Tuesday, September 27, 2011

Bedtime Story

Sempat update kejap kot. Berita best (pada aku).


Aisyah berjaya tido dgn sendiri nya!


Bkn yg jenis tertido depan tv or sbb penat main x ingat, tp style proper yakni after dah gosok gigi, wee-wee, bacakan bedtime story, baca doa tido, selawat, syahadah, minum milk, kiss2 & hugs, tuck up into bed, and 15 minutes later... zzz...


Alhamdulillah.


Sejak masuk nursery itu hari lg Alhamdulillah tido nya dah awal dan teratur, tp masih nak Mummy tido sama, peluk2 gitu. Belum bole style bye bye bye mcm org putih and Supernanny duk kempen tu. Ni kira remnant habit zaman2 BFing itu hari la ni, asal tido je mesti nak menyusu dulu. Dah stop BFing pon mesti nak ada haba2 Mummy kat sebelah baru bole lelap. Anyway, skang rasanya dah masa utk dia move on and tido independently. Tambahan plak, Mummy nya ni jenis kalo dah terlelap kat tepi Aisyah, subuh karang la baru bgn. X kan bole nak tido setengah jam dan bgn buat keja semula. So pikir2, kalo dah train siap2 ni, lps ni bole la Mummy buat blog thesis after dia tido. Almaklumlah, dah nak masuk masa kecederaan dah ni interms of buat PhD ni kan (extension).


So catitan pendek ni utk kenangan peribadi di masa hadapan. Sedih sbb I actually love golek and peluk2 ngan dia sblm tido, but at the same time kena didik jg dia to be more independent. Alahai, rindu la plak zaman tido bersama2. Lps ni kena tambah sorg lg baru la dpt ulang zaman peluk2 gitu hehe.


Apapon, if you get to read this one day Aisyah, Ayah and Mummy are very proud of you, very brave tido sorg2 with the night light switched off. Training time in total: 3 nights, tp mmg kena persevere and consistent. Betul mcm Supernanny tu ckp, budak2 nak tido kena ada rutin dan kalo bole jgn paksa2 or marah2, and that bedtime bkn bermula from moment mata dia nak lelap, but almost an hour before that dah start gosok gigi, baca buku cerita etc. Mmg time consuming, and you definitely have to schedule your life around it and drop everything else bila dah dkt2 bedtime (early dinner, no TV - terima kasih BT Vision On Demand - Msia Astro B.yond eh? yg bole record2 tuh?) But all is good, in the name of discipline. Without Hubs payah nak jadi, sbb aku pon disiplin tido ke laut. Tp nak ajar anak jalan straight, kena la start jgk berjalan straight tu hehe. Harap2 lps ni dah jd habit lah ye Aisyah, Insya Allah...


Oh tiba2 terasa tua... :)




 

Monday, September 26, 2011

Loving the Autumn Fashion

Bila musim autumn, makna nya dah sejuk. Hari pon makin pendek, waktu solat lebih kurg Msia je skang ni. Bulan dpn tukar balik ke waktu GMT.


Tp yg paling best musim autumn ini adalah fashion nya. Sgt gempaqs. Even aku yg mmg buto fashion ni, bole terpengaruh dan tertoleh2 berkali2 tau tgk baju org. X tahu knp, pada aku autumn ni synomymous dgn fashion.


Mungkin sbb sejuk, tp x terlalu sejuk kot. I mean, kalo dah winter tu, x sempat nak fikir jangok, bubble coat pon bubble coat lah, asal x kejung beku.


Tapi autumn, ahhh... Not too hot, not too cold. Masa ni la nak pakai cardigan bagai, buat2 layering, sbb kalo winter aku x pakai sgt cardi. Pasal kalo pakai long sleeves underneath cardi jd bonjol2 plak. Therefore aku kalo pakai cardi aku pakai sleeveless shirt je kat dlm. Musim autumn bole la, lab x psg heater lg. Kalo heater dah on musim winter sok, pergh, mcm dlm sauna la pakai baju lg, cardi lg. X kan dlm lab nak bukak cardi kot? Kang sudahnya jd pakai tudung nampak ketiak plak, mazhab mana tu? Hehe.. so kesimpulannya masa ni je la nak pakai layer2 gitu.


Ni lah masanya nak tgk org pakai trench coat or mac coat yg lawa2. Kalo kenakan dgn knee-length boots lg, perghhh... comel lote. For some reasons, handbag2 lawa pon byk berkeliaran masa2 ni. Mungkin sbb x sejuk sgt nak menjinjit bag tu kan. Or sbb autumn ni tone colour dia cantik, like reddish, burgundy, gitu, smart la. Kalo winter slalu nmpk black and brown je. Mungkin jgk mata aku je ni yg buat selective viewing. Nak buat mcm mana, winter2 aku slalu jln cpt2 dan mata perit2 melawan angin kuat dan sejukkk, susah nak perasan org pakai apa or bwk beg apa hehe..


Anyway, last week kan minggu Graduation kat UoP. Woh... mmg lubuk lah kalo nak skodeng baju2 dress and trench coat yg lawa2 tu. Guests utk majlis formal la katakan. Aku sempat gak snapped bbrp keping dari jauh. Ada jg yg x sempat aku snapped, sbb segan. Cameraphone aku ni bising lah, mesti ada bunyi klik. Kuat plak tu. Dah try setting suh diam, x jumpa butangnya. So ni je yg betul2 berkenan di hati. Yg paling berkenan yg first ni lah (dark blue). Dari jauh nmpk mcm skirt cheerleader. Dtg dkt tgk mcm baju seragam kelasi (sailor) pon ada jgk. Hybrid gitu. Yg lain2 tu ok jgk, yg beige tu aku rasa kalo dia pakai heels lg cantek kot (opinion aku je la).





Paling x tahan, mac coat utk budak2 pon ado. Comel2... mcm mini executive belaka kalo pakai. Sbb terlalu berkenan, aku nak belikan Aisyah satu, tp dia nak yg kaler pink. Hmmm...layankan je lah



(Aisyah dgn coat giler lama. Mmg dah sampai haul shopping baju utk dia. Coat kecik, seluar pon senteng masa ni... huhu).






 

Saturday, September 24, 2011

Space Hopper

Smlm bercerita psl Aisyah's fascination dgn balloon pump kan?


Well, dia telah mendapat satu akal baru hari ni. Semenjak bday nya yg lalu, ada bbrp hadiah yg aku simpan dlm store, tunggu release sket2 la toys dia ni, bkn main all in one go. Antara nya ialah hadiah drpd Uncle Bard, iaitu a space ball yg bole hop hop hop ittew. Aku selama ni beriya kempen kat dia, kena tggu summer and kena beli pump baru bole main, kalo x pengsan mak ko nak hembus2.


So far dia terima penjelasan aku.


Pg td, lps mandi, dia merengek2 nak 'bouncy ball, bouncy ball', sambil tunjuk kat pintu store. Mula2 x faham, pastu dia pegi amik balloon pump harga sepound tu and tunjuk kat aku sambil ckp, "bouncy ball... pump... big... i put sun block..."


Tu dia... excited punya psl, ckp pakai keywords aje...


Tp faham lah aku, dia suruh pump space ball tu pakai balloon pump, and dia promise dia akan put on sun block. Fuh, negotiate baik punya.


Sbb dia dah buat muka kesian, aku kuarkan la drpd store benda tu, ingat nak tunjuk kat dia, mana bole pump, ni kena guna pump yg ada motor yg org buat inflate air bed tuh. Sekali pam pam pam, kembung plak benda alah tu. Aisyah dah happy giler dah. Pam pam pam pam pam lg, sampai ke sudah dpt ooo. X sangka. X sia2 aku invest beli balloon pump ni.


Ceria betul dah anak dara aku, hajat dia kesampaian. Almaklumlah, drpd June itu hari dia pendam perasaan nak main benda ni hehehe... Tp kaki dia x jejak lg, so x leh hop2 sgt, cuma bole wat belajar balance2 sket2... hehehe








Friday, September 23, 2011

Older & Wiser ;)

Smlm Hubs turned 35. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kepada segala nikmat-Nya ke atas kami semua. Atas rasa kesyukuran itu, terasa seperti nak buat celebration sket2 dgn family. 35 is quite a big milestone, which calls for a celebration jgk.


Kalo ingat, last June, Hubs buat kejutan utk aku di lab (read here). So, returning the favour, aku pon pakat dgn supervisor tempat keja pagi dia, utk buat kejutan balas. Boss dia mmg sporting habis, siap sediakan cawan, tea, napkin, etc. Hubs habis keja pkl 8.30 pg, so mmg seawal 8 pg dah bergegas keluar rumah dgn Aisyah yg dah siap solek cantik2 utk ke nursery plak after that (siap ckp ngan cikgu nursery dia dah few days before that yg dia akan masuk lambat sket pg tu... see, well-thought in advance). Berlari2an ngan Aisyah ke lab aku dulu, tempat aku sorok kek (x bole sorok kat rumah, nnt kantoi sia2 la usaha ku), pastu berlari2an plak ke tempat keja Hubs utk setup2 kek dan lilin. And when he came down... surprise!!!!






Aku mmg dah niat lama nak buat celebration kat tmpt keja dia, sbb next week will be his last working week dkt tmpt keja ni. Insya Allah, starting October, he will be working elsewhere. Boss dia kat tmpt lama ni (Kim) adalah sgt, sgt, sgt baik org nya. Selalu tolong dptkan keja overtime utk Hubs, dia jgk yg rekomen utk Hubs dpt keja ptg, peramah dgn aku and Aisyah, pastu kalo Xmas or bday or even saja2 x de occasion pon dia suka bg plush toys dkt Aisyah. Aku yg tumpang sebak bila mengenangkan Hubs nak kena berenti keja setelah dkt 2 thn dah berkhidmat. Segala jasa baik boss Hubs mmg x kan dpt dibalas.


Of coz Hubs sudah happy dgn celebration ala kadar tu. Little did he know I had something else up my sleeves muahahahhaha...


Ptg tu Hubs gi keja lg. Masa dia x de, sakan aku pum pang pum pang kat dapur, masak lebih2 kurg, tp biar ada mcm2 kasi ada serba sket nak dptkan festive mood – bihun goreng, nasi briyani udang, kek bday (another one!), filo prawns, dan mini cheese and onion pasties. Lps tu siap2 kan diri and Aisyah, kemudian kemas rumah yg tunggang langgang itu, after that susun perabot ala2 ada centre table, and then put up balloons and banners. Haaa... yg bab belon ni mmg aku berterima kasih kpd balloon pump harga sepound yg aku beli dkt Wilko smlm dulu. Mmg mujarab dan berkesan, x la kembung2 pipi aku nak meniup. Laju jee.... pam pam pam siap... pam pam pam siappp... bulat mata Aisyah yg pertama kali tgk benda tu, excited habis!


Pastu dkt pintu rumah aku tepek kan satu kad bday buat Hubs. Sebenarnya nak stall kan masa, supaya bila dgr dia nak bukak kunci rumah, then terperasan ada kad, mesti dia amik 30 saat nak baca kan? Ada la masa utk aku tutup lampu and on kan lilin. Bijak eh?


Pastu.. pastu... surprise!!! (kali kedua). Sila tgk muka org itu. Btw, lilin tu beli yg nombor '25', sbb masa surprise pagi nya tu, Hubs komplen, ckp dia bukan 35, tp baru 25. Ha.. your wish is my command, hambikkk... hehehe...










Sila tgk gmbr di atas. Aisyah jakun dgn balloon pump, buat pukul2 belon mcm main kriket.


To Hubs, hope you had a wonderful celebration, albeit two very mini ones. Semoga Allah melanjutkan usiamu dalam keberkatan. Older & wiser, Amiiinnn... :)



Thursday, September 22, 2011

Were You In the Queue?

Aku suka beginning of term mcm skang. Rasa refresh gitu, and smgt nak buat keja. Tgk budak2 undergrad yg baru masuk, fuhhh rasa mcm happening sakan UoP ni, berbanding spjg musim summer yg ala2 ghost town gitu. Tapikan, bila dah ramai2 ni, ada jg aku rasa tensi, spt hari ni.


UK ni negara yg mmg sgt polite org nya. Ramai org ingat org putih x pandai ckp berlapik or berbunga2, tp the more aku duduk negara org ni, the more aku rasa UK ni lebih berbunga. Kalo compare ngan negara2 EU la, at least. Org EU lain aku tgk mmg curt and straight to the point yg bole membunuh statement or pertanyaan dia. Org British ni suka beat around the bush jg, cuma kalo salah org dia mmg tegas and x teragak2 akan comment, ni opinion aku la.


Diorg ni, even anak2 muda yg berckp disulami f*ck sana, f*ck sini pon reti nak hormat kalo ada budak2 kecik keliling, diorg akan bg lalu dulu. Begitu jg pemandu kenderaan, rata2 bg pedestrian mcm aku the right of way. Mmg lesen besar lah org2 yg pejalan kaki semata ni. Nak2 aku ada stroller, haih lesen besar terus upgrade naik jd lesen agung. Kalo naik lift disuruh naik dulu, kalo nak masuk mana2 bangunan, dibukakan pintu nya bg aku lalu dulu, even kalo naik bus yg penuh warga emas pon, kdg2 yg tua terketar2 ni punya la gentleman, bgn, suruh aku amik seat dia. Ckp apa2 pon mesti disudahi dgn please, i.e. Yes, please, or No, thank you. Rakyat dia pernah kena label sbg suatu bangsa yg suka queue. Queue toilet, queue supermarket, apa saja yg bole queue dia queue.


So bila tiba2 dtg ramai2 student international yg baru2... adeh... teruji kesabaran kjp. Nak2 yg jenis x reti queue ni kan. Td masa gi scanned passport (tiap2 thn kena scan at the start of new term), bole ada rakyat satu negara ni berbondong2 attack meja scan tu sekaligus. Pening pegawai tu. Dah la tu, dtg kwn2 senegara dia yg lambat, terus main join group tu je, x peduli la org lain yg beratur dkt 5 meter pjg nya dah ni. Ammarah #1


Tgh2 turn aku deal dgn pegawai tu, molek aje salah sorg rakyat negara yg sama tu tumpang duduk kat seat kosong sebelah aku, ckp original passport dia x bwk, fotostat punya ada, bole ke? Nasib pegawai tu x appreciate jgk tingkah laku yg begitu, terus kena sound, “I am with a client now. Please get to the back of the line”. Haih... Ammarah #2


Sempat mencelah gi Sainsbury's kjp beli sayur. Masa ni agak ramai org, so aku pilih utk self-service je la. Biasanya self-service cpt sket. Lg pon 2 item je kat tgn aku. Org kalo trolley penuh akan pegi kaunter checkout yg ada conveyor belt tu. Tgk2 kaunter self-service pon penuh. Salah satu sbb lmbt ialah student2 (aku assume student baru) drpd negara yg sama td bawak trolley sepenuh2nya, nak byr dkt self-service nya kaunter. Fine, mmg la dia x ckp basket only, tp agak2 la kalo trolley ko tu dah melimpah ruah, mcm mana ko nak bungkus brg2 ko tu kalo dah tempat cinonet khas utk express checkout only tu... Ammarah#3


Tp fine la, dia x buat silap pon. Aku rasa budak2 tu share satu rumah kot, sbb beli keperluan rumah sampai satu trolley. Plus ada 3 org lg kwn2 dia ikut sekaki, share satu trolley. Yg bikin panas, menyedari kelembapan kawan dia ni self-checkout (kata la dkt Kaunter A), 2 org lg yg bajet bijak bestari la nih nak jimatkan masa, jd dayang2 penyibuk dan pegi ambik basket kosong. Pastu di off loadkan brg2 dari trolley yg penuh td, masuk sbhgian nya ke dalam 2 ketul basket baru tu. Elok aje kaunter sebelahnya kosong (kata la Kaunter B), dgn moleknya diaorg ni mencelah masuk guna kaunter tu plak. Ewahhhhh.... patutnya next person in the queue la yg punya turn. Ko dah start bakul baru, pegi la beratur kat blkg sana semula or else duduk aje lah tggu kawan ko siap kat kaunter A tuh. Ammarah #4


So duduk la 2 org ini dgn bakul2 mereka meng-checkout di Kaunter B tu tanpa rasa bersalah langsung. Tiba2 kaunter satu lg jd kosong (kaunter C), bole salah satu drpd 2 bakul td tu nak berpecah and nak conquer??? Memandangkan ni dah turn aku in queue, dgn sepantas kilat kalah Ultraman aku potong, and aku sound, “Were you in the queue?”. Terus aku sinsing lengan baju, buat dunno and byr aje 2 ketul item aku. Sorry la babe, dah la ko tu main potong2 queue, brg sebeban plak tu, berjanggut aku nak tggu ko siap. Dgn org British bole la ko pijak2kan kepala and nak bwk perangai kampung ko tu. Dgn aku? Meh aku tunjuk skill kampung aku skali... hebakk x hebakkk.... hehehe...


Tu je... Nak lps geram. Ntah kenapa ammarah berlebihan plak hari ni. Tp dlm seminggu dua lg, aku yakin, budak2 negara mana pon, akan jg se-polite British jgk, beli dah reti gaya bahasa dan tatacara kehidupan org sini. Cuma x pasti balik nnt dpt kekal ke x. Kalo kes mcm ni dah ammarah 4 kali dalam satu hari, balik Msia aku x tahu la, dgn driving lg. Mau botak rambut aku kes kena tarik everytime sakit hati. Silap2 aku pon sama je besok, x pandai nak queue, nak wat camno, if you can't beat them, join them huhuh... Tp hrp2 tidaklah..


Wednesday, September 21, 2011

Orientasi dan Graduasi

Hari ni sempat merasa dua2. Kira complete satu cycle la kan. Skang Uni baru bukak dlm satu minggu, orientasi masih berlangsung di sana sini. Tgk saja lah kawasan masuk kompaun Uni, mcm pesta daaa... Siap belon2 dan van aiskrim parking baekk punya dpn bgnan Portland Square, sampai Aisyah pon nyaris kena pancing skali. Pameran2 ni mainly kat dlm building Roland Levinsky, khas utk budak2 orientasi, drpd syarikat2 dan kompeni2 yg menyediakan perkhidmatan utk pelajar2, spt bank, kedai komputer, salon rambut, bowling alley, gym, Virgin media (internet dan TV) dan mcm2 lg... Mcm2 promosi tgh berlangsung. Yg paling happening promosi Pizza Hut dan Dominos Pizza la. Sengit betul. Semua duk sibuk kasi pizza taster free2. Or buy 1 get 1. See the madness for yourself!






Ptg nya plak, pegi ke The Hoe, utk sama2 meraikan kawan kitaorg, Dr Gina Tj*hai (rakan PhD yg serumpun dari Indonesia, di bawah School of Computing) yg bergraduat hari ni. Syukur, cuaca sgt elok sekali, mmg the best view lah di The Hoe utk konvo. Puas Aisyah berlari2an kat padang lapang ni, sampai jatuh kat atas rumput dan bertompok2 seluar dia dgn tanah. Wah.. menyental lah nmpk nya mlm ni.






Spt yg dah pernah aku ceritakan dulu (er... tiap2 tahun pon pegi celebrate org konvo, peniup smgt, bole ke gitu??? and OMG, tahun lps pada tarikh yg sama pon aku tulis pasal orientasi dan konvo jgk kah? aiyooo... xde modal dah ke aku ni?), konvo di Plymouth ni di buat di bawah khemah banquet di tepi laut. Tp aku rasa deco dia dah agak cantik dan td aku sempat tgk lg perbarisan masuk, sampai lah ke VC dan org yg bawa cokmar tu. Mmg agak feel jg, altho aku rasa grand lg kalo kita kat Msia buat. Biasa lah, bab2 protokol mana bole lawan Msia punya. Aku org kuat team gamelan utk konvo uni aku di Msia, aku tau la hehe.







Walaupon agak simple dan di bawah 'khemah' aje, namun aku rasa konvo dia agak best, sbb view laut dia mmg mengancam. Fuh... mana nak dpt konvo dgn view mcm ni beb?






Apapon, seronok dpt spent sepetang bersama dgn org yg dah berjaya melepasi PhD, menjadi pembakar smgt kami yg masih berjuang. Tahniah buat Gina dan family, untung2 berkat nya terpalit pada kami sekali. Tidak dilupakan graduan2 Msia yg lain yg tidak dpt bersama meraikannya di sini kerana sudah pun pulang ke tanah air terlebih dahulu - yakni Dr. Is*mail Fauzi dan family, Dr. Zali*sham dan family, serta Dr. Muhamad Hida*yat (Wak) dan family. Selain graduan PhD, ada jg adik2 undergrad dan Masters yg bergraduat kali ini, tahniah buat Fir*daus dan A*fiz, masing2 bergraduat dgn Degree in Engineering dan Master in Architecture. Tahniah buat semua!!! Semoga Allah bersama2 kami serta permudahkan urusan kami yg masih utuh berjuang dari segala segi dan berpeluanglah kiranya utk kami merasa nikmatnya bergraduat pada tahun hadapan yg mendatang, Insya Allah...