Monday, September 20, 2010

Cukupkah?

Hari ni students semua naik semula utk sesi akademik yg baru di University of Plymouth. Students baru dah start orientasi last week, tp x berapa perasan sgt sbb x ramai mana. Sekali bila semua dah berhimpun balik semula, tu diaaa... gamat and penuh kawasan Uni ni ha. Skang pon mcm2 ada di Uni, promo back to school la, kaunter International Students la, kaunter NUS card la, semua sempena budak2 baru naik ni la... Graduation Week pon dah mula hari ni, and as far as I know ada beberapa adik2 undergrads Melayu kita yg akan bergraduasi this Wednesday. Wah, saat yg indah ye utk hangpa semua...?

Pada masa yg sama jg mula la diri ni hyperventilate mengenangkan dah nak masuk tahun 3 (eceh.. bole x, x nak ngaku tahun 3 lg sbb officially start belajar hari tu akhir Oct kan, konfem kes denial yg hebat ni hihi). Pelbagai persoalan menerjah kepala, tp semuanya menjurus kepada persoalan yg sama, yakni - cukupkah?

- cukupkah masa utk menyiapkan reserach dlm waktu sepatutnya?
- cukupkah skop kerja yg dilaksanakan/dalam perancangan utk dilaksanakan?
- cukupkah skill teknikal yg diperlukan utk membangunkan apa yg dirancang?
- cukupkah ilmu dan hujah nak defend kerja ni esok2?
- cukup kah duit kalo nak extend visa dsb nya?

Cukupkah? Cukupkah?

Wah, dramatisnya aku.

Nasib baik la kita ni org Islam, maka bila timbul persoalan begini, harus kembali kembali kepada Allah, dan ingat kepada konsep Kun Fayakuun. Maka ambil lah peluang ini semetara masih ada masa utk terus dan terus meningkatkan berusaha, dan berdoa lah moga2 Dia permudahkan segalanya utk kita. Pikir lama2 pon buat stress aje ye dok?

Ni disertakan lampiran (ayat skema) 3-months progress yg lps, isi dah lama, tp baru td terasa nak submit ke Grad School. Dah 23 months dah perjalanan my PhD ni u olssss....!



Ni plak kita kasi upload sket gmbr org yg penuh persoalan philosophical on the 1st day back di Uni. Kelabu satu mcm je muka nya, kelat2 pahit mengingatkan persoalan Cukup kah itu.



Despite all the commotion of little kiddies returning back to school bagai, I do feel a lot like watak Cecilia dalam comic strip phdcomics yg disiarkan some time last week, time adik2 undergrads kepoh2 masuk semula Uni, tp us postgrads rasa mcm 'eh, kita ada cuti ke baru2 ni? kenapa mcm 24/7 kat lab aje? Where did our summer holiday go?'. Heh, spot on betul mamat Jorge Cham ni (he actually credited Kelly Mc.Master U for this particular comic idea, tp this really IS how I feel right now).




5 comments:

Wan said...

insya allah cukup!! yakin cukup! :)

dah nak masuk 3rd yr nih, rasa tak sabar nak habiskan cepat2 dan balik cepat2 kan? tp kadangtuh ada gak rasa takmo balik, best duk sini komitmen tak sebanyak mesia,takyah g kerja, hutang piutang (kat uk) takde..hehehe (mode in denial gak nih)!

MRM said...

Betul! Sepanjang perjalanan PhD ni, byk betul isu 'cukupkah?' yang dipersoalkan...masa cukup tak, skop cukup tak, kekuatan cukup tak, etc. So I guess the only thing is kena berusaha sebaik mungkin and the rest leave it to Allah.

and dalam dok panic2 about all the'cukupkah?'issues tu, terhibur la juga bila sekali-sekala dok berangan2 about dah habis PhD, haha. Well, a man (& woman) has got to dream, right :P

All the best to us!

Alfian_Troxion said...

uwaaa! aku dah nak habis 4th year. dan soklan cukup x cukup masih terngiang di kupala.... dayem unstructured system of da phd!!!!

isabelle said...

woh..kalo nak terus ditanya cukup kah tu...mmg x harus dijwb cukup.
tapi larat ke nak terus lagi kalo x cukup2?

Oyis said...

k wan:
sgt betul sekali. sbnarnya kalo ikutkan, life time buat PhD ni not bad la, sbb life as a student can be quite simple, tp byk jg cabarannya. apapon, the real world yg involving kerja, mortgage and hutang piutang adalah sgt scary!

MRM:
tu la mas. x pernah sehari pon benda ni x terlintas di kepala, tp lately ni lebih2 lg la sbb mmg tersedar dari tido yg lena la bila tahu ada roughly a year je nak kena siapkan. where did all our time went anyway?

alpyan:
wah dah nak abis tahun ke-4 ke ko? aiks apasal x terasa pon..? sgt2 dangerous and deceiving la masa and waktu dlm membuat PhD ni. masa tahun 1 rasa mcm lambat gile masa berlalu, sekali dah tahun ke-3 ke atas, it just sails past you!

isabelle:
cukup ke, x cukup ke, kena cukup kan jg la nmpknya. moga2 cukup!