Wednesday, September 8, 2010

Raya Planner

X tahu ada lg ke x yg baca blog ni. Last time I checked mcm almost all yg komen tu adalah yg bkn duduk di Msia. Eheh. Understandable, sbb mesti kat Msia x pikir lain dah, it's all about raya now. Tinggallah org2 jauh cam kitaorg ni missing out on the action. Mcm org xde keja la kan, bole berblogging on lounging on the Net plak dkt2 nak raya nih hehe.

Tpkan, that was before aku buat list utk raya satni, baru aku sedar, 'eh byk nya kena buat!' (tp sempat lg blogging). Buktinya? Ini:


Wah, apa kono ko lukih gambo periuk bagai tu, kak?

Haa... ini namanya planning. Berbekalkan kertas dua helai, aku catat apa nak masak esok, apa ramuan2 nya, of coz terus transfer ke shopping list mana2 yg x de dlm stok lg tu, then aku buat list segala bekas yg aku ada dalam umah ni, bekas Pyrex utk dihidang kat org ke, bekas plastik utk buat transit sementara lauk pauk kes x cukup periuk belanga. Tu yg lukis gmbr periuk belanga bagai tu, sbb lps guna utk masak satu lauk, nak kena alihkan lauk tu sbb nak masak lauk lain plak. Dah la byk benda nak kena rebus pon pakai periuk yg sama jgk. Periuk pon cinonet je, so potensi utk masak satu lauk berkali2 adalah amat tinggi. Dgr aje pon dah rasa penat eh? Org2 lain pon buat jg mkn2, tp x de pon sampai lukis pots and pans, over betul aku aku nih hehe...

Nak buat mcm mana, aku ni x la selalu sgt wat mkn2, and kalo buat pon pada skala kecil2an je, so x pernah la invest beli periuk besar2 or mangkuk hidang banyak2. Org duk asyik kempen, gi la Stoke, buat beli pinggan mangkuk lawa2 and murah2, or gi cari Queen Anne ke, Dadibhais kat Bradford ke, tp duk Plymouth ni jauh di hulu, payah dan mahal plak rasanya nak travel. Jdnya sesekali nak panggil SEMUA komuniti Melayu Plymouth yg seramai 5 family itu (gasp!) and student2 bujang seramai another less than 10 org tahun ni sbb ramai dah graduated (double gasp), mmg masuk panic mode plak aku sbb mcm x cukup alat. X pe la, buat semampu yg mungkin, yg penting, kita menyambut hari kemenangan umat Islam berpuasa sebulan :)

Eh aku ni ckp mcm betul konfiden je nak raya esok. Ntah la, kalo ikut European Council of Fatwa and Research tu, mcm esok aje. Tp selalu nya kitaorg tggu London Central Mosque papar kat Internet psl bila raya nya. Tp sbb sini kan maghribnya lambat, mmg dlm pkl 10 mlm baru dpt tahu esok raya ke x. Aiseh... X tahu la ada org nak bertakbir dari rumah ke rumah ke x mlm ni, mcm tahun lps, sbb ramai yg dah balik Msia, tinggal 6 org je kot lelaki. Alahai...

Memandangkan byk yg amat kerja nak kena buat lps ni, starting with shopping for groceries, buat 2 jenis lg kuih raya, then kemas the house from top to bottom, then masak2 (kalo konfem raya), it might be that I won't have much time to blog tonight kalo jd raya la, dgn itu nak ucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin kpd readers semua andai ada tersalah kata terkasar bahasa baik di dalam penulisan blog ini mahupon di dunia realiti yg sbnar nya if you know me personally. Have a great raya everyone, and drive safely ye. Check this space kalo ada kelapangan, sbb aku bkn lah raya seminggu mcm kat Msia ok. Silap2 mlm tu dah tayang gmbr raya, coz xde aktiviti lain akibat dah habis tawaf dah rumah2 org lain semua, almaklum la, komuniti kecik lg simple je Plymouth ni hehehe :)

Salam Aidilfitri drpd kami di Plymouth!


3 comments:

Azizul Azri Mustaffa said...

Salam..Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Oyis sekeluarga..Wah dah buat planning raya siap dgn lukisan periuk tu semua hehe..Kami di sini pun tak pasti nak raya bila..Tp surau/masjid dkt univ. ni dh announce sejak Jummat lps, solat Aidilfitri akan diadakan esok..Jadi kami akan raya esok jugalah hehe..

yzmahoney said...

hehhee klakar lar awak nih...siap lukis plan periuk utk masak open house..nway gud luck yek masak memasak!!! n mohon maaf sekiranya ade salah & silap...xsbr nk kite beraye bersama2 di Malaysia...

ME's Delight said...

salam noris..selamat hari raya..masak ape woit thn ni?heheh..kami kt m'sia raya jumaat..makananya esoklah..e pun banyak kijo nih..maaf zahir batin ye..