Tuesday, September 28, 2010

Girl Talk

Lama telah mengabaikan blog ni. Mmg teramat busy. Busy menyesuaikan diri dgn keadaan baru (new academic year) pon ye jg. Hubs is taking on a course and has a few classes per week, so ada hari2 aku kena jaga Aisyah for two hours kat rumah in the afternoon. Apabila ini berlaku, aku usually kena study extra hours utk menimpal balik the hours I have lost, so each minutes count. Also, we are mid-training Aisyah utk tido awal as in 8.30 pm, so that I can come home earlier, all of us have dinner earlier, and then after Aisyah goes to bed, resume my study sampai midnite ke. In an ideal world, that is.

1st night berjalan lancar, Aisyah slpet from 8 pm sampai 6.20 pg. Mlm kedua, hmmm.. masuk tido pkl 9 pm, tp Masya Allah, dekat pkl 11 pm baru kawan tu lelap, dia buat perangai bgn baring, bgn, baring, menceceh, dsb nya. By the time dia tido, dgn aku2 sklai dah go jawab nya. Terasa agak ralat di situ, sbb kalo tahu nak tido pkl 11 pm, baik aku stay kat opis lewat sket, bole siap keja. Pelan asal nak buat kerja after Aisyah tido tu dah x jd. Skang ni dlm dilema, x tahu nak teruskan ke x proses menidurkan Aisyah awal. Tp go on je la kot, try for a few more days, utk adjust masa tido dia. Rome isn't built in a day, kan? Kalo menjadi, lps ni jd burung hantu la aku, keja mlm2 buta plak heheh.

Walau pon lama x menulis, aku tetap teringat2 nak menulis. Apatah lg bila family aku bertanya2 jg bila kitaorg nak update ni. Smlm siap termimpi2 lg adik ipar aku, bertanya dlm mimpi aku, 'Bila nak hapdet cerita Aisyah?'. Atas dasar guilty yg melanda, aku hapdet la hari ni ok. Korban waktu dah ni jgn x tahu...

Sbb lama x menulis, cerita ada byk, tp x tahu nak start yg mana. Kita fokus kat Aisyah je la yeh. Paling menarik skang ialah sbb dia dah bole susun words into correct sentences. By the looks of it, she speaks mostly English, lengkap accent ko, terpegun aku, sbb serasanya aku x la ajar sgt English words kat dia, but Alhamdulillah, she is bright enough to learn from her peers and environment kot. Ni excerpt2 dialog yg pernah Aisyah ckp yg aku rasa menggeletekkan hati.

*******************
My friend.

Ada skali tu, kitaorg balik drpd town berjalan kaki, and ternampak ada satu budak perempuan bertudung (non-Malay). Budak tu senyum je la tgk Aisyah yg tgh berlari2 bermain, refusing to sit in her buggy. Tiba2 Aisyah terjerit2 dkt budak tu...

Aisyah: Wait! wait!
Me (dgn nada bergurau): Sapa tu?
Aisyah: My FRIEND!

Aku dan Hubs terkejut. X sangka dia faham my question. Jawab tepat dgn konteks plak tu. Wah.. siap dah ngaku friend ye.... Aku rasa interesting sgt part cross-language yg berlaku di sini. Sorry, aku org Comp Sci sentiasa relate dgn how we train robots to learn, and tiap2 kali aku observe Aisyah punya speech, I never fail to see kebesaran Ilahi.


*****************

Alright!

Aisyah skang ptg2 je mesti mintak ice-cream (bg a few small scoop je pon). She pronounces it, 'Ais-tweeem'. Kalo dpt muka mesti bahagia. Cute banget. Kdg2 dia mintak kitaorg buat2 tahu, dgn harapan dia terlupa. Tp ada sekali tu x menjadi, and she won bcoz x tahan dgr dia went on and on.

Me (mengalah): Ok...
Aisyah: Alright! I like ice-cream.


Sekali lg Hubs and I terkejut dan ketawa terkekek2. Sudah la ayat penuh and grammatically correct yg part I like ice-cream tu, tp cara dia sebut 'Alright' tu adlah sgt mengikut street talk slanga Bristih *pengsan!*


************

Why?

Ahhh... semua parents dread fasa yg ni. Aisyah sudah mula nak masuk fasa why. Cth terkini, Aisyah tgk Ayah dia basuh pinggan, and dia pon bertanya,

Aisyah: Ayah, why blah blah blah wash blah blah blah..?

Blah blah blah tu sebenarnya gibberish, tp faham maksud dia nak apa. Dia tanya, kenapa Ayah basuh pinggan? Hrp nya x lama lg dpt complete kan terus the whole sentence. At this stage it's still cute, tp kalo peringkat why this, why that... oh, pening gak nak carik jawapan dan mendiam kan eh?


or skali tu, dia pelik tgk aku tgh ironing (nmpk sgt jarang2 buat), so she went,

Aisyah: Mummy, why na na na na na.....

tp paham la maksud dia apa kan hehe...

*************
Counting

Dah bole mengira sket2, tp x kenal nombor lg rasanya. Lebih kpd hafazan, chewah.

Me: 1, 2, 3 ....
Aisyah: 4, 5, 6 ...
Me: 7 ,
Aisyah (menyampuk): 8, 9, 10!

*************

Cold

Dia punya articulation adalah sgt mantap.

Aisyah: I'm COLD ... (sebutannya C-O-L-D, qalqalah pada C, O dua harkat, and emphasis or another qalqalah on the D. Mcm tau2 je ejaan nya COLD. Padahal x tahu ABC pon lg.

*************

Train set

Baru2 ni belikan dia train set. Kalo train tu mmg dia minat la, dia panggil Choo Choo Twen (choo choo Train). Tp x sangka plak dia paham and tahu nama part2 dlm toy set tu, like Twack (tracks) and Stop Sign. Big word tu utk 2-yr-old, non-native English speaker tu, to say stop sign.

Aisyah (showing me a Stop Sign): Stop sign..
Aisyah (showing me a different stop sign): Another stop sign...

*************

EIEIO

She sings Old McDonald's now, tp keluar, 'E-I-E-O' (-iya-i-yo)

*************

Sing-song

She says a lot words in a sing-song, the way typical British would say it, like

Hellloooo...

See youuuuu...

Morning!

************

Mummy

Aisyah has decided NOT to call me Ibu like I have been trying to teach her for the past two years since her birth. Dgn begitu decisive skali beliau sudah meng-convert-kan my title kepada Mummy. Nasib la aku ni flexible, so apa2 je la. Mana x flexible, drpd umur 6 bulan dah bole panggil Ayah, sebut Ibu x mau2 gak, cemburu haku tau. so mummy pon mummy la, glamer gitu. Ngeh ngeh...

Tp, dia pandai psycho kan aku skang ni, semua ayat dia yg berupa permintaan or arahan, dia tambah 'Mummy' dgn nada lembutnya kat hujung ayat. Cair aku korg tahu x, mesti x sampai hati nak say No dah, haih! Contoh,

Sit down, Mummyyyy.... (masa tepuk2 lantai, nak suh continue main ngan dia and jgn sibuk blogging)
Sleep, Mummy, sleeepppp... (masa nak suh guling2 peluk dia)
More, Mummyyyyy... (masa nak mintak second serving of ais-tweeeeem)
No, Mummyyyyy... (masa x nak buat sesuatu yg aku suruh)


************

Love

The one I love most is when I tell her,

Me: I love you, baby
Aisyah (repeating): Iyu, bebeh.

Melts my heart every time.... :)

******************




5 comments:

mama zharfan said...

sweetnya baac citer ni :)
lengkap plak u tulis..
me nak kena tulis gak psl ariff ni :)

Wan said...

so cute!!

Oyis said...

mamazharfan:
tulis kak suzie, kenangan di hari muka psl pembesaran anak2. kalo kita observe mmg hebat sgt proses speech learning and speech processing ni yg start drpd budak2 yg x tahu apa2, kagum pada kuasa dan nikmat percakapan yg Allah bg pada kita manusia...

k wan:
thanks. tp masa berckp elok2 tu cute la, masa meraung or merengek, not so much :P

Shue said...

huuhuhu,,oyis..cutenya aisyah..kalo ko nk tau aku mimpi aisyah lagi pagi ni..walaupun org ckp mimpi pagi hari xleh pakai..apa salahnya kan..heheh tpp mmg aku mimpi cuddle2 aisyah gitu..adakah itu menandakan aku sudah rindu sama anak ko? hhehehe...dh lama x melepakkan diri kt umah ko. Padahal dh makin dkt dgn umah ko..

Oyis said...

shue:
meh la dtg umah kitairg, lps dah pindah kan makin dkt heheh...

mimpi ada makna ka? ;)