Thursday, May 20, 2010

Aisyah's Nursery Log

Smlm Aisyah gi nursery. Alhamdulillah, mengikut report carer nya, dia dah membuat progress yg baik. Kalo dulu nya meraung2 masa ditinggalkan, skang hanya upset for a little while, pastu dah OK. According to her carer also, dia sempat tido lg for 40 minutes, tp bab makan snack (vege pasty), masih totally refuse, although she drank lots of water. Walaupon ada merengek sket2 masa nak tinggalkan tu, dia seolah dah pasrah memahami rutin dan dah hulur tgn utk didukung kpd carer nama Lori tu. Harap2 nya semakin improve la next session.

Report2 sebegini lazimnya diberikan pada masa kita sebagai ibu bapa yg dtg menjemput anak2 pada waktu balik. Aktiviti seharian sememangnya dicatat dalam buku log oleh carers bagi setiap kanak2. Justeru, mmg mudah lah utk ibu bapa membuat rujukan atau meneliti perkembangan anak masing2 pada hari berkenaan, contohnya apa kah yg dimakan, jam berapakah lampin disalin, apakah 'milestone' terbaru pada hari itu, dsb nya. Terubat jua lah rindu lantaran berjauhan dgn anak buat sementara waktu itu, dan hati juga tidaklah terlalu risau memikirkan yg bukan2, kerana walaupon tidak nmpk zahir di mata, namun rekod yg ada sebagai ganti sudah cukup untuk menyatakan 'everything is OK'. Alangkah bagusnya jika amalan ini dipraktikkan di taska2 di negara kita juga!


Atas nama kenang2an, dilampirkan di sini gmbr2 yg menunjukkan catitan pertama buku log Aisyah di nursery. Muka Depan (tgn kecik molek lg halus mulus itu adalah tgn empunya buku log hehe).




Lagak Aisyah si model cilik yg tidak sabar2 lg utk menunjukkan entry pertama dirinya




Ini pula coretan pertama buku log tersebut, yang berbunyi,


Name: Aisyah

Date: 19/5/10


Today I enjoyed playing with Ball Pool, Dressing Up and Picnic

For tea, I had Vege Puff + Banana (None - sbb Aisyah x mkn) at 3.30 pm

and I drank water

Nappies - All Ok. 2.30 pm wet


Satu lagi keunikan yang aku rasa ada pada nursery2 di sini berbanding di Msia adalah terhadap ketelitian nya menangani bermacam aspek dan ragam kanak2. Ambil sahaja contoh Aisyah yg telah aku jelaskan adalah seorg yg 'Vegetarian' (sbb tiada pilihan makanan Halal disediakan di nursery ini), maka nya sejurus selepas Aisyah ditinggalkan di nusery, terus sahaja tangannya dipakaikan suatu gelang (band) berwarna biru, dan ditulis Vegetarian. Ini adalah sebagai peringatan untuk penghidang makanan ketika sesi makan nanti, yg mana hanya makanan yang tidak berasaskan haiwan sahaja lah yang dihidangkan kepada Aisyah. Gelang ini bukan sahaja digunakan untuk membezakan antara kanak2 yg mengambil opsyen vegetarian dgn tidak, malahan jg untuk memberi tahu penghidang makanan pada hari tu sebarang alahan yg ada, contohnya terhadap kacang, makanan laut, dan mcm2 lg, yg boleh memudaratkan sesetengahnya.



Sedikit sebanyak, hati berasa bertambah yakin dgn profesionalisme yg diamalkan di sini, dan Insya Allah, tiada lah Aisyah diberi makanan yg tidak sepatutnya. Sedihnya, di negara kita, pernah aku dengari, ada taska yg sesuka hati memilih jalan mudah utk TIDAK memberikan bayi di bawah jagaan mereka susu EBM yg penat2 dibekalkan oleh si Ibu, tetapi diberinya susu formula atas alasan EBM adalah melecehkan. Siapa yg boss ini, sebenarnya? Bukan lah niat ku di sini utk menunjuk2 bahawa negara org adalah lebih baik dan menginjak2 negara kita sendiri, tetapi pada aku, dgn mentaliti yg ada skrg, we have a looooong way to go.... Yg baik ambil ingatan, yg buruk jadikan sempadan....

Itu sahaja lah lembaran aku buat kali ini. Entah kenapa tiba2 saja mood terasa spt ingin berbicara dalam bahasa ibunda. Maafkan lah kepoyoan ku, wahai pembaca2 ku sekalian! Mungkin hari minggu yg bakal dtg ini bisa menghilangkan blues di jiwa ini tee heee :)



7 comments:

Lynn Abd Latib said...

menariknya...yes...kalo ada pengusaha taska yg terbaca,...alangkah baiknya!!

isabelle said...

setuju dgn littlehumblelynn.
kalo diorg baca..at least terbuka sikit mata diorg utk ambil berat perkara2 yg diorg pandang remeh ni.

err..aisyah x confuse ke her carer (lori) dgn lorry (the vehicle)?

.M.A.M.A. .D. said...

slm..

ct pun setuju ngan pndpt littlehumblelynn..at least diorg pandang serius hal ni..

MRM said...

Just wondering, how about kalau nursery yang 'up' sikit in M'sia, ada ke possibility buat macam kat UK tu juga?

yzmahoney said...

mas...nursery yg "uP' tempat die pon kat UP-UP place jer lar..damansara, bangsar &etc.. stakat area kajang & serdang ade ker? hehehe

Ammi Sara said...

Alangkah bagus kan kalo kat msia pun amalkan mcm tu.. dulu masa syaik gi school at adelaide dia bw bekal, bw lunchbox, cuma diaorg kena pasdtikan anak2 tak share foods coz like u mentioned, ada children yg allergic to certain foods. k
kat aussie yg plg teruk pd nuts la, depa tak bg kita bekalkan anak2 dgn nutella/peanut butter sandwich, takut kwn mkn, coz byk death sana budak2 allergic to nuts..

bestkan depa tulis dlm log book tu, tak pyh lah kita 'soal siasat' cikgu2 about daily achievements anak2 kita, hihi..


k.sara bc komen oyis entry k.sara smlm, k.sara lak terharu..bergenang lak airmata, huhu..

Oyis said...

littlehumblelynn:
kan? kalo ada yg sanggup buat mcm ni bestnya la

isabelle:
setakat ni dia hanya refer to vehicles tayar empat as 'car', x kira la lorry ke van ke. tp rasanya x confuse kot, sbb jrg diorg panggil lorry kat sini, diorg biasa panggil truck :)

mamadanish:
sepatutnya la. tp ntah la bila benda2 mcm ni enforce huhu

m2rs:
rasanya ada, tp bak kata yzma, tempat2 nya pon mesti UP, harga lagi la UP. x sepatutnya la benda2 ni hanya dpt dkt org2 yg berduit aje, it's a not a priviliedge, it should be a right. kalo kat sini la, even nursery yg free / gomen pon sama je, x pilih bulu isu2 mcm ni huhu

yzma:
x tau la kalo ada ke x kat area kita ni. tp kalo ada, let me know ye where....

k sara:
sama la. sini lg, nursery aisyah x bg bwk apa2 pon dari rumah, hatta hari tu nak tinggalkan pisang dia x bg, disuruhnya bwk balik. tsk. dah terlampau plak ketat rules nya.