Thursday, September 4, 2008

Aisyah Anak Dara Ibu

Peace! Look Ma, No Hands!
Ni la anak 'dara' Ibu yg dah dewasa sket lg pd hari bersejarah ni. Tgh lena dlm pouch bak kangaroo.
Aku x biasa ambik gmbr buat Peace2 nih, tp siap baju aku oren, lawan ngan pouch yg kaler pepto pink tuh, terus rasa funky and muda. Poyo jer :p

Pg td gi settle kan urusan Medical Checkup si Aisyah. Seronot sgt, sbb queue x lama, proses x rumit n byran pon di bwh budget. Pegi dlm pkl 10 pg. Dlm wat medical checkup tu, sempat lg buat satu decision impromptu, iaitu mensunatkan Aisyah, atas cadangan Dr, sbb lps ni kan nak gi UK takut x sempat buat dah. Alhamdulillah, settle semua. Oh, btw, kos sunat baby pompuan kat Klinik Pakar Kanak2 An-Nur ialah RM72.

Ptg sat ni plak aku gi kedai MLO tu lg. Tiap2 minggu nmpknya aku ke sana. Sah addicted dah ni. Tp aku pegi bkn utk wat purchase baru, tp aku nak exchange pouch yg aku beli itu hari. Aku sepatutnya saiz S, and masa aku beli tu, dekat beg luar dia sticker dia said 'S'. Malangnya, a week after beli, aku baru perasan yg pouch tu sbnarnya saiz 'M'. No wonder la agak londeh masa aku guna utk carry Aisyah sekali tu. Aku ingatkan dah x bole buat apa la, but I really tried my luck and called Puan Rita Rahayu.

You know what, guys? Dia mmg professional n ikhlas. Terus dia bg je aku tukar (provided that pouch aku tu mmg tiptop condition lg, which it was -- honest!), without much hesitation. Betul2 based on honor system. Rasa cam duduk kat UK plak. Chewah! So, kerana aku amat2 puas ati, aku mengambil kesempatan ni utk berkempen bg pihak MLO, 'Yo All BFing Mom! Singgah n shop la kat kedai MLO tu. Macam2 Adaaaa!!!!'

Antara yg offer this Ramadhan yg aku nmpk td ialah Organic Baby Oats tu, 2 peket RM9.90. Sgt2 orait tuh. Geram nak beli, tp pikir kan yg kat umah pon ada sepeket x bukak lg, kang membazir plak. Nafsu, nafsu... So in the end aku bwk balik pouch yg telah ditukar ganti tu je la, yg saiz S. Btw, kaler khakis n light blue mcm ari tuh dah x de saiz S, so I settled with pink and lime green. Mak aiih... funky gituh. Sepuluh batu pon korg dah bole spot aku. Nescaya Hubs x kan pakai la nih, but I will make him... hehe ..

Ok itu sahaja update hari nih. Aku penat pikir psl nak settle accommodation kat UK nih, plus aku letih sket sbb selsema. Sapa ada stok Clarityne? Mai sebijik... aku x sempat gi klinik td :)

6 comments:

Diyanazman said...

Oyis... Kedai MLO tu mende?? huhuhu...taknah dengar la pulak...

Oyis said...

kedai Moms Little Ones. Dia online store (http://www.momslittleones.com), tp kedai dia based dekat Putra Permai. Saya byk beli brg2 utk Breastfeeding/Breastpumping kat situ. It's worth a visit :)

Mummy HnH said...

ehh, bagusnya baby Aisyah, 2 bln dah sunat.. saya nie, dok tangguh2, last2 sabtu br nie br settle... seb baik, quite susah juga, sbb peha dah terlalu tembam.. heheh...

wahh, oyis nie leh jd promoter MLO lahh.. hihi.. saya tak pernah pi kedai, tp mmg slalu beli online... service mmg tiptop! ;)

Oyis said...

mummy h&h:
bkn la promoter, tp benda yg baik kita sebarkan n share, ye dok? but i have to agree, service mmg tiptop!

ilyani ( e ) said...

aisyah dh sunat?e pun ingat nk gi sunatkan khadijah after raya ni kut.tgklah camne coz anak2 yg lain pun sunat dlm umur 2 bln lebih jg.kat kelantan e biasanya gi hospital An-Nisa'.tak ingat dh brape kena bayar.tp rasanya below rm50 kut.x taulah..manalah tahukut2 dh mahal skrg ni.tu harga 2 thn lps.pouch tu ok ke?macam takut je nk guna.takut baby jatuh..secure ke?e selalu juga tgk org pakai.setakat ni e pakai stroller je.

Oyis said...

E:
setakat yg noris tahu mmg secure pakai pouch ni. alhamdulillah so far pon, x de apa2 problem lg. tp bila kita pakai the right size, usually kita akan tahu baby tu duduk dah tegap dlm tu. cuma kdg2 masa awal2 tu x konfiden sket, asyik pegang dia sebelah tgn. but having to hold aisyah with one hand is better than having to use both hands, coz at least sebelah lg bole la wat keja2 ringan/relax.

p/s: slamat bersunat wat khadijah. be brave ye syg! ;)