Saturday, January 16, 2010

Tanda2 Anda Chef Nasi Lemak Yang Hebat

1) Mula2, pastikan anda konfem masak la untuk hari tu, dan bukan makan kat luar or order utk dine in spt ini. Hehe.. ni gmbr 3 hari lepas, masa tgh sibuk2 nak siapkan report tu, x sempat nak masak. Terus Hubs suruh order aje Pizza Hut online. Buy 1 get 1 free, dpt voucher sbb top up kredit handphone. Maafkan la imej pizza yg dah x semenggah itu. Ada yg x dpt menahan diri dari menjamah sebelum waktunya.




2) In less than an hour, siapkan lah spread yg sebegini rupa: nasi lemak, sambal sotong, ayam goreng, telur rebus, ikan bilis goreng dan timun potong. Hidangkan kepada suami and anak2 tersayang, tanda berterima kasih kerana memahami waktu anda busy tempoh hari. Lebih hebat lg buat la sekali kuih pencuci mulut, in my case, ubi keledek goreng tepung. Pasti terangkat, makan musim sejuk2 nih.




3) Nak tahu sukses ke x, bg budak2 kecik yg jadi pengadil. Diorg kan honest. Wah, kalo sampai begini skali teruja menyuap, mmg sedap la tu. Sila tgk tulang ayam drumstick yg dah gonjeng itu. Konfemmmmmmmm......... tidak syak lg!




4) The ultimate sign that you have reached the Chef Nasi Lemak hikmat tertinggi adalah apabila juri anda, upon finishing her meal, tersengguk2 di meja makan. Nasi lemak adalah notorious utk menjadikan pemakan nya mengantuk, but this? Masih di meja makan tp dah tersengguk dan tersentak sampai hampir kena whiplash, mmg tanpa was2 lg la kehebatan anda tuh..... Tahniah! Dah layak la utk masak utk pak mentua, mak mentua, org2 yg dtg betandang tumah anda ke, tetamu mengejut ke, hulur ke jiran sebelah ke, or even volunteer utk masak ke majlis keramaian or potluck... kalo lebih berani lg dah bole cuba pacak gerai tepi jalan or amik order catering hehe... ;)





Erti kata sebenar 'Eat Nasi Lemak Ibu, Sleep Nasi Lemak Ibu, Drink Susu Ibu'. Heh..
(tiru cogan kata Coca Cola tu la)...




6 comments:

Lady of Leisure said...

rajinnya weekend buat nasi lemak.. sedap nampak... dulu kalau weekend slalu mintak my mom buatkan nasi lemak...

3yearshousewife said...

Isn't nasi lemak the best and easiest dish to survive from breakfast through dinner? That's my trick when I got lazy to do anything else.

Oyis said...

lady of leisure:
tu la, dulu2 jgn harap la nak masak nasi lemak. lg convenient gi beli kat tepi jalan aje, hehe. kalo nak lebih ngengada, ajak suami pi 'brunch' terus :P (kes sengaja sesama bgn lewat pastu mandi, bersiap then dkt pkl 12 baru nganga nak cari makan dua2 hehehe... teruk kan!)

tp dah duk jauh ni, semua pon terpaksaaaa la buat sendiri... xpe, kira training gak tu ek

3yearshousewife:
betul2... saya setuju trick ni. dari pg sampai ke mlm, laku je heheh. x payah byk2 kali masak

Ahmad Javanese said...

gila tera kau noris. meh meh sini resepi :) Aku nak kasik cuba buat utk anak aku pulak. aku tengok anak ko makan sampek tinggal tulang tu mmg teruja sungguh. hehehehe...

kalau mak dia masak, farhanah selalu makan ok, tapi dia tamau makan nasik sangat :( cuma kalau jamu ngan kicap + telur goreng baru dia berselera. tapi tu le, dia mcm alergik telur pulak. payah payah

so mau testing nasik lemak kau, kot2 la berjaya :D hehehehe

Adioshh

Oyis said...

olos... nak resepi ke? sama je mcm yg std2 di luar sana nun, x de rahsia nya. ayam sampek tulang tu, ayam goreng kunyit, feveret aisyah. tp paling dia mkn ialah part drumstick la. telur mata kerbau dgn telur rebus tu x payah cerita la, mmg sedap ber do'oh pada dia.

btw, aisyah nasi pon x berapa selera dia. so kitaorg bg dia makan lauk byk. but roti ke, roti naan ke, pasta ke, bihun ke, chips ke, wedges, hash brown potatoes ke, apa2 yg potato-based suka sgt2. so utk carbs aku bg tu je, maleh nak gaduh2 n paksa2 makan nasi. ntah2 dah ngikut perangai mat salleh x, x mkn nasi sgt? ahaks!

isabelle said...

apa lagi, oyis?
lps ni bukak payung & meja le..
meniaga nasi lemak.harus untung besar.

wang besar..wang besar...(eh apokono aku nih?)