Thursday, June 3, 2010

Seperti Baru Semalam...

Pada tanggal 3 Jun ini, genaplah LIMA tahun usia perkahwinan aku dan Hubs. Sedar x sedar sudah SETENGAH DEKAD kami hidup bersama sebagai suami dan isteri, suatu jangkamasa yg bukan sekejap, tetapi tidak terasa pula cpt nya ia berlalu. Mungkin ramai yg mengagak kami hanya lah baru berkahwin dalam 2 atau 3 tahun sahaja, terutama mereka di Plymouth yg hanya mengenali kami setelah hadirnya Aisyah dlm hidup kami, kerna melihatkan usia Aisyah yg tidak pun sampai 2 tahun lg itu.

Sesungguhnya, telah reasonably byk jg dugaan yg telah kami tempuhi bersama dlm jangkamasa itu, antaranya kepayahan bersama2 membina hidup daripada bawah (drpd zaman kereta kecik yg sering rosak2, hingga kini terus dah x de kereta langsung! hehe), termasuk lah susah payah bersama dari Bangi, Malaysia hingga ke Mutley, UK, dari zaman MSc hingga ke zaman PhD, dari pinggang 25 inci hingga lah ... erk, let's just say, KINI , dan jg cabaran yg lainnya spt menangani pelbagai tohmahan dan pertanyaan kurg asam masyarakat kita yg asyik la bertanya, 'Belum ada apa2 lg ke?', kemudiannya mengharungi kesedihan dalam mengadapi dugaan kehilangan kandungan pada usia kandungan 3 bulan, serta bil2 hospital that followed after the D&C. Dan kini, kami masih tidak lari drpd dugaan2 kehidupan seperti jua manusia lainnya, tetapi dgn kasih sayang yg dikurniakan Allah dan jg kehadiran Aisyah Nurzahirah sbg penyeri dalam hidup kami, Insya Allah, masih mampu kami laluinya bersama.

Pada hari ini, ingin aku ucapkan 'Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kita Yang Ke-Lima' buat suami ku. Semoga aku terus mampu menjadi isteri yg taat dan bisa menggembirakan hatinya. Setinggi2 syukur pada Mu Ya Allah kerana menyatu kan kami dalam ikatan kasih sayang dan limpah rahmah mu kpd kami. Semoga kasih dan kebahagiaan ini terus berkekalan hendaknya, Amin...






PS: Sbb dah anniversary ke-5, kita upgrade sket drpd the usual pictures kawen kpd something that I have never really shared or shown anyone yet, video masa bertandang kat rumah parents Hubs di Muar. Masa kat belah Muar ni, we didn't hire a mak andam, so solekan tu adalah moi sendirian bhd. Lagi best, sampai ke hari ini aku tertanya2 bagaimana aku bole pakai corset sendiri tanpa bantuan sesapa. Sungguh semangat nak berarak, x sedar bole termekap and tersiap sedia dgn sendiri nya haha! Also, maaf la quality and discontinuation yg ada pada video ini, sbb nya bkn nya professional pon yg amik video tu, tu yg kejap ada kejap x de. Tp mmg this video is precious sbb masa di Muar xde fotografer khas, yg ada adalah my SIL snap2 gmbr pakai kameran BUKAN digital. Plak tu bole filem nya yg hilang temporarily. Bila jumpa balik filem tu n gi cuci, kok baju yg me n Hubs pakai warna hijau epal ni dah bertukar jadi kuning raja on film (exposure to sun kot roll tu). Tsk! Sedih. So this is the only kenang2 yg ada semasa bertandang (video dia pjg lg, tp obviously aku dah crop la).

Anyway, please appreciate the music. Even as a musician myself, and even after hearing it countless times since 5 years ago pon, tiap2 kali dgr kompang iringan tu I still get goosebumps. To fully appreciate the kompang, please listen with decent headphones or woofers (utk bass dia). Mmg best gile la sambutan belah sana, in particular lauk pauk dan jg the music. What an experience that was!

PS2: Rindu nak makan lauk kenduri, rindu pada ahli keluarga dan sanak saudara yg dlm video nih, rindu nak dgr dan main kompang, rindu kg Muar, dan rindu kan BODY LIMA TAHUN DULU.... *sigh*






20 comments:

OneWan said...

Happy anniversary babe! congratss!! :) mine is coming soon jugak, biasala musim2 cuti skolahla org kawin kan.. hehehe

Mama Zharfan said...

congrats and happy anniversary!!moga bahagia hingga hujung nyawa :) (me anniversay ke-6 next month :)

Ammi Sara said...

Hepy anniversary oyis n hubby..kak sara ni bila bc kisah anniversary org bergenang air mata..hehe..
Insyaallah many more years to come ye..many more adik for aishah and to gain ur doctorate, also...many more inches? heheh..;p

I get the goosebumps too! in my case bila dgr lagu teman sejati by Brotherz coz abg alim nyanyi sendiri masa our wedding..;)

Queen of Pirus said...

Congratulation Norriz & husband. semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat. begitulah hidup berumahtangga...byk dugaan yg datang utk mengeratkan lagi hubungan antara suami isteri...yg penting sentiasa berdoa & bersabar & jgn cepat melatah setiap kali dugaan datang. Bab rindu tu...akak pun sama...huhuhuhuuuuu...rindu sesangat segala aktiviti di Malaysia.

Min Aina Ila Aina said...

Selamat Ulangtahun Perkahwinan...serius kuruskan Oyis dulu? Chayok, mari kita dapatkan semula body yang dulu!

Unknown said...

Congratulations to Oyis & hubby & lil Aisyah!!! ♥

Dalam banyak2 'speech' Oyis tue, part size pinggang & body yg tak tahan... Hahaha... Samerlah kita Oyis... Now, I'm strictly on diet... tapi, still curi2 minum teh tarik, may fav drink - pengubat hati lara... Nak2 kalau stress nak exam.. camno lah nak kurus? :P

Anyway, untuk menyedapkan hati sendiri (dan, hati Oyis juga), ramai jerr anak dara yg size XXXXXL drpd kita kan? At leat, kita dah beranak pinak, Oyis. Dan, Oyis pon, nampak ok jerr dlm pic, xnmpk berisi pon... ;)

Anyway, enjoy your day~!!! Mlm nie ader special romantic dinner ker? ^_-

- Arnie

Unknown said...

Salam, Happy anniversary. Ayah dan Mi doakan semoga anakanda sekeluaraga sentiasa didalam rahamat dan nikmat Allah.

Ina said...

congratulations kak oyis n hubby :) baca ur entry ni buat kiter terbyg2 plak my life journey with hubby. sama la kiter dh lama kawin tp org ingat baru kawin hihi. moga berbahagia hingga ke syurga cewah hihi. mesti ada special celebration today ni nnt :)

isabelle said...

dalam byk2 kerinduan...rindu pd body 5tahun dulu yg paling besar rasanya..heheh
happy anniversary, dear :) moga bahagia sentiasa.

Lynn Abd Latib said...

happy anniversary!!same goes to me..baru 5 thn kawin..xpe..still ada masa utk bg aisyah adik...:)

3yearshousewife said...

Oyis,
Happy happy anniversary.
They say the first 5 years is like baru kenal2, so have to wait another 5 years to faham2.
K.As nih dah nak masuk 11 pun ada gak kerenah yg tak ku fahami lagi, hehehe...

WaNNi said...

Happy anniversary oyis..semoga bahagia sentiasa bersama kalian. semoga ditambahkan zuriat yg menjadi permata hati dan mendoakan kesejahteraan kalian kelak.

Azizul Azri Mustaffa said...

happy anniversary to both of you..i was also celebrating my 4th, one day before hehe..

Oyis said...

wan:
tenkiu. a ah, we got married in june pon masa org cuti sekolah :)

mama zharfan:
thanks! wah dah nak masuk 6 thn rupanya

k sara:
yg dua doa pertama tu, bg aisyah adik n dpt PhD tu, hopefully makbul soon, afdhalnya before jejak kaki balik msia. as for bertambah inci tu, hrp2 nya x payah dah la huhu... unless sbb hamil, x pe la kot hehe...

QoP;
betul tu k anim. walau rasa dah byk dugaan dihadapi bersama, byk lg yg bakal menerpa. smg kita tabah dan kuat menghadapinya, amin...
PS: rindu kan? esp time musim org kawen ni di msia, dan jg ramai plak di plymouth ni yg balik msia collect data. terasa kesunyiannya!

Oyis said...

min aina ila aina:
haha... bole tahan la kurusnya masa ni. masa plg kurus dulu timbangannya 46 kg. bila la nak merasa balik seringan itu haish!

arnie:
hmm.. psl bertambah2 inci ni x leh lari la, kalo dah beranak tu kan. tp kalo bole nak la berbuat sesuatu utk memperbaiki keadaan. masalahnya, mmg susah sgt nak diet ni adeh...

Ayah & Umi:
terima kasih. cpt dah 5 thn kan? rasa mcm baru kenduri je hari tu, eh mmg ye pon, tp kenduri abe hehe

Oyis said...

heartilyina:
mmg dugaan saya kalo compare dgn ina x terbanding. saya x bole imagine mcm mana. tp Alhamdulillah, kita masing2 dah ada pengubat luka penawar rindu, Allah bg pengganti yg lebih baik (mungkin). dah itu bhg kita kiranya sbg salah satu dugaan berubah tgga. insya Allah diaorg tunggu kita di sana :)

littlehumblelynn:
oo 5 tahun jg ye. ntah skali rasa mcm kecik je lg aisyah ni, belom pon 2 tahun lg. ada rezeki tidak ke mana :)

K As:
wah 11 tahun ye K As. hopefully within the next 5 years, lebih memahami hati budi masing2, dan bilangan anak pon bertambah la kalo x double, quadruple yg skang pon x pe! :P

wanni:
amin, amin ya rabbal 'alamin....

azizul:
oo in tht case, happy anniversary to u too. mesti tahun ini lebih bermakna celebrationnya, disambut bertiga :)

i am me said...

oooo.. kurusnyer u oyis! err.. samalah nasib kita jugak. skrg pinggang saiz Err.. anyways congrats to both of you. btw i kawen pon 3hb jugak. but on sept.

Oyis said...

tun:
thanks tun. skrg bab pinggang ni hanya tinggal kenangan huhu.

sheera said...

Wawawa ive seen this video baaacckkk then.. where abg saiful had to micro manage his own persandingan. hihihi. good times..

happy anniversary dear! sekejap je 5 tahun. aku pun celebrate anniversary 'bercinta' pada 6 jun ni, hihihi. aku 7 tahun. korang mesti dah 8 tahun lebeh. *mesti abg iwan uweek kalau baca ni*

I want to be the first to wish you happy birthday!! 29 and yet you dont look like it! birthday ko 3 days after our anniv, of course i remember! cheers!

Oyis said...

sheera:
thanks sheera. x sangka ko pon baca ke blog aku ni hehhe.

aku tau, abg iwan mesti bengang giler kalo sebut psl bday aku, sbb ko ingt, tp anniv couple korg ko slalu x ingat hehehe. ckp dgn dia, jgn marah2, nnt cpt tua. nnt dzharif ckp malu la, ayah dia x hensem la hehe *just kidding*

tu la, tua dah kita ni sheera. tahun terakhir dlm era 20-an, next year the big 3-0 plak. hadus!