Monday, August 3, 2009

My Shitty Monday

Eh sgt susah hati la… susah hati sampai tahap x leh wat keja satu apa pun hari ni :(

Sebenarnya dari pagi lg dah started off very, very shitty. Dari start buka mata lg. First off, x gosok gigi, x basuh muka, berkonferensi dgn Mat Sake secara online menggunakan laptop Hubs tuh. Makanya aku disarankan supaya bootkan semula Linux melalui CD, so that bole tgk masalah nya di mana. Hardware ke, apa ke. Pastu realized x de CD. Cari punya cari, jumpa la 2 kpg yg laying around somewhere in the house and Aisyah slalu buat main. Oh, well, cuba nasib je la kan.

Proceeded to download. Mak aih! 35 minit ke nak download semua? At ridiculously slow speed plak tu mirrornya. 321 kbps. X pe la. Lg pon Aisyah dah merengek2 dah, baru bgn. So tinggalkan laptop tu mendownload, layan Aisyah, masuk toilet, mandi bla bla…

Dtg balik, tgk2 jd ibarat layang2 terputus tali nya. Ntah di mana silap, siapa silap, ghaib mcm tu aje. OK, dah panas hati dah. X pe, download lg. Seperti td, 35 minit on the clock lg sbb start semula, walaupon dah tukar guna mirror yg lain.

Sabar.. sabar… Pegi la dapur nak wat breakfast. Bkn nak buat apa pon, nak bancuh air teh, nak bakar roti, sapu nutella. Cukup la tu. Nak cpt, nnt pkl 11 pg ada Storytime session kat Plymouth Central Library. Ingat nak bawak Aisyah gi sana la, supaya bole mingle2 sket ngan budak2 lain. So nak kena bg Aisyah mkn breakfast dan siap cpt2.

Amik2 roti dlm kabinet, Allahu Akbar… dah berkulat daaaa! Padahal expiry date dia ialah 3 Ogos, which is today, tp kulat dia penuh merata2 kat roti tu, bkn sket2 yg bole dikikis lg dah. Grrr… ni geram la ni. Org nak cpt, roti plak berkulat. This is what you get for buying organic. Sbb x de preservative la kot tuh, berkulat awal pada masanya tu. Dah la mahal, x dpt nak rasa pon lg. Eiii… konon nak sihat mkn organic, tp kalo dah berkulat2 tu, lebih mendatangkan sakit je brg organic nih. Kalo x sakit perut mkn kulat, sakit hati yg teramat! Benci!

So nak x nak terpaksa la buat something else utk breakfast. Quickly bancuh lempeng. Standard la lempeng org nak cpt nih, api kuat, mcm hitam sebelah la. X kisah la labu, makan ajo. Maka kami anak beranak mkn la lempeng gelap itu sbg sarapan.

By the time nak duduk mkn, downloading dah habis, so nak burn ke CD. Disebabkan Hubs nyer laptop tu super slow, nak burn pon amik masa 30 minit. Sabar je la. X pe, tekan OK. Makan breakfast dulu. Lps 30 minit berlalu, kluar satu pop up yg ckp CD tu x leh pakai sbb dah corrupted. Dah agak dah pon sbb Aisyah buat main je CD tu. So try CD #2. Ulang semula proses. Tunggu 30 minit burning tu. Adoi… pengsan aku lagu nih….

By this time, berangan la kan nak pegi library. Aku siap serabut kepala otak suruh Hubs aje la mandikan Aisyah. Dah x fully functional dah aku. Biar aku kemas dapur, kalo aku weng pon yg jatuh terhempas pinggan, jgn nnt kalo aku yg mandikan Aisyah budak tu plak yg jatuh dalam bilik air, kang naya. Dah la aku x de mood nak berlembut2 pg ni, kang x psl2 anak aku yg tidak bersalah tu kena marah free2 aje. So pass baton kat Hubs je la, malas nak pikir pjg.

Selesai kemas pinggan mangkuk, as expected, mmg CD#2 pon corrupted jg. Buang karen ajo. Dgn hati yg berasap, kluar la dari rumah gi carik CD dkt pekan depan tu dlm hujan renyai2. Cuaca hari ni mmg bole buat sesiapa saja berasa ingin melempang org lain ok. Gloomy, wet, grey seperti kelabu tahi anjing.

Anyway, after another half hour, balik dari kedai, terus try burn balik ke atas CD baru ni. And yes. Berjaya. Alhamdulillah. Time masa tu pon dah pkl 12 tghari. Bg Aisyah nenen, then bergegas nak ke Uni. Konon nak kejar waktu aerobic yg disangkakan bermula pada pkl 1 pm, rupanya aerobic start pkl 12tgh sampai pkl 1. Dan TIADA lagi kelas apa2 utk spjg hari ni kecuali gym shj. There goes my only chance utk membuang kekusutan di kepala (dan lemak di badan). Arghhhhhh!!!!

Ni semua gara2 laptop bertuah aku tu la. Mujur la ada member baik hati yg sudi ‘ubat’ kan laptop tu skang. Treatment dia overnight kot huahuahua. Sbb member tu sibuk dan aku pon paham la, sama2 student, nasib dia nak nak tolong la kan. Maka aku terpaksa la berpisah sementara waktu dgn laptop sengal ku itu. Pastu kan, rasanya sgt likely akan kena format semula. Oh joy. I have the honour of re-installing E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G. Tsk.

So skang ni kat lab, tp rasa nak buat kerja PhD tu adalah non-existent. Nak jalan2 ke town konon utk releasekan tension, hujan la plak. Kalo x hujan pon, huh, x de nafsu aku nak membeli belah. Nak gi gym, sgt x de mood. I am THAT depressed. So harapannya, slps blogging ni I could let off some steam and balik umah dgn tidak menyinga dkt ahli keluarga lain. Mmg aku mcm nak cari gaduh je dgn sesapa pon skang ni. Sebenarnya, nak balik masak ni pon x de feel tau. Kalo aku single la kan, sure balik ni masuk duvet membuta sampai esok je la. X yah masak, x yah mkn, x yah mandi, x yah buat apa2.

X pe la, every once in a while semua org pon experience THAT day. Shit happens. Apa bole buat.

At a time like this, rasa nak nanges mcm ni bole ke?



Ni Aisyah pg td masa aku sibuk2 ngan hal sendiri dia merengek minta dibacakan buku kat dia, tp aku x dpt la nak tumpu kan sgt kat dia, mana nak tgk laptop lg kan. Tau2 kang benda nya hang lg, x pon buat stunt ghaib lg ke, x ke naya lg setengah jam kena start balik. Tu yg syahdu sgt si Aisyah nangis tu. Hubs plak dlm bilik air. Bila tgk balik video ni, rasa diri ini sgt kejam. Ya Allah, berilah aku kekuatan utk menghadapi semuanya dgn sebaik mungkin Amin.

If He brings you to it, He will bring you through it. Ingat. >_<

7 comments:

Mommy Harith Hannah said...

Alalala, sedihnya. Meh auntie bacakan untuk Aisyah, nak? :)

p/s: Semoga hari Selasa nie lebih ceria, ya Oyis! ;)

MRM said...

Yeah, I think everyday will experience shitty day(sss) in their life. It's like satu hari tu mcm serba tak kena :(.

Takpe, nangis aje. Usually we will feel much better after that and jadi semangat balik to overcome whatever problem(s) we are facing at that time.

Hope you're feeling much better by now!

Oyis said...

arnie & MRM:
thank you guys. i feel better now and hopefully hari ini lbh baik drpd smlm :)

isabelle said...

Bad day...bad day.
it will go away,
anyway.

Oyis said...

yes. that was yesterday. tho the weather is just as gloomy as yesterday (worst even, hujan lebih lebat), i ow to make today better, insya Allah :)

thanks for the encouragement. just what i needed at moments like these *hug*

Unknown said...

Sabar nak ooi. Ingat berapa banyak hari senang yang kita dah dapat.

noris said...

aiyoo,.. my daddy has spoken! :P