overtime

Weih, mcm mana leh lebih sejam berceramah kat dpn ni? Slalunya 40 minit je dah siap Q&A semua...



Utk pembaikian diri:


Terlalu byk graf

Terlajak rajin nak berkongsi, inilah padah nya. Mengkonfiuskan org, sampai mata depa perit2 tgk figures kat screen. Sound sample adalah LEBIH penting, even kalo penjelasan kurg menarik, or objektif yg disampaikan tu kabur2, tp dgn ada nya sound sample, audience kjp je bole faham apa yg kita cuba nak buat or bole immediately nmpk keberkesanan teknik kita, tanpa perlu tunjuk sgt numerical data or graf2 even (i.e. kalo kita kata cara kita akan dpt synthesise kan sound yg lebih hampir kpd query, then instead of tunjuk number2 or carta result, pasang kan sound demo and audience bole judge sendiri).


Play the sounds

Aku ni malu2 ayam nak bagi org lain dgr my synthesised sounds, rasa mcm it is too personal utk dimainkan. Ala2 violated gitu. Tp in the end kena prompted utk play, so main kan la jgk. Nasib baik diorg kata not bad, dan pitch dia adalah hampir2 tepat dgn yg original. Tapi kena ingat lps ni, dlm research x bole malu.


Skop utk present hari tu besar sgt

Perlu jelas kan sket apa yg aku nak ckp hari tu, bkn cuba cram everything yg aku dah buat dlm PhD ni dalam masa sejam.


Analogy mcm kurg jelas

Ada jgk analogy aku tidak smpi kpd audience. After bg clarification, baru diorg faham. Beat the purpose sungguh.Pembaziran air liur dan satu muak slide x psl2.


Results baru yg panas2 daripada simulation terkini, x yah la bubuh

Ko bukan nak jual lauk pauk kat kedai mkn tghari, Oyis oiii... X usah gelojoh bawak result yg panas2 ke dpn. Kalo x abis analyze/x sempat analyze betul2 mcm aku ari tu, buat point org nak fire kan aje heheh. Sbb tu la org suruh jgn wat keja last minute, eiii biasa ni, babap sket!!!


Seeing the bigger picture

Ada satu point aku rasa bole jd contribution kecil. Point lab member aku bg. Aku pon x perasan secara indirectly result aku tu menunjukkan the musicality of the sound class. Aku rasa ni plus point buat seminar, sometimes terlalu lama menelek kerja kita pada jarak yg dkt (terlalu narrow), jd syok sendiri. Sekali, when we take a step back and let others see it, diorg nmpk mcm2 benda yg kita miss (the bigger picture). So aku really appreacite his points.


Write, write, write

Kena menulis dah weiii... Sbb selagi x menulis, masa kat dpn tu ala2 ingat2 lupa result experiment tu ckp apa. Kalo resultnya dah siap tulis, nescaya tidak lupa lupi lg....





Thursday, October 13, 2011

Cerita Viva (Viva Org Lain)


Sebelum org cuak baik aku explain siap2 dlm title tu, x bukan viva aku, tp viva lab mate aku.

Bkn viva PhD, tp viva MRes (Master by Research). But since di UK ni, viva PhD dia tertutup x leh ada org lain attend, maka this is the closest that I will get to sit in dan belajar. Mmg lah masa MSc dulu aku pon buat by research, so technically dah pernah kena viva satu kali, tp nak la jgk tgk di UK ni expectation dia mcm mana. And, internal examiner yg soal kawan aku ni jgk MUNGKIN jd internal examiner aku, sbb Prof dah bgtau sket2 bbrp nama yg dia rasa nak nominatekan utk thesis aku nanti.


So di kesempatan ni aku nak tulis soalan2 yg dia tanya (kot la in the future aku leh formulate soalan mcm mana yg bakal internal aku ni akan tanya), and also nak tgk gaya bahasa viva di sini.


Berbalik pada cerita asal, tajuk thesis kawan aku adalah 'Understanding Music With Neuro*science". Quite heavy stuff. The candidate was given 10 minutes to explain his thesis, intro sket, then dlm 7 minit kat LR, pastu explain methodology 2 minit and then terus contributions. Chairman dia Prof aku,so dia diam aje, and jaga masa. Cukup final minute dia suruh kawan aku tu wrap it up. After that sesi soal jawab ngan examiner plak.


Mula2 aku nak tulis sket pengamatan aku psl viva session ni, dan maybe sedikit comparison dgn pengalaman viva aku di Msia dulu.


- Examiner

Examiner kat sini mmg baik2, bkn jenis nak buat org gelabah x tentu psl. Mcm yg ni td, awal2 lg ckp, 'You have a very good thesis. I feel that I have learnt something from this" --giler humble! Bkn nya nak menunjuk dia tahu semua benda in the 'i-am-the-best, you-grovel-at-my-feet' kinda way langsung, tp bole lg merendah diri dgn org baru nak ada master. Yg examine ni bkn calang2 org, ada dua PhD lg, ok? (bkn kes repeat PhD tp, buat PhD dlm dua bidang).


Pastu very encouraging. Kawan aku ni mula2 terketar2 dan susah nak bina ayat, tp examiner tolong sket by rearranging the questions. Kira understanding la kan. Bkn makin nampak org tu gugup makin sergah dgn soalan2 bertubi2.


Bila jawapan tu menyakinkan, dia bagi puji i.e. 'point well-given and well-taken'.


-Chairperson

Chairperson dia diam. Awal2 lg chairperson tu inform semua org, dia x bole bersuara. Dia explain mcm mana proses viva ni. Dia jaga masa, dia tanya ada apa2 soalan lg ke x? Dia x sibuk2 nak tanya. Ni mmg aku nak relate dgn kisah viva aku dulu, yg mana chairperson aku yg tanya lagi byk drpd examiners semua. It was a harrowing experience for me, sbb dia plak yg tanya lebih2, mcm nak membunuh pon ada, walhal examiners lain mcm dah selesai bertanya eh eh eh....


-Questions

Byk nya tanya psl fundamental questions, dan jg pendapat. 'What was your opinion ...' or 'Why do you think...' Maknanya, benda ni x de betul atau salah, and it opens up a space utk berdiskusi, bkn ada satu jawapan je. Pastu x rujuk sgt thesis, sbb thesis examiner dah baca. Seolahnya mcm dia nak tahu, dlm beratus2 mukasurat yg ko tulis, apa yg best, ceciter, ceciter... Tapi maybe ni MRes nya level kot, PhD aku suspek lagi la mencabar, but just the way things are asked, dah cukup utk membuatkan calon tu rasa konfiden atau tidak.


Anyway, kongsi citer sket, masa aku viva dulu, fuh penuh Post-It stickers aku kena tampal kat thesis, sbb kejap2 kena tanya, mukasurat mana yg u tulis tu (mungkin ini aku yg ngek sbb x tulis dlm thesis). Tp ada jg part mmg aku dah tulis, tp examiner or chairperson yg mmg jelas kantoi x baca habis thesis student la kan tu tanya exact page. Mmg menggabrakan la kalo ko tahu ko ada tulis dlm thesis pon, tp kalo on the spot dia suh bg mukasurat, x ke berpeluh sejuk?


Ok tu je lah aku nmpk perbezaan sket td. Bkn nak kata kat Msia teruk, no no no. As a matter of fact aku rasa kat msia lg strict (which could be good) tp aiyo, mmg seram la kalo aku kenangkan kembali. Harap2 rezeki aku pon dpt examiner yg sympathetic sket. Takut la. Sbb ni semua bhg dan rezeki masing2. Semoga Allah permudahkan segalanya...


Bole jgk aku nak note kan, bahwasanya, kawan aku tu aku dah x nmpk dlm bbrp mggu kot, kerja keras utk prepare viva dia ni. Kurus dah dia ko!!! Obvious sgt. Penangan research la ni. Mula2 dia mmg gugup, tp in the end dia dpt gained balik confidence dia, good for him. Aku harap2 dia lulus. Aku rasa xde problem dah, tp unlike PhD, MRes ni kena tggu examiner mark thesis baru dia tahu lulus ke x. Tp xde la teruk sgt pon dia kena hentam and internal tu ajak satu lab gi minum kopi jap lg, so aku yakin no hal lah tu...



Ok ni utk diri aku sendiri, aku tulis balik soalan2 yg ditanya td, kot2 la examiner ni recycle besok2. Part ni kalo x suka bole skip...



1. Explain the basic similarity in the music and language structure.

2. What was your opinion on why they wrote that paper

3. Do you believe that music is just an 'auditorial cheesecake'?

4. Explain the difference between mirror neurons and canonical neurons

5. If you were to take a stab in the dark, what would say the next thing you could have improved?

6. Why is there still a link between music and movement for sounds that have never been heard before?

7. What is the function of emotions?

8. How can music be linked to movement, and emotion be linked to music, but emotion not necessarily linked to movement? Can they be triggered by music?





Ooo pastu sblm majlis viva dia ni bersurai td kan, SV aku (chairman) tu mintak semua org tanya at least satu question dkt candidate tu. Ada yg tanya soalan general, like "Lps dah dpt MRes ni ko nk buat apa?', ada yg tanya soalan specific sket. Masa turn aku plak (aku last), aku tanya 'Auditoral Cheesecake tu apa?' hehehe... Nasib baik ramai x pernah dgr jgk terma ni. Rupanya korg buat2 tahu je lah ye td masa kawan kita tu present td ek, chettt...



Wednesday, October 12, 2011

Progress Report

Kali ni kita bercerita al-kisah progress report si Aisyah plak eh hehe. Asyik progress report aku jek selama ni..


Pada 11 Oct lps, nursery Aisyah ada buat perjumpaan dgn ibu bapa utk diskus perkembangan anak2 masing2 di nursery. Slot aku jam 9.40 pg. Oleh sbb semua org dah ada time slot masing2, x de la kes beratur pjg nak jumpa cikgu, and even class pon mmg senyap sunyi kita dan cikgu nya aje yg ada. So kat sini aku nak coretkan bbrp benda yg cikgu dia bentangkan, utk kenangan2 aku sendiri, also utk family, frens, genuine blog readers sahaja.


Ok, first off, cikgu dia bgtau that she has settled in well in the nursery. Aisyah loves dancing, singing and she is well-liked by her peers Alhamdulillah... I knew from my own observation tiap2 kali I send her off pagi2 that she belongs to this tight group of girls, dtg2 je dah main peluk2 and kiss2, then main ring-a-ring-a-roses sesama, alahaiii schweet nya budak2 ni all with ribbons in their hair and all that... Tapi x sangka la plak cikgu dia would describe her as 'fofular' (fengsan kejap mak dia).


Cikgu dia then bukak learning log dia. Ada la bbrp kpg gmbr Aisyah dlm tu. Gmbr main ngan kawan2, gmbr main kat swing luar nursery, etc. Huih, nasib kamu la Aisyah oi, dlm buku tu semua gambar dia masa pakai baju buruks2 or pada hari yg aku potong fringe dia senget benget. Masa hari pakai lawa2 x de plak gmbr dia dlm tu huhu...


Tp yg penting, dlm tu tertulis skills dia spt kebolehan memegang pencil (bkn menggenggam) - masih perlu diperbaiki, tp hari2 train ni. Dia masih belom bole menulis nama sendiri, tp class participation dia bagus (a.k.a ckp byk ehehe).


Then cikgu nya bgtau apa benda yg diorg belajar dlm kelas (phonics and games). Seronot jg dgr. Ckp dia suka main playdough.


Pastu dpt la jg aku konfem kan yg Aisyah kalo di nursery pandai je gi toilet sendiri (cuci intinjak ngan tisu la kot, psl x de air kan, erk?). Dia sblm ni ckp dia x gi toilet, tp mcm x leh caya je.. from 9 - 3 pm, x kan x kencing walau skali? ntah la.. cikgunya kata pegi...


Aku tanya Aisyah ni ada bully org x? Or dibuli org? Kata cikgu nya, so far x de. Syukur... cikgunya kata, kalo naughty2, budak2 ni disuruh duduk kat 'Thinking Chair'. Lega dgr Aisyah x pernah kena denda kat 'Thinking Chair' lagi hehe..


Satu lg, cikgunya konfemkan, mmg dia slalu mkn lunch kat sekolah tu sampai habis. Bagus la, berbaloi byr mahal2. Snack pon mkn jg and dah pandai tuang susu drpd jug ke dlm cup sendiri. Lunch tray pon dia bole angkat jg drpd counter bawa ke meja mkn (terus feeling2 ala high school cafeteria gitu), bawa hot food tu dlm tray tu, mcm terkejut jg aku dgr sbb kat umah x brp nak harap sgt kalo mknan panas2 ni dgn dia, takut tumpah la, apa la, rupanya kat sekolah dah advance dah, bagus2...


Cuma cikgu dia berseloroh, suruh dia mkn byk sket, coz she has a lot of growing up to do. Chehh.. nak kata baka kita x cukup inci la tu ek, Aisyah? :P


Lps habis diskas ngan cikgu, aku merayap2 satu kelas tgk hasil kerja Aisyah. Yg kiutnya, kat satu dinding ni ada letak 'Birthday Wall'. Nama Aisyah sblh menyebelah ngan Irshad (anak jiran aku yg Msia tu - BF Aisyah), sbb sama2 June, hihi...


Disertakan gmbr2 kat nursery dia tadi. Bagus jg ada meeting ngan cikgu mcm ni, baru x sampai 2 bulan belajar dah ada review nya. Semoga anakku Aisyah kekal happy menuntut ilmu di sekolah sampai ke besar, Amin...