Friday, December 4, 2009

Adoi La!


{rant}

Adoi la... sakit kepala, sakit bahu, sakit lutut, sakit satu badan la pendek kata. I think I've caught whatever nasty thing yg Aisyah n Hubs suffered from. Smlm rasa sejuk sampai ke tulang, even duk bawah duvet pon not helping. Hajat di hati nak siapkan satu sub-chapter tu smlm, tp last2 kena balik earlier than planned, sbb badan rasa cam penuh angin and jari jemari dah start kebas. Alhamdulillah, balik rumah, lps mkn paracetamol 2 bijik, bole la tido. Tu pon Hubs masakkan maggi mee. Mmg x larat nak buat apa2, sampai mata pon kluar air mata secara automatik (bkn sbb sedih, tp sbb letih kot). Then makan lg ubat at 2 am, then another at 7 am.

Dah la pg td ada seminar. Kalo ikut hati dah x nak pegi sbb x larat, tp sbb nya dah jadi pemangku AJK seminar sementara si Al tu gi bercuti ke Orlando, Florida, maka terpaksa la gagahkan jg tunjuk muka. Plus dah siap janji ngan Anna (presenter - member lab tu) that I would be there for her, melampau la plak x pegi kan, dah la mmg bbrp org dah bgtau x dpt dtg...

And then Aisyah. Dah x muntah2, tp berak plak cair. X habis2 dia kena. Kesian sgt kat dia... X payah ckp la psl Doktor, mmg dia suruh baik sendiri je kat umah. Ntah berapa kali nak gi beli ubat Calpol pon x tahu la, dgn duit sdn bhd la apa lg. Sejak duk UK lebih setahun dah ni x pernah merasa lagi ubat prescription, agaknya sampai balik Msia pon haram x merasa la duit NHS tu. Aku rasa Aisyah mungkin akan lose weight la, makan x nak, susu EBM x nak, asyik nak menetekkkk je, tp x hisap betul2 pon. Just bermanja2an je la. I think gigi taring dia nak tumbuh, tu yg dia x lalu mkn tu.

Hubs pon x berapa sihat lg. Drpd muntah2 kpd diarrhoea, skang dah bertukar jd demam kus2 plak, and hidung berair. Ni dia gi solat Jumaat, tp asalnya mmg dia pon x larat nak bgn. Tp nak wat camne, tu pon dia dah gagahkan jg, siap masak lauk ayam masak merah utk lunch, sbb kalo harapkan aku, makan chips je la. Dah berapa hari aku x masak nasi sbb semua org x de selera and perut x betul.

Aku menaip ni kat umah, lps seminar, terus chalo balik umah, sbb nya kat luar hujan lebat and kalo Hubs nak gi Solat Jumaat kena bawak Aisyah ke Universiti utk pass baton kat aku dlm hujan. Dah la x de kereta. Dah la budak tu pon x betul2 sihat lg. Kang dapat sakit lain lg susah. So aku balik la rumah.

X kisah sgt psl balik umah, sbb nya paham Hubs pon pon x kuat lg nak jaga Aisyah, so gilir2 je la, tp mengenangkan report tu, rasa tertekan. Dah la lps seminar td jumpa Prof kejap, diskas pasal dia nak suruh aku gi Digital Music seminar kat London at the end of this month, dan dia gesa suruh siapkan cpt2 report tu, jgn berlama2an. Kalo tulis jurnal lain la, kata beliau. Adoi la...

Bila Aisyah berak cair, selalu taik dia melimpah sampai kena baju2 luar, so sudah la laundry byk drpd biasa, kena basuh tgn dulu plak tu. Dah la sinki bilik air tu skang buat hal, x kluar air panas, dah report ke agency, tp x tahu laaaaa brp lama technician dia nak dtg. Lg kan rosak mesin basuh itu hari pon berzaman nak bole dtg tgk, ni kan plak paip. So sudahnya baju2 dia kena basuh dgn air sejuk la. Ni pon Hubs giler x larat dia biarkan aje baju2 tu dlm sinki and cover tempat kena najis atas karpet sementara sbb x larat cuci lg. Adoi la....

Dah la tu, aku x larat nak komplen, mcm2 lg sebenarnya, tp si Aisyah dok merengek2 kat tepi telinga nak pikir pon x bole dah ni. Dia mcm lapar, tp bg mkn bkn nak mkn, pastu tenyeh mknan kat rambut. Tu satu lg hal, smlm ntah berapa kali mandi. Tiap2 kali makan, tiap2 kali tu la mandi. X campur tiap2 kali berak melimpah lg, pon mandikan jg. Bila la budak tu nak sihat, asyik kena mandi kan aje, dah la cuaca sejuk nak mampos. Adoi la...

mak aku ckp mungkin jgk sbb x bukak heater dlm rumah, tp kitaorg bukak je, cuma secara berkala. Sejam pg, sejam malam, lebih kurg la. Lg pon cuaca baru dlm 6-10C, x la tahap kronik lg rasanya, tp x tahu la kalo secara x disedari mmg efek kat body. Tp kalo heater bukak lebih2 kang sapa nak bayarkan bil? Donations are always welcomed ok :P

Ok la. Aku nak gi hidang nasi utk anak beranak aku yg x sihat ni. Pastu kalo ada peluang, nak buat report. Tp kalo Hubs pon lg teruk drpd aku, nmpk nya terpaksa la kansel. Bkn nya bole tulis report tu mcm tulis blog. Nak kena refer paper tu, paper ni. Nak kena karang ayat kaw kaw ke paw wow lg. Dah la dalam rumah ada satu meja sahaja kat living room. Kat situ la tempat mkn, tempat tgk TV, tempat buat kerja, tempat Aisyah main. Mcm mana nak concentrate mengarang? Dugaan betul la. I need sleep, tp yg kelakarnya, bila tido, Aisyah dtg dekat n korek2 mata n idung aku. Nasib baik ko comel Aisyah ooi, x jadi marah hehe.

Toloooong la doa kan things get back to normal.

{/rant}


2 comments:

walpolpo said...

you will...:)

Oyis said...

walpolpo:
insya Allah, but better sooner than later lah hehe