Friday, September 26, 2008

Can You Spot Oyis?

Sasar lahir 60,000 graduan Ph.D


MOHAMED KHALED melihat sijil milik Siti Norwardatulaina Mohd. Yusof selepas majlis
pelancaran MyBrain15 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) meletakkan sasaran untuk melahirkan sebanyak 60,000 lulusan doktor falsafah (Ph.D) di negara ini dalam masa 15 tahun ini bagi membantu memacu perkembangan ekonomi negara.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Moha- med Khaled Nordin, penghasilan lulusan tersebut akan dilaksanakan melalui Program MyBrain 15 yang bertujuan untuk meningkatkan bilangan pelajar lulusan Ph.D.

"Melalui bilangan lulusan Ph.D yang mencukupi, ia akan membolehkan negara dikenali masyarakat antarabangsa melalui penciptaan dan inovasi produk dan perkhidmatan yang bakal diterokai," katanya semasa melancarkan program MyBrain 15 di sini semalam.

Setakat ini katanya, pelajar Ph.D dalam negara hanya seramai 8,000 orang manakala seramai 3,914 pelajar lagi sedang melanjutkan pelajaran dan kos bagi menampung pembiayaan pengajian mereka bagi tempoh 2005 hingga Ogos 2008 menelan belanja sebanyak RM837 juta.

"Jumlah perbelanjaan tersebut meliputi 39.4 peratus iaitu 1,543 pelajar yang mengi- kuti pengajian Ph.D di univer- siti tempatan, manakala selebihnya di luar negara," kata- nya.

Jelas Mohamed Khaled, jumlah sedia ada itu masih belum mencukupi, justeru memerlukan campur tangan institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memastikan hasrat meningkatkan pelajar lulusan Ph.D tercapai.

"Jadi kita sarankan pihak IPT mendorong pelajar-pelajar peringkat sarjana muda untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi sama ada di IPT tempa- tan atau luar negara," katanya.

Untuk tujuan itu, jelas beliau, pihak IPT juga perlu menyemak semula beberapa perkara berkaitan kemasukan pelajar ke program Ph.D, sokongan penyelidikan, tarikan kerjaya dan tempoh tamat pengajian.

"Pihak IPT juga perlu menangani urusan berkaitan penyeliaan Ph.D dengan lebih serius melalui meletakkan nisbah penyelia pelajar pada kadar 1:5 untuk menyokong keperluan pertambahan tenaga kerja berijazah," katanya.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0926&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

4 comments:

Mommy Harith Hannah said...

are u the one in the middle of org yg pakai baju hitam (lelaki & pompuan) tue? tudung oren/coklat iteww... hihih...

Lia Sakinah said...

I have the same guess like mummy hnh...
betulkan noris? kan kan kan....hehe

yzmahoney said...

hamboi noris..nk jugak masuk paper..ni yg jeles nih..heheheh

Oyis said...

yup, hebat la korg... sekali teka aje betul..hehe ..

yzma, saje je menempel... x de keja la katakan.. dulu masa raya tahun 2004 pon pernah wat gak, masa tu UPM wat sambutan hariraya besar2an. kita duduk menyengih belakang dato' zohadie bardaie masa photographer duk petik2 gmbr, so mmg termasuk la muka ini dlm paper itu.. kekeke... dah jd hobby dah la ni :P