Wednesday, July 2, 2008

Baby's Birth Story

Okay, I'm gonna type this real fast coz I have really little time to squeeze in before Baby wakes up. I'm determined to have this typed, else I will never, ever get this written down at all, even if this was the most liberating experiences of my life.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Isnin, 16 Jun 2008
6.00 pagi
Dah tahu dah pg ni kena induce. Smlman x dpt tido nyenyak. Berdebaaaaarrr ... manjang. Dalam keadaan ni, aku rasa Dalam hati ada gak berdoa biar la air ketuban aku pecah naturally, supaya x yah induce, kurang sket la kesakitan tu. Tapi apa kan daya, sudah tertakdir kot aku kena gak induce. Alaa... org lain pon ramai je yg kena induce, survived je pon kan... so tawakkal je lah.

Spjg jln ke hosp pg tu Hubs buat lawak konon2 nak menceriakan aku, tp org tgh cuak, mcm2 aku pikirkan sampaikan masam monyok je muka aku bo layan kan dia. Dia excited la, org dah nak jd ayah la katakan. Lepas makan nasi lemak kat kedai sebelah hosp tu, kitaorg pon checked in. Kena la deposit RM1000 utk bilik yg kitaorg pilih tu.

Dah settle bayaran kat kaunter bwh, terus kitaorg dibawa naik ke Labour Room. Aku disuruh buang air kecil n bersiap2, sat lg Dr akan naik n masukkan ubat induce tu. Sblm tu, skali lg diaorg buat CTG tu. Apparently, contraction masih next to zero, but Baby was doing fine otherwise.

9.00 pagi
Dr dtg checked bukaan. Believe it or not, masih lg zero cm. Adus.. Dr dah pesan awal2 la, kalo 0 cm ni, mmg amik masa lama sket la, but bergantung pada org. Paling cpt, in 6 hours, paling lmbt, 24 hours. Okeh. So Dr pon insertkan la ubat induce yg sebesar panadol tu (kata Hubs). Nama dia Prostaglandin rasanya. Part ni sungguh x best .. eiii... Dah la sakit sket2, plak kena duduk terbaring sejam kalo x ubat tu bole kuar semula, kang kena insert lg skali.

So lepaks la kami dalam bilik tu. Utk menghabiskan masa, kami amik2 gmbr la, wat lawak ntah apa2. Aku berlakon je ceria, sebenarnya berdebar tahap leh pengsan dah masa ni. Argghhh!!!

Cukup sejam tu nurse pon bawak la kitaorg masuk ke Bilik Wad untuk menunggu sakit contraction tu. Malangnya, sampai ke petang aku x rasa apa2 kontraksi pon. Tiada aktiviti apa pon kat bawah tu. Tiap2 4 jam skali nurse dtg amik BP and check CTG. Buat masa ni, semua Alhamdulillah OK lg.

5.30 ptg
Ptg tu Dr dtg check aku. Dia pon agak terperanjat sbb aku masih bole gelak2 x de rupa sakit nak beranak. Kata dia, selalunya dalam masa sejam org lain dah berguling2 dah menahan sakit. X pe la, kata dia lagi, tunggu 24 hours. Kalo x de apa2 jugak, esok lps Subuh dia akan add another sebijik ubat induce tu. Oh no!

Aku masa ni x tau nak rasa lega sbb x sakit lg atau risau sbb mcm slow je progress. Aku dah kata, x best sungguh ada medical intervention mcm ni, sbb body x ready kan, lg nak paksa2. Sah2 la nnt ada domino effect ni, one intervention will no doubt lead to another.

Aku teringat citer Nor Aini yg kata dia siap masuk 3 biji lagi ubat induce tp x apa2. Last2 kena c-sec gak sbb baby dia dah stressed. Kitaorg ni kira geng kebal la kot, dah kena induce pon x jalan ngehehehe…

9.00 malam
Malam nye tu Sake, Ummu n Baby Hassan dtg melawat aku kat hospital. Malu gak aku, dah la mak ayah aku pon ada kat situ skali. Bkn apa, rasa menyusahkan org je, sbb aku x sakit lg, tp org dah concern dtg nak tgk. Dipendekkan cerita, nothing eventful happened that night n aku tido lena sampai pg.


Selasa, 17 Jun 2008
6.30 pagi
As promised, lepas Subuh nurse dtg masukkan ubat induce skali lg. This time it was far better than yesterday, less painful. Mungkin sbb aku dah biasa and x melawan ubat tu masuk kot. Within minutes, aku start rasa sakit ala2 mild senggugut. Wah, ni sudah bagus, aku ckp kat Hubs. So aku pon cepat2 mkn breakfast and then naik katil tido. Ye la, aku dgr citer org, sat lg nak pakai byk energy nak push, so sblm aku sakit sampai x leh tido, baik aku simpan energy tu skang.

12.30 tghari
Aku terbangun dari tido. Aiks, mana peginya kontraksi aku tadi? Eh bole plak hilang rasa sakit tu? Fed up la, aku ckp ngan Hubs. Mcm nak suruh operate je pon ada. By this time aku dah mula sound impatient kan? Notice the change in my attitude? Ntah dari mana dtg nya keberanian itu. Smlm ye ye takut, hari ni rasa cam kalo bole biar la sakit tu cepat2 dtg, can’t wait to meet my Baby dah.

Dah adat la bgn tido, aku jadi lapar. Nmpk Hubs bwk balik nasi lemak sebungkus atas meja, terus aku makan. Yum, sedapnya, abis licin aku sapu. Then aku bersila baca surat khabar yg Hubs beli. Tiba2, eh, sakit senggugut tu dtg lagi la. Mula2 sket aje, then rasa cam dah x leh nak duduk dah, kena baring. So aku pon naik la atas katil sambil bgtau Hubs yg sakit tu dtg balik.

1.20 petang
Makin lama makin kuat sakit tu, tp bole tahan la. X lama lepas tu sakit dia makin menjadi2. Aku time ni dah siap genggam tgn Hubs dah kejap2. Tiba2, burr… terasa mcm ada cecair keluar dari bawah tu. Ingatkan air ketuban aku dah pecah. Eh cepatnya, kata hati aku. Aku suruh Hubs tengokkan, air ke darah? Rupa2nya, yg keluar tu darah, byk plak tu mengalir kuar.

Terus panggil nurse. Nurse tu cam blur2, dia ckp dah turun tanda nak bersalin dah ni, nnt dia panggilkan Dr. Nurse tu pegi x lama, dalam 15 minit, tp itu la aku rasa antara 15 minit yg paling lama dlm hidup aku. Sebab apa, setiap 2 minit rasa kontraksi, dan setiap kali kontraksi, kuar darah membuak2 ikut situ.

Dlm menahan kesakitan tu, tiba2 rasa cam nak terberak. Aku ckp kat Hubs, kenapa rasa nak berak ni? Hubs pon dah panik gak masa ni, sbb setahu dia org nak bersalin mmg rasa nak berak. X lama tu dtg plak sensation cam nak push. Tp aku takut sbb Dr and nurse mmg no where in sight. Mana plak pegi Dr ni? Apa lama bebenor nak sampai nih?

1.35 petang
Rupenye Dr tu baru lps kuar dari Operation Theatre (OT) perform hysterectomy dekat patient dia yg lain. Masa dia masuk bilik aku aje, dia selak sket tgk darah dah byk, terus dia ckp dekat Hubs, ‘Saya x kan check bukaan dah lg, kita kena perform emergency C-section dekat your wife. Darah ni bukan tanda nak bersalin, ni darah drpd placenta previa dia ari tu, yg mungkin x naik abis’.

Ditakdirkan mmg aku nyer placenta tu x naik abis. So bila induce, pintu rahim tu nak terbuka, tp placenta ada lg attached kat situ, tu yg bleeding tu. Dr double checked ngan aku, Hospital Serdang pon kata dah naik kan? Aku angguk aje mengiyakan. Lagi Dr ckp, kalo dibiarkan lg lama kontraksi aku, lagi byk aku turun darah. Dlm masa yg sama ligat dia salinkan baju aku kpd baju surgery, cucuk drip, and prepped me up atas trolley utk dibawa turun ke OT. Sepanjang2 ni aku rasa kontraksi.

Aku minta Dr bius aku bg x sedar aje, tp Dr kata x leh sebab aku baru lps mkn, plak tu mkn nasi sebungkus. So kena la wat yg separuh sedar nyer. Bole plak masa aku disorong ke OT tu Hubs kata dia nak gi Solat Zohor dulu. Aku kata OK je la. Masa ni x larat nak pikir apa dah. Peringatan utk diri sendiri: Aku berhutang Solat Zohor, kena qadha nnt kering nifas.

1.50 petang
Dah masuk OT terus dia transfer aku atas operating table. Disuruhnya aku duduk melengkungkan belakang. Then dia bg bantal sebijik kat aku suh peluk sbb dia nak bg spinal injection kat aku. Disebabkan sakitnya kontraksi tu, bercampur ngan takutnya aku pada masa tu, and also panic bcoz darah dah meleleh2 kat kuar ke kaki, x terasa langsung jarum and catheter tu masuk.

Tak lama kaki aku kebas n hilang sensation. Lembik longlai siap nurse kena naikkan kaki aku ke atas. Then diaorg psgkan tabir atas dada aku, x bg tgk kot apa yg dibuat. Tgn aku cam diikat ke kiri dan kanan table. Ada gak terasa org spray kaki aku ngan air, rasanya standard procedure kot, nak check dah kebas ke belum. Masa ni bole rasa apa org buat, cuma x sakit. Aku rasa Dr masukkan catheter utk buang air kecil, sapu iodine (kot?) dekat area yg nak dibedah dsb nya. Mmg teramat cuak.

Dgn lafaz Bismillah Dr pon buat la incision tu. Yg first layer tu aku x sure bila masa dia start kerat, punya la tajam pisau dia. Then lapisan seterusnya, mungkin sbb aku berisi (ahem), mmg rasa cam org siang daging ayam. X reti la nak describe. It didn’t hurt, just a weird feeling. Aku bole rasa juga macam Dr letakkan besi yg nak tahan kasi bukaan tu terbuka luas. Lebih weird lg ialah apabila Dr tekan2 dan tolak2 atau renggut2 perut kau ke sana ke mari in an effort to take Baby out. X sakit, tp menakutkan. Masa ni aku x putus2 baca Lailaha illa anta Subhanaka inni kunu minaz zolimin. Ayat tu aje aku ingat. Lain2 dah lupa!

Punyala besar agaknya Baby ni, siap Dr yg operate tu kena mintak tolong Dr yg anaethetist tu plak tolakkan Baby kuar dari atas perut aku. Tiba2, aku dgr Dr ckp, ‘Forceps’. X lama lepas tu aku terdengar suara Baby merengek2 kecil. Maka pada saat itu, lahirlah Baby ke dunia fana ini dan official la aku menjadi seorg Ibu.

2.21 p.m.
Dr sambut Baby dgn ucapan Assalamualaikum…. Dr bgtau semua looks fine, Alhamdulillah. Aku dgn tersekat2 tanya Dr, ‘Baby girl ke boy?’. Dr terus bawakan Baby yg penuh dgn darah dan lendir tu menghadap aku, suh tgk sendiri. Punya la kuat kesan ubat tu, aku jadi groggy, x perasan dia punya part bawah tu boy ke girl, partly bcoz terlindung dek tali pusat Baby. Dr adjust tali pusat tu, and it was crystal clear la I have a baby girl!

Air mata aku automatically tumpah tanpa dapat disekat2. Mmg sebak yg teramat sgt, gembira sbb dah selamat melahirkan, gembira sebab penantian 9 bulan lebih dah berakhir, gembira sbb Baby sihat sempurna, sebak mengenangkan betapa 18 bulan terdahulu, aku dah masuk bilik OT yg sama ini utk menjalani procedure D&C selepas keguguran, yang mana aku masuk bilik OT pregnant, kuar dah hilang anak, this time plak, aku masuk pregnant, kuar dah jadi emak. Sungguh x bole nak citer kat org la perasaan mcm mana yg aku rasai masa ni. Dr anasthetist tu lap air mata aku perlahan2. Kemudian dia ckp, ‘Kita tidurkan you dulu ye’. Before I knew it, aku dah pon terlelap.

2.50 p.m.
Bgn2 je, segala nya dah siap. Tali pusat dah potong, placenta dah dikuarkan, aku dah dijahit, dibalut siap, dan disorong kuar dari Bilik OT. First to greet me was Hubs, followed by my parents, and also adik bongsu aku. Masa tu aku still menangis lg, much to the concerns of my parents. Diorg ingat aku sakit agaknya. Tp aku bgtau, these are tears of joy.

Then Hubs dtg bgtau dia baru lps iqamatkan Baby. Elok aje dia turun lepas solat Zohor tu diorg habis cucikan Baby, so terus aje la dia iqamatkan. Then Hubs tunjuk gambar and video Baby punya first few moments of life kat aku. Subhanallah… anak aku ke ni? Comey nye… cam x caya…

X lama lps tu aku disorong ke bilik wad aku semula. Then dtg la nurse bawakan Baby kepada aku, siap letakkan Baby kat celah ketiak aku utk aku pangku. Seronok x terkata, Ya Allah! Inilah rupanya Baby aku yg aktif sgt dlm perut aku tu, ini la rupanya kaki yg menendang2 aku dari dalam, ini la dia Baby yg aku kandungkan ke hulu ke hilir selama 38 minggu. Subahanallah, she is so perfect!

Begitu la lebih kurang pengalaman aku melahirkan Baby. Alhamdulillah segalanya selamat. Dgn ini, berakhir la journey oyis to Baby, journey yg penuh cubaan, dugaan, dan sebagainya. Bermula la journey aku through motherhood. And I tell you, if I thought being pregnant was hard, motherhood is even harder, but I’m not one to complain coz the journey is a a thousand times more challenging and exciting at the same time. I wouldn’t trade it for the world.

Thank you Allah!

Ni gambar aku tgh teresak2 pgg Baby 1st time. Okay, laugh all you want at my poor attempt to hide my aurat. Sesungguhnya nak menyiapkan birth story ni pon dah amik masa seminggu, nak edit gmbr pakai photoshop? oh, mintak maaf la... x sempat ... anggap la tu surgery cap aku, x pon anggap je la rambut aku biru cam Marge Simpson hehe.... When you've become a mother, small things like these dah x kisah dah...

8 comments:

EyesOfNabil said...

wah cuaknye baca...tapi bila tgk pic yg last2 tu terus tergelak sbb awak buat imej tu jadi mcm rambut mc donald...^_^

alhamdulillah semua dah ok ^_^

kalau hujung minggu nak dtg rumah, when is the best time?

Oyis said...

rambut mc donald eh? hehe... my Hubs tanya, ni kaler biru menyahut seruan celcom ke? hehe... nak cpt punya psl, mcm tu la editing nyer...

sila la dtg umah mak kite, kalo pg, pkl 10 a.m. ke atas dah ok, kalo ptg, pkl 5 p.m. ke atas pon ok gaks. apa2 pon call dulu, insya Allah x de masalah apa2

Lia Sakinah said...

Sob...sob...terharu baca citer noris + teringat pengalaman sendiri...best kan dh jd ibu wlupun perjalanannya berliku2... enjoy ur motherhood experience... nti Noris dh masuk keje semula, sure selalu rasa x sabar nk balik rumah tgk baby, asyik terpk je ape dia tgh buat...bila balik tgk anak, rasa penat keje tu sume hilang... i always wonder, how can such a small 'thing' can bring so much magic moments to my life... Kuasa Allah... ;-)

P/S: Rambut dh biru, bila nk tukar ke celcom? hehehehehehe.....

chefadh said...

hahaha..mmg kelakar rambut awak tu, mmg cam mc donald sket..kita pun sebak bercampur happy baca entry ni..nervous pun ada..n teringat pengalaman sendiri, except kita takde part kuar darah tulah..lepas induce dr terus decide na buat C-Sec..apa2pun, alhamdulillah dah selamat dah ye..so panggil apa, aisyah ke zahirah? apa maksudnya? bestnya nama..suka kita..teringat anakku dikala dia masih kecil..sungguh mulus..thanx sbb upload kan gamba awak ni..okay, selamat 'bertugas'..ta!

Oyis said...

lia:
itu la, letih mmg letih sket tp mmg enjoy la, walaupon buat peringkat x de apa sgt pon yg baby bole buat kecuali tido, berak, nyusu, and gelak sket2. can't wait tggu dia besar sket and galak, mesti seronot layan dia main.

chefadh:
asalnya nak panggil zahirah, tp dah nama aisyah kat depan, cam panggil aisyah je... maksud nama dia aisyah cahaya yg cantik berseri2

myhoneybear said...

congrats again on ur new born...

i pun sebak baca ur post nie...especially tang part masuk OT dulu pesal D&C...same as u, i pun dulu pernah gugur...so bile baca part tu, sebakkknyeeee......i understand how u feel...

Dr Kham ke ur doc?...i dulu dgn Dr Kham...but time tu kat Azzahrah...

Selamat berpantang+ BF ur baby...:)

Oyis said...

myhoneybear:

thank u atas segala wish n doa. mmg x leh nafi la sedih sgt masa gugur dulu, hanya org2 yg dah pernah miscarriage aje tahu betapa sedihnya yek pengalaman tu... tp Allah maha pemurah lg penyayang, Dia dah kurniakan pengganti, Alhamdulillah..

Dr Fatimah yg handle kes kita dari awal, sbb masa D&C pon dia yg buat, so maintain aje la ngan dia.

just curious, myhoneybear punya anak dah umur brape? boy ke girl?

myhoneybear said...

i ada one girl at the moment...umur 18 months old...:)

i see...i tak pernah jumpa Dr Fatimah...rupa dia pun tak tau yg mana...hehe...but selalu dengar nama dia jugak...hehe...