Thursday, March 29, 2012

Masa Bekerja Sebelum Cuti


Baru lps jumpa SV. Haih... semangat, biasa leee... hehe


Alhamdulillah design utk last test (performance test guna human subject) tu dia dah bg greenlight. Tinggal siapkan answer sheet and debriefing sheet utk dihantar ke Ethics Committee. Mcm2 kekdahnya ye rupanya kalo nak involve human participants. Syukurlah aku punya test ni non-intrusive, and x de amik data2 peribadi ke hapa, kalo x lagi lama nak approve. Ni pon x tau brp lama, aku berdoa pada Allah smg cpt. Sbb nya tomorrow last day sblm cuti Easter 3 minggu, takut2 org berkenaan x de dlm opis utk sign sob sob. Kalo lulus cpt Alhamdulillah, dan aku bermohon jg pada Allah biar lah ada human subjects aku present, sbb nya takut cuti2 gini org2 'expert' yg aku aim turut bercuti sama. Tp kalo x leh nak conduct lagi pon x pe la, aku fokus kat thesis writing sementara itu.


Kdg2 aku panic mcm x cukup contribution, so lps jumpa SV mmg rasa lega lah kalo dia bg clearance. Cuma dia nak aku tulis in a specific manner, ie. kalo betul skip satu part study tu, kena tulis jgk kita aware of the issues, tp ada time limitation x sempat buat. PhD ni betul la dasat learning curve dia, hujung2 ni aku rasa kadar ilmu tu growing exponentially. Masa ni mula la menggetus dalam hati, "Kalo lah aku masih di tahun 2 (but with the knowledge that I have now), kan bagus...?" Tapi cpt2 tarik balik fikiran mcm tu, nnt termasuk kategori x redha plak dgn ketentuan Allah. Aku rasa mana2 student PhD pon mesti fikir mcm ni, with the exceptional few yg mungkin mmg dah byk siap di tahun dua lg la kan hehe.. Tp rezeki aku Allah bg hujung2 ni, aku dah bersyukur sgt. Lain org, lain bhgian, lain cabaran, lain kisah PhD nya... semua nya unik. Aku berdoa agar Dia terus menerus membantu aku dalam urusan menimba ilmu ini... Smg ilmu yg ditimba ini jg bermanfaat dan dpt disampaikan kepada anak didik ku kelak, insya Allah:)



Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar...

Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya
Insya Allah... Insya Allah... Insya Allah...
Ada jalannya

Opocot, SV baru masuk lab semula. Siap sempat tegur kami2 yg tekun buat kerja, 'X keluar ke? Cuaca elok ni. I'm surprised you guys are still in the lab.' Ecehhh.. nak suruh kuar ke, Prof? ;)


Easter Bonnet

Short, short one. Esok ada temu janji ngan SV.

Anyway, ni hasil keras tangan aku dan Aisyah yg terkini:




Sblm ada yg berkata, wow, cantik dan sedap nampak kek ni, biar lah aku terangkan, this is no cake. It's actually Aisyah's Easter Bonnet. Biarlah patung Minnie yg pakai dulu, model cilik kita dah tido (it's 1 am pon, dia dah tido berjam2 lg dari td).


Aku yg tidak menyedari adanya pertandingan di sekolah Aisyah tidak berbuat apa2 persediaan. Syukurlah dapat SMS reminder drpd sekolah (ye, sekolah ada jg bg reminder, tp kdg2 ada jg event yg terlepas), maka terkocoh kacah la aku whip up a bonnet. Mmg sedikit mengelat sbb byk pakai deco2 ready made and hat pon buat pakai kit, tp belasah lah labu. Asal saja ada participation. X menag pon x pe, asal bkn dia sorg x bwk hat langsung (mcm last time aku terlupa nak dress up kan dia pakai baju princess dalam World's Book Day - Allahu Rabbi, terlupa langsung2). Tu psl byk mcm mana pon keja hari ni nak deadline esok, aku gagahkan diri dan gigihlah jg menyiapkan dgn Aisyah.


Ada rezeki, ada lah. X de pon, asal saja dia tidak ketinggalan amik bahagian...



Tuesday, March 27, 2012

At Dusk

Beginilah pemandangan yang dapat aku nikmati dlm perjalanan kembali ke Uni pada shift kedua (pagi pegi Uni, tghari balik amik Aisyah after school, ptg lps mkn malam sekeluarga pergi lg). Beautiful kan? SubhanAllah... Hampir2 terlupa bebanan tugasan yg terpikul di bahu...







"Dan (pada) pertukaran malam dan siang silih berganti, dan juga (pada) rezeki yang diturunkan oleh Allah dari langit, lalu Ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta (pada) peredaran angin, (semuanya itu mengandungi) tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah, kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, serta keluasan rahmatNya) bagi kaum yang mahu menggunakan akal fikiran (liqaumiy ya’qiluun)."


(Al-Jatsiyah:5)


Monday, March 26, 2012

Warm Colours

SubhanAllah, cuaca dlm seminggu ini mmg benar2 cantik. Kuasa Allah, walaupon secara teknikalnya masih spring, tetapi jika kehendakNya hendak menjadikan sesuatu tempat itu panas di luar waktu nya, dgn mudah sahaja terlaksana. Kun fayakun. Suhu telah pon menjejaki 21C hari minggu baru-baru ini, much to everyone's excitement . Sehinggakan rasa nya jaket2 sudah tidak diperlukan lg, memadai la cardigan biasa2 sahaja. Baju2 pon di jemuran pon dapat lah kering dalam masa yg singkat, x perlu lah ke dobi buat sementara waktu ini, jimat, Alhamdulillah...


Nak share sedikit gmbr kenang2an di sini. These were taken last Friday. Masa tu ada deadline, so terpaksa dragged Aisyah ke opis (she doesn't go to school on Fridays). Kesian jgk dkt dia, sbb ke sana ke mari, naik tangga turun tangga bergegas from one office to another nak kejar masa sblm lunch hour (takut kaunter tutup). Alhamdulillah, semua selesai dgn baik, dan Aisyah tidak meragam. Cuma dia kelihatan agak kebosanan lah, puas berlari2 dlm lab (x de org), kemudian melukis, kemudian habis bosan pusing2 keliling sampai pening sorg2 huhu...


Kat luar bgnan opis aku tulips, daffodils, daisies dan bunga2 spring seangkatan dengan nya mmg sedang berkembang mekar. Tanpa disuruh2, Aisyah berposing di kawasan tersebut, siap paksa lg aku suh amik gmbr dia. I guess the girl has good eyes for a photoshoot. Expose them young, hehe. Sbb dia behaved, aku bg upah bawak dia jln2 kat town afterwards. Sempat bila sunhat and a pair of sunglasses utk dia. Don't you just love the colours? Vibrant giler, even by my humble compact camera's standard!













Don't know how long the good weather is here to stay. But enjoy nikmat Allah di dunia ini whilst it lasts! :)


PS: Enjoy, enjoy juga, tp kerja byk ni. By 31st March, kena submit satu paper ke conference, a meeting with SV this Thursday, kena siap borg ethics and complete kan mock performance test to show to SV. If that is not a lot, I don't know what is!


PS2: This is more of ingatan utk masa dpn diri sendiri, but today Aisyah bwk packed lunch to school for the first time. Selama ni bg dia mkn paid school dinner. Apparently, she loves her packed lunch lebih drpd school dinner, which I thought was a bit odd, sbb kalo aku la, aku rasa school dinner panas2 lg sedap. Rupanya dia lebih familiar dgn mknan from home kot, plus kawan2 dia ramai bwk bekal (yg pompuan), so dia dpt la duduk ngan geng bawak bekal, as opposed to selama ni duduk dgn budak yg membeli makanan sekolah (ramai yg lelaki). Tgk lah selama mana dia suka, or maybe nak kena revert balik tu school dinners next week. But kalo dia suka bwk bekal, Alhamdulillah, jimatttssss.... (seminggu harga kena byr school dinner is GBP9.80. Dkt RM50 tu kalo convert).



Friday, March 23, 2012

Ringkasan Pagi Jumaat

Ringkasan hari ini:


[1] Setelah hampir 4 thn di UoP, baru tahu bole guna Student Media Hub. Dah lama tau kewujudan facility ni, tp ingatkan budak arts and photography je ada access, rupanya semua yg ada kena mengena dgn arts bole guna, computer music termasuk lah eheh. Td pegi pinjam sbb terpaksa, ada 'org besar' request suh record seminar member lab td, so as AJK Seminar, kena la usahakan ye dak? Rupanya senang aje proses dia, mcm gi pinjam buku kat library. Bilik media hub ni pon besar, mcm gudang dah aku tgk, tmpt simpan kamera, camcorder, mic, kabel2, plotter machine, printer, etc. Kamera mcm2 model from DSLR to secikai2 kamera, tripod segala saiz, memory card pon dia bole supply (pinjam). Aku amik alatan paling cikai td, sbb: (1) malas kalo lg gempaq lg besar, berat nak carry, (2) lg mahal lg tinggi responsibility nak jaga, (3) x de keja aku nak kena resize kalo dah HD quality nak naik ke laman web bkn nya senang2. So amik yg paling cokia, org kaunter tu pon happy. Asal dpt buat benda yg aku nak, sudah, Alhamdulillah...




[2] Lg Allah murahkan rezeki hari aku ni. Hari ni Kak mazni sedeqahkan nasi lemak plak. Sambal dia sebijik mcm sambal gerai, sedapppp gile x tau nak kata. Ya Allah, rindu betul aku nak beli nasi lemak tepi jalan. Nikmat tu... dah lama x merasa.



[3] Stretch sket. Patut la rasa ngantuk sgt2, rupanya dah pkl 1 pg. Syok karang idea x toleh masa. Mana x smgt, dlm lab ni ramai yg fasa dah nak sama. Tgk org smgt buat kerja, konfiden dgn contribution, aku pon jd fired up jgk la. Tp apsal masa cpt sgt berlalu ni ha lately?! Astaghfirullah al azim, jgn lah aku termasuk kategori org2 kerugian...


 

Wednesday, March 21, 2012

Aktiviti Ilmiah

Berehat drdp buat kerja kjp, update CV aktiviti terkini. Mmg dah jadi habit, every few months, update kan. Bukan apa, besok2 senang sket kot nak guna CV ke, hntr update progress pengajian ke, update laman web akademik ke hapa, senarai dah lengkap kan. Rupanya byk events aku x update dlm blog ni pon, x sempat. February was a crazy month, mungkin sbb baru balik Disneyland masa tu, tp mmg aktiviti research pon agak packed. So x tau nak wat entry apa hari ni aku letak la a few gmbr2 nya and ringakasan aktiviti ye brg sebaris dua. Lg pon, dah lama x bercerita psl akademik eh lately...


[1] 6-week GTA course dah tamat awal March itu hari. 

Ada satu kelas ganti kena pergi (sbb aku missed sbb x dpt balik on time masa cuti2 Disney hari tu). Lps ni dpt certificate dah pass mengajar demo/tutorial, yeh yeh..



[2] Attended Making Sense of Sound Conference (20-21 February).

Venue nya adalah di Horizon Suite, National Marine Aquarium, Barbican, Plymouth. Ini first time tahu ada function room rupanya kat atas National Marine Aquarium tu. Selama ni pergi ingat tempat family bawa anak2 melancong je (utk baca entry dulu2 psl Aquarium ni, klik sini). Tenang nya la hati jalan tepi laut pagi2. Hening, damai... semua lah.. Anyway, seminar nya bagus, tp aku hanya dpt hadir pg je, by lunch dah kena balik sbb nak amik Aisyah plak from school. Jalan kaki ke Barbican dalam setengah jam jgk la baru sampai rumah. Content dia terlalu broad, from Cognitive to Signal Processing, to Music Making. Kalo bab psychology of hearing aku rasa syok, kalo bab digital audio aku bole tahan blur la. One thing yg kurg best, bilik seminar nya melebar, bkn memanjang, so aku asyik dtg lambat duk seat tepi tepi, hah, sakit urat leher dkt dua jam meneleng ke kiri nak tgk skrin huhu... Tp it was a very good seminar put together, and I am so grateful dpt allocation utk attend. Even dinner pon dpt allocation, tp aku terpaksa tolak, sbb idak la aku berjalan tepi2 laut sorg2 mlm2 semata2 nak mingle2. Kalo ada kereta, lain ceritaaaa...






[3] Contemporary Music Featival (9, 10, 11 February).

Memandangkan ini tahun akhir aku di sini, mmg sungguh2 kali ni aku attend all the concerts and lectures. Concert mlm pertama adalah bertajuk Insight for solo flute and halluciphone (2012) premiere, The Warren for Brain-Computer Music Interface (2011) Rutz Leere Nullen (Empties) (2012) premiere dan HyperFlute in Space (2012) premiere. Spt biasa, nama pon concert, sbg mengormati majlis aku x record/amik gmbr sgt. To be honest, aku pon x sure apakah menyalahi etika ke tidak, so ni mmg amik curi2 haha.





Mlm kedua lg dasyat, sbb persembahan diiringi oleh the Ten Tors Orchestra. Gila lah. Berdiri2 bulu roma dgr diorg main violin, cello, flute, bagai.



Overall, aku rasa ni festival yg paling best spjg 4 kali aku dah attended. Maybe aku baru nak faham and appreciate art kot? Oh, and pada hari perasmian festival tu plak, kawan se-lab kitaorg (Joe) lulus viva. Best nya perasaan... tumpang happy utk dia.



Ni plak aku selitkan gmbr us yg remaining in the lab. Main SV kitaorg adalah Prof yg sama (ada dlm gmbr ni, cer teka yg mana), and he wants us all to finish by this year. Prof aku ni jenis amik by batch, so sesapa nak wat PhD in Compu*ter Mu*sic or Neuro*Arts pas ni silakan apply, tahun dpn Prof byk kosong kot :)


[4] Worksyop 'Preparing for the Viva'.

Hah, ni mmg kecut2 perut aku attend. Nnt ada masa aku ulas lebih sket sbb hajat hati nak share isi kandungan and several tips. Tukang bg ceramah: Dekan Grad School sendiri ok? Mana x horror...


[5] Worsyop 'Structuring Your Thesis'.

Ni lebih kpd klinik la, apa2 problem dgn thesis i.e. nak insert caption, nak set template etc.. Agak berguna. Aku mcm dah ter-sold utk guna Office 2010 as apposed to LyX for thesis writing heheh. So far mmg tulis dlm Word pon, but for final product, mata mengatakan LyX lg kemas, tp hati mengatakan stick to what I know best and where support is abundant, hmmm..


[6] Seminars

Recently ada dua yg terkini (every 2 weeks ada je seminar, aku AJK Seminar, so mmg busy jgk la arrange). But 2 yg latest ni bkn student yg present, so aku rasa pengisian dia lebih menarik. Satu tu psl nak buat Interface utk Sakuhachi (a Japanese flute-like instrument).


Satu lg yg Prof aku present, psl buat lagu mengguna slime mould dlm petri dish. Ye, kita suruh bacteria merebak, dan kita create sound/music mengikut pattern pertumbuhan bakteria itu. Ini tidak pelik, sbb complex railway system di Jepun actually guna model pertumbuhan bakteria ni jg utk select laluan2 dan stesen2 yg optimum, ala2 neural network. Mencopong aku dgr sbb mcm best giler la suh kulat reka lagu hehe. Contoh composition (directed by mould):



Kalo x caya kebolehan mould pilih laluan optimal, lihat video ni (how it is used to find optimal path for train stations in Japan). Bukan main2, siap dah published lg resultnya and can be cited as Atsushi Tero, et al. Science 327, 439 (2010).


Ok itu sahaja. Tu pon aku rasa dah byk giler dgn experiment lg, writing up lg, etc etc.. Esok ada lg satu seminar, kawan aku kena present psl Notasi Percussion Instrument, so let's wait and see apa benda yg dia nak propose :)



Tuesday, March 20, 2012

Praise be to Allah

Ptg td sambil2 tgk TV dgn Aisyah, keluar iklan derma untuk kanak2 di Afrika. Aisyah pon tanya, 'Why she got red lips?' (kesan sakit / malnourished kot). So aku agak tu adalah peluang yg baik utk ajar Aisyah konsep bersyukur pada Allah atas segala nikmat.


Aku bgtau la, budak dlm TV tu sakit, sbb dia x de makanan. Kesian dia. Intipati perbualan kami...



Aku: She's sick coz she didn't have anything to eat

Aisyah: She needs to eat nasik

Aku: Yes, but if you have no food, what are you going to do?

Aisyah: We need to go shopping (for food)

Aku: Yes, but what if you have no money? You can't buy food

Aisyah: Mummy, you have money... 

Aku: What if I don't have money? How can we pay for the food?

Aisyah: You have the .... CARD


(OMG... dia bole perasan debit card tu as good as money itself?!!) But the best ayat is yet to come. Hold on.. hold on...


Aisyah: OR, LET'S USE AYAH'S CARD!!!



Tazkirah terpaksa tamat awal, sbb aku rasa nak gelak guling2. Xpe la, I just asked her to recite 'Alhamdulillah', and thank you Allah several times, made sure she understood that she is very lucky to have a family that loves her and can support her (with the rezeqi from Allah) and gave her a massive hug.


Alhamdulillah Ya Rabb!







On a personal note, today has been a very blessed day. Several things got approved, lunch plak, tgh2 fikir nak mkn apa, terus Kak Mazni dtg bawak sebekas mihun goreng sedeqah kat aku, tugas2 memasak plak hari ni byk re-con lauk smlm shj, jd dinner dpt mkn awal and subsequently dpt gi ke opis semula lebih awal sejam drpd selalu. Work-wise plak, had been very productive. I guess some days you're up, some days you're down. Alhamdulillah whichever ways, for Allah knows better... Praying that the momentum stays. I really need to finish this fi sabilillah business (PhD) soon, Insya Allah....