Monday, November 30, 2009

Menulis dan menulis lagi...

Selagi report ni x siap, selagi tu rasanya mcm busy sgt2... Even dah pergi lab on weekends and also start writing up early in the morning pon, still x dpt siap lg. Benar lah, writing is the hardest part, kena ada both kekuatan mental and fizikal.

Oh well, life must go on, terperap n berduka cita stress x pasal pon x guna, so itu yg hari ni kluar jap ngan Hubs gi town and membeli brg2 dapur sket, dgn brg keperluan lainnya. Nak pegi minggu lps, hujan x henti2. Nak gi semalam (Ahad), Hubs plak x sihat ala2 kena food poisoning gitu. Mungkin bahana nak habiskan makanan raya la kot. Mungkin aku jg yg silap reheat food x betul2, kesian Hubs mcm perempuan kena morning sickness hehe... Alhamdulillah lps mkn Pepto-Bismo (ubat heartburn n nausea) dan minum dioralyte utk mengembalikan mineral dalam badan, the throwing up stopped, tp dia melepet lah kecapekkan.

Anyway, ini nak justify kenapa ke town semasa hari bekerja sebenarnya. Sbb smlm x leh gi, hari ni buat ganti hehe. I got myself a pair of cheapo boots (ladies boots la, bkn wellies mcm Phua Chu Kang eh?), coz skang asyik la hujan, x tahan la asyik stokin basah sbb air masuk dlm trainer. And also a few pairs of socks as well, yg colourful gitu, sbb nya I realized that I had only black coloured socks sbb I am boring and practical that way, but I thought I needed more colours in life and went crazy, so amik ko, purple, pink, hitam, navy blue, belang2, corang-coreng, semua aku rembat dah haha.

Then pegi beli groceries plak kat kedai oriental 88 dekat Barbican. Ni kedai org cina Msia dan sempat la borak2 ngan tokei dia in BM. Beli ikan selar frozen dgn sotong, bg variety sket lauk sbb hari2 mkn ayam, udah daging mahal 9 pound sekilo ko... x mampu den... udah la x dok org wat Qurban sini, so idak la teman meraso daging Qurban itu ye..

Ok ni gmbr depan kedainya. Aku suka area Barbican ni, sebab tepi pantai. Tiap2 kali jalan sini hati mesti tenang, there's just something about the water lah aku rasa. Nmpk yacht2 mahal yg tersadai di marina buat hati jd hepi, walhal sah2 la tu harta org lain dan maybe sampai ke tua pon x mampu aku miliki hehe .. ntah apa2 ntah... But area tu mmg lawa, and ni aku share gmbr building sekitar nya yg ala2 era lama English, dgn jalan raya nya diperbuat daripada batu batan cobbles, hingga lah bangunan nya yg mcm ala2 Tudor pon ada. Very interesting.










Oh ye, last skali aku nak tepek jg di sini sbb tiap2 kali aku lalu nak gi Barbican pon aku n Hubs gelak, tp tiap2 kali mesti la tertinggal kamera ke, bawak kamera x bawak memory card ke, handset bateri mati la, adaaaa je reason x bole amik gmbr kedai ni. Bkn apa, kedai video ni namanya E.T Video's. Hah, glamer ko ET. X sangka ko ada kedai video kat Plymouth ye. Jgn sewakan video porno udah la ye hehe..




Then we parted la me & Hubs. Dia gi Sainsbury's, aku gi lab. Ni baru lps mkn microwaved pasta and minum kopi se-mug. Aku skang dah minum kopi on a daily basis kat lab, sungguh gaya postgrad yg tegar gitu. Ye la, dah masuk 2nd year you, confidence and gaya mesti mau kasi up sket hehe. No lah, sebenarnya sbb utama aku start drinking coffee ada lah skang dah sejuk gila babeng dah, dah 6C hari ni, so yes, dgn ada nya kopi tu, panas la sket badan... Last year masa nak start, Aisyah was still exclusively breastfed, x berani nak minum kopi, just minum hot choc. Skang dia pon dah mkn mcm2, Insya Allah x de kesan...

Btw, sebut bab 2nd Year, aku ada mixed emotion pasal ni. Takut sbb panic, panic! But at the same time mcm rasa excited pon ye jg, especially sbb dah siap prototype and tgh writing transfer report, so lps ni mmg full speed la with research. Konon nya la. They've told me that tahun dua mmg x kan sempat bernafas la, and skang pon dah rasa permulaan nya. Apa pon kena la take everything dalam positive stride kan?

Oh, oh, and dalam lab aku ada 2 org budak baru, so kiranya aku dah naik pangkat jadi kakak senior la sket hehe. They started late October baru2 ni, satu dari Austria, satu lg dari Germany, dua2 pon lelaki, dan rasa cam lg tua drpd aku jek, tp x pe, yg penting aku tahun 2 ngehehe. Yg sorg tu, Haans (Hubs gelarkan dia Hans Gruber mcm citer Die Hard) tu, skema, dtg awal pagi, balik pkl 5 macam tu. Sorg lagi tu Peter (Hubs gelar kan Peter Parker mcm SpiderMan), dtg lewat tghari, balik lewat malam. Kdg weekend pon dtg. Aku yg nosey parker ni mmg tertanya2 gak, apa yg dia buat ye 1st year dah begitu tekun skali, cuak sungguh. Especially diorg adalah org Industry, so mesti laju je kan dia buat programming? Silap2 nanti dia siap dulu, oh malu! malu! Mcm2 la imaginasi aku utk mempanic kan diri, last2 kena basuh ngan Hubs, apa pasal la busy body ngan masalah org lain... X paham2 PhD ni bkn a race between individual, tp sendiri adalah meng-set kan milestone. He he... lupa boss. Tu psl kena ada suami yg remind :P

Dgn addition nya mereka itu, lab aku drpd jadi majoriti budak Brazil dah jadi majority budak German-speaking plak (Tom yg ajar LyX tu post doc tu pon dari Germany). Kalo diorg start speaking German, ha.. x leh nak menyampuk ko org lain... hehe... I imagine it's the same kalo org Msia start ngomong dlm Computer Security Lab sana (4 org Msians, 1 Indo). Best kan, bole tunjuk samseng sket ngan bahasa kita hihi...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Before terlupa, nak catat fakta utk bg smgt utk diri sendiri dan jg all postgrad lain nya - masa gi briefing Transfer Report hari Jumaat lps, Dekan Graduate School tu bgtau beberapa fakta menarik, antara nya:

- Transfer Process ni adalah utk monitor progress after one year. It is actually an indication for the completion time and completion rate later. Dalam byk2 kes, 90% akan lulus, 10% will be recommended for improvement, and a little under 1% will have to continue with MPhil. Interesting, pecahan utk viva esok pon sama, 90% lulus dgn minor correction, 10% lulus dgn major correction, and nauzubillahi min zalik la ada antara kita tergolong dalam yg 1% itu.

- Ni adalah resonance of what Tun has said to me dalam komen, tp ni plak dari Tuan dekan sendiri "To be told that you have to work harder is a very humbling learning process" ~ so jgn despair!

- Finally, mengikut statistik yg dibentangkan oleh Tuan Dekan, jika anda:

1. pelajar International
2. mengambil jurusan STEM -Science, Technology, Engineering or Maths
3. menerima biasiswa
4. dan pelajar Full-Time,

peratusan utk lulus dan mendapatkan PhD (completion rate) adalah 85%. Tp yg kurg best nya, average time (completion time) di UK ialah 4 Years. Adus. Smg kita tergolong dlm golongan yg berjaya itu kengkawan, Amin!!!!

Ok nak go back to my report writing. If only I could write as many words as I did for this blog entry dalam masa sesingkat ini jg utk report, alangkah baik nya!


Saturday, November 28, 2009

Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2009

Gmbr2 sekitar Hari Raya Aidil Adha di Plymouth tahun ni.. Ni dah kali kedua kitaorg beraya haji di sini, dan kalo kira raya posa sekali, dah 3 kali beraya la di perantauan. Walaupon x leh celen tempat2 ramai student Msian lain nya, spt Bristol yg beramai2 buat Qurban kambing antara geng MCB, tetapi tetap la meriah, cuma dalam skala yg lebih kecil :)

Tghari tu gi Open House anjuran Zafi, Shue, K Mazni, Anas, Afiq..














Mlm nya di rumah Leman n family di Azure West, the Hoe.








Kpd yg menjemput, terima kasih sekalung budi. Maaf gmbr2 x mencerminkan hari raya sgt, ini lah padahnya mementingkan perut sendiri dan melahap mknan terlebih dahulu serta memberikan sepenuhnya mandat kpd sang suami yg tgh rancak berborak utk jadi fotografer dgn penuh perasaan berat hati :P

At least dpt lah jg amik gmbr Aisyah berbaju kurung. Baju ni dia x pernah pakai lg, sbb raya puasa hari tu sgt besar & labuh. Skang pon masih besar, tp not as bad on her la hehe..


Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

Dah siap set2 dlm kepala, celebrate raya Haji tahun ni ala kadar je la, bkn nya ada sesapa pon.

Baju baru? Mana ada. Pakai aje la baju raya posa baru ni.

X payah masak apa2 la sgt. Barang dapur pon x beli extra. Busy dgn report writing la kata kan... Minggu dpn nya Prof dah nak draft.

Masa raya dulu buat jg bertakbir dari rumah ke rumah, tp raya haji ni mcm x de plan je. X pe la, kita bertakbir la kita tiga org anak beranak.

Plus, ada briefing session lg pg raya tu, utk those yg akan melalui 'Transfer Process' soon like myself. Even Hubs pon kena siap solat raya cpt2 and then meet me outside of the mosque utk amik alih jaga Aisyah and so that I can berlari2 anak ke Uni utk kejar briefing tersebut. X nak la masuk lambat dpn dekan graduate school.

Itu plan nya la.

And I have braced myself for this. Tiba2 di hari Wukuf ni, sehari sblm Aidil Adha, terasa nak tgk apa perkembangan kat Makkatul Mukaramah, bukak la YouTube. And I saw this.





Sayu nya. Rasa mcm nak nangis dlm lab plak. Tu baru dgr azan yg 4 minit je tu, belum betul2 kat Mekah lg. Di kala org sibuk2 bersesak nak perform Haji ni, aku bole buat2 ignorant plak ye. Di kala lembu2, unta2, kambing2, qibasy2 semua berzikir x putus2 bersedia utk dikorbankan atas nama Allah, aku x rasa apa2. X peduli. X amik pusing. X amik port. X mengagung kan hari kemenangan ni. Duk sibuk2 kan diri dgn hal duniawi. Teruk betul la aku ni. Astaghfirullah al-azim.

Mujur la Allah masih bukakan pintu hati nak posa sunat hari ni, dan tergerak plak nak tgk video Hajj. Kalo x, mmg konfem beraya tanpa perasaan keinsafan langsung la aku nih.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua readers. Maaf Zahir & Batin ye.

Briefing tetap kena pergi, kerja tetap kena buat, kerna itu adalah nama nya perjuangan, tp Insya Allah, malam ni dan tiga hari selepas itu pon, kena imarahkan dgn takbir la satu rumah. Semoga kitaorg dpt menghayati erti korban kali ni dgn lebih baik lg.... Insya Allah!

PS: Untung kan org yg dpt gi buat Haji? Semoga kami jg berpeluang satu hari nnt... Amin...

PSS: Ni mungkin bkn last entry before raya. Ntah2 lps ni ada lagi hehe..


Wednesday, November 25, 2009

International Food Festival

Ni adalah entry org yg tgh byk kerja, tp rasanya perlu jg tulis sesuatu. So short2 one je la ye..

Smlm hntr entry ke 'International Food Festival' yg dianjurakan oleh Student Union kat University of Plymouth ni. Jgn tanya angin apa yg menyebabkan aku nak enter tu, Wallahu A'lam. Anyway, aku masak rendang & lemang, tp lemag segera la, dari plastik. Cuma boil pakai santan dan rendang tu, mmg from scratch la, bkn pakai perencah punya, baik sket yeee....

Alhamdulillah, x disangka2 menang pulak. Dpt 'Most Interesting Dish', walhal byk plak entry daripada pelbagai negara. Ada 2 kategori lg dipertandingkan, 'Best Tasting Dish' (student dari Iran ni menang, tp nama makanan aku x ingat), and 'Best Presentation' (student dari India, buat Carrot Halwa). Yg hadiah saguhati student dari China menang, diorg buat Beijing Noodles.

Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih buat rakan Msian di Plymouth yg memberi sokongan padu, siap dtg dah lewat ptg pon ke acara tersebut demi memberi smgt dan sama2 menolong each other merembat makanan2 yg up for grabs selepas selesai penilaian. Maaf byk2 coz buat rendang sket aje, mmg x sangka ramai yg akan hadir. Insya Allah lain kali kita buat lg ye.

Oh ya, hadiah yg aku menangi ialah sekotak kecik coklet dan Sainsbury's Gift Card bernilai GBP10. Hmm.. bole la buat belanja dapur, dah nak raya dah ni. Selamat Hari Raya Aidil Adha, alls. Aku mungkin beraya kat opis sbb ada session utk 'Transfer Process' yg akan dibentang kan oleh Dekan Graduate School tu. Terpaksa la, dah nasib huhu..












Sunday, November 22, 2009

Self Service

Ni hari Ahad, tp gi lab gak huhu.. Nak wat mcm mana... nak kena make up for lost time over the week days yg kdg2 masuk lab lewat.. Plus mmg ada report nak kena siapkan so, terpaksa la..

Td gi library, utk photocopy some stuff yakni borang2 progress report itu hari, iaitu utk KPT, utk my majikan, utk UoP. Kat sini x pakai cash, guna student card je, provided that you have credit la in your card. How nak tambah credit? Well, in the library, setiap floor ada satu money loading machine. First, pergi kat mesin tu, swipe your student card, then they'll ask you to insert coins / bank notes. Sesuka hati je la bole bubuh berapa pound atau pence pon. And then bila dah sudah, tekan 'Finish' dekat touch screen dia and you're done, taraa!!

Lps tu bila nak guna mesin fotostat, all you've gotta do is swipe your student card at the photocopying machine and off you go. Simple kan? I've used the photocopying machine before, so I had some leftover credit from last time, but x pernah guna mesin top up duit bcoz previously ada staff dekat Bahagian Media Desk tu, so I just handed her the cash and she topped it up for me. Memandangkan ini hari Ahad, saja ambil peluang student x ramai di library hari ni and top up 10 pence sahaja. Haha, testing je, supaya kalo kelihatan jakun pon org x ramai. Nasib baik jadi, and pretty straightforward je :P

Sblm ni aku biasanya tgk kat library2 diorg suruh beli kad fotostat yg asing kan? So dlm dompet kena bawa satu kad extra la mcm tu. Ada account by default dlm student card mcm skang adalah sgt senang. Plus bole top up beberapa pon nilainya, I think masa dulu pernah guna yg jenis beli kad fotokopi tu, minimum kena top up RM10 (sah2 di Msia la, dah sebut RM tu kan), so agak bengang bila sebenarnya nak print 10 helai aje, lps tu apa nak buat dgn baki RM dlm kad tu? Fine la, dtg next2 time bole guna lagi kan. Alkisahnya nak jd cerita, dtg next time, dia dah tukar vendor plak, dah x pakai company sewa fotostat mesin yg sama, so kad fotokopi itu adalah tidak laku sama skali lg. Adeh...

Anyways, kengkawan UoP, kalo nak guna media di library spt fotokopi or binding, sini dia x handle cash dah. You have to either use the money loading machine or go to the Help desk and pay by Debit card. They have turned cashless now.

Ok. Niat di hati nak mem 'binding' (makluman: bukan transfer report lg ye, yg tu masih x siap, ni adalah tesis org lain yg menjadi bahan bacaan yg best), tp tgk media counter closed la plak weekend. So tanya librarian tu apa option yg ada. Rupanya, bole je Self-Service. She gave me a comb binder, a plastic cover and a black card utk cover blkg, and she showed me how to use one of the binding machines kat dalam Bilik Media.

Wah wah wah, rasa mcm keja kat kedai fotostat plak. Serius teruja. Lama gile dah x guna mesin ni, plus kat Msia dulu, std la, main hntr kedai je, lps pilih2 cover yg menawan dlm 20 minit, tggu org kedai siapkan. Kiranya ni adalah satu humbling experience la, besok2 kalo dah dpt title 'Dr' pon kat depan, jgn la sampai nak fotostat dokumen 2 helai pon dah lupa, sket2 minta tolong RA (which in some cases, adalah mcm abusing pon ye jg). Ni peringatan utk diri sendiri la, x de kena mengena ngan org yg hidup atau pon mati yg lain nya.




Ni end product dia. Quality nya adalah sama if not better than kedai. And it only costed me 60 pence. Ye, 60 pence sahaja. Dulu pernah wat jg kat kedai buku kat UK ni, dlm GBP1.20. Boleh tahan gak ye upah labour cost dia.




Oh satu lg nak selit. My laptop bag ni mcm best la jg, sbb ada mesh pocket at the sides, so guess what I put there? Bkn botol air, but botol susu EBM. Hehehe... (PS: sini dah sejuk, I x bother pon guna ice packs utk keep the breastmilk chilled. Plus the longest they have been out on the desk pon x pernah lebih 3 jam at a time, so Insya Allah ok).



Memandangkan ni entry random, nak tanya all students di luar sana, ada x a non-fattening way of baca paper? Ini kerana tiap2 kali nak digest paper, mulut n perut mesti sesebuk nak men-digest sama, adui la...


Friday, November 20, 2009

Mari Menulis Dgn LyX

How do you guys keep track of all your journal papers etc?

I always have a problem with organizing and keeping thing together. But I would like to share with you a way that I think solves it all (at least for me). A lot people are happy enough using End Note, and as a Ubuntu user, I feel left out sbb nya it's developed for Windows user.

I used Zotero for a while, tp mcm x best la. Sbb nya kena guna online shj, leceh la plak. I am scared of using LateX, tok sah tanya kenapa, maybe sebab berpuluh kali gi kelas dia tp x pandai2 jgk. Sebenarnya I blame the instructor, sbb nak cram 40 org per session, pastu mula la timbul mcm2 masalah, different computer literacy skills, disfferent OS la, different version la ... sudahnya tiap2 kali pegi pon abis masa dgn instructor nak setelkan masalah teknikal student aje. Patut la x pandai2...

Nak guna pelbagai lg free software di alam Linux ni mmg bole utk organization of papers, tp mcm mana nak cite kan dia dalam paper / thesis / report yg kita tulis? Sbb guna Ubuntu, maka my option utk tulis anything is Open Office Word Processor. Okay mmg ok, tp utk tulis tesis je la. Kalo nak cite, dah... kena tulis secara manual segala titik, segala noktah, segala koma... sbb x leh link ... aiyo... penat oo..

Dgn petunjuk drpd seorg budak dalam lab ni, I found a solution guna LyX (pronounced licks); which is a halfway solution between Words and LateX. Utk org skill bertaraf sederhana mcm aku ni, molek berdo oh doh.

Ok, mula2 kita bahagi kan kerja kita kpd dua. Satu, writing material kita, kita tulis pakai LyX. Ni dari terminal just type

$ sudo apt-get install lyx

Nombor dua, bibliografi kita (yg sokmo nya org tulis pakai End Note tu), kita tulis dlm Text Editor bodo2 je cukup, i.e. Notepad atau Emacs, ikut keselesaan la ye, tp follow BibTex nyer format la ye.

Kita approach bab bibliografi dulu la ye. Kalo x tahu mcm mana nak dpt kan BibTex nya format, kita gi dulu ke Google Scholar. Cari paper yg kita nak. Dah jumpa? Maka klik dkt link yg kata 'Import tu BibTex', spt ini:




Bila klik situ nanti kluar BibTex file mcm ni:





Save BibTex file tu dgn extension *.bib


Ok, now kita start tulis artikel kita pakai LyX. LyX ni bkn WYSIWYG, but What You See Is What You Mean. For info bole wiki la hehe.. But it's pretty straightforward. Ni interface dia. Kita tulis, title dulu, then pegi dkt cursor tu, select 'Title'. Automatic dia set Font, Centralized utk Tajuk paper kita tu la. Of course kalo ada setting2 yg nak diubah, bole buat beforehand. Plus, kalo nak tulis format apa pon, bole set - tulis buku ke, jurnal ke, thesis ke, report ke, letter ke, bla bla....




Kemudian test letak nama author plak. Pilih 'Author' dkt tempat yg ada cursor tu. Automatic dia tarik ke tgh, ni x buat apa2 pon, just tulis Oyis seketul je (which I started off from left margin), dia caps terus, certalized terus.




Kemudian tulis la apa2 yg nak tulis tu...




Tiba la part nak cite... Mula2 kena register dulu kat mana kita simpan BibTex file kita td. Nak buat tu, gi dkt Menu Tab, Insert > TOC > BibTex Bibliography > Add. Then browse directory kita tu and select la file kita yg diberi nama *.bib td tu



Kemudian klik balik dkt tempat yg kita nak insert citation tu. Then gi semula ke Menu Tab > Insert > Citation. Highlight option citation mana yg ada kena mengena dlm *.bib td. Tekan Add, Apply, OK.



Rupa skrin penulisan anda adalah begini skrg. Comot, hodoh, semua la.


Tp pegi ke icon yg ckp View PDF (pdfLateX), maka ini hasil nya:



Profesional kan? Ok lah, mmg sgt busuk lg sbb nya tulis sesuka hati, but at the very least, tang references tu dah siap and konfem to the dot betul siap kita ambik drpd Google Scholar sendiri... lalalalala!

Maaf la kalo entry ni x kena mengena pon. Sbnar utk diri sendiri, sementara masih panas dlm otak, takut lupa lama2 nnt. Kalo tulis, esok2 still bole rujuk. Becoz sharing is caring, maka itu la nak share. If you guys have a better way of doing things, sila la share kembali dgn me ok? Open source gitu ye dok? Btw, kalo u look at this and say, eleh, ni aku pon tahu -- x pe la, nak buat mcm mana, saya budak baru belajar, mmg bykkkkk lg ruang utk diperbaiki. Btw, semoga bila dah berjinak dgn LyX utk penulisan report, smg lepas ni dah lebih berani guna all out LateX terus utk penulisan thesis, insya Allah...

Oh, utk electronic papers dah resolved la isu nya. Utk paper hard copy, kena sendiri buat sistem aaa... hehehe...



Thursday, November 19, 2009

Alkisah Beg

X tau la knp, lately thing suka bebeno fail on me. Oh ni bkn rant psl kerja dah, ni psl alat2 elektronik. Mula2, it was my mobile phone, nasib baik ada insurans dpt la yg baru. Pastu aku bising2 psl mesin basuh aku yg dah KO (which, Alhamdulillah, ada representative drpd Property Agency dtg pg td utk tgk mesin tu, kata nya nak bawak dtg mesin ganti esok, kata nya la, tgk la sejauh mana org tu berpegang pada janji kan). Pas tu mouse laptop aku plak kong. And then, smlm, beg laptop aku tu plak x zip. Sampai aku ter miss bus yg slalu aku amik, sbb berpeluh2 kat atas sorg2 x leh nak zip beg tu. Sudahnya mmg aku balik rumah dgn beg ternganga tersengih menunjukkan laptop di dalam. Nasib baik la x hujan, kalo x, x tahu lah mcm mana smlm.... Btw, Eti if you are reading this, ko beli x beg Belkin masa order Dell tahun lps tu? Beg ko ok lg ke?

Jadi nya pg ts smlm ke opis, terpaksa la cari beg ganti. Mula2gi Argos, survey baseline harga beg tersebut. Yg jenis backpack tu, ada satu jenis je. Tu pon harga nya 34 pound lebih. Ok la kot. Aku ni mmg x pernah beli beg laptop kat UK, dan jg x pernah beli beg tu on its own. Sokmo nya beli beg tu masa order laptop daripada online as accessories sbb slalu dpt murah mcm tu, tu yg agak buntu tu. Aku rasa kalo order online lg murah kot, tp aku nak beg tu SEKARANG, so kena la beli off line. Aku kansel niat beli kat Argos sbb x feel la beli x telek dulu brg nya (Argos ni kedai order pakai nombor katelog, nnt dah byr, dia bwk kluar dari warehouse dia kat blkg store n bg kita). Leceh la. Dah la x tulis spec dia bole muat skrin gedabak aku yg 15.4” ke x. Kang beli2 x muat, satu hal kena pulang kan.

Next, gi kedai Staples yg supply stationeries. Kat situ beg jenis executive tu ada byk la, yg backpack ada 3 jenis je. Satu 34 pound, satu 39 pounds. Ni lebih kurg la tgk. Yg ganas sket buatan Swiss 79 pounds. Er... idak la kot yg tu. At this point, call Hubs mintak pendapat. Hubs kata, try la gi market ke, Curry's ke, kedai2 lain, sbb Staples ni mcm mahal sket.

Maka menapak la aku dari ujung town ke ujung lagi satu kat Curry's, kedai elektronik. Ada, tp tinggal sebijik je yg backpack, jg 34 pound. So mmg konfem la rate dia mcm tu. As a last resort, aku pegi la jgk ke market. Bkn la kudukut sbb apa pon, tp aku takut2 ralat. Nanti dah beli mahal2 rupanya ada je tempat jual murah. Pastu nyesal. Plus aku still rasa kalo 30 pounds harga beg tu kalo didarab 6 dah RM180, dah best dah beg aku leh dpt kat Msia. Tu yg bersungguh nak cari yg murah tu haha.

Kat market, beg dlm 9 pounds bole dpt, dlm jenis sling bag tu la. X nak la, berat, rebeh nnt bahu aku. Udah la bkn nya aku ada kereta ke apa ke kan, a good 4 kilometers ada nak sampai rumah. Yg jenis backpack ada satu, harga 14.99, tp padding dia belah dalam je, shoulder straps dia ada lah spt beg kokak aje. Plak tu kaler merah. Hubs mmg dah pesan suh cari kaler unisex n neutral, sbb nya beg aku yg rosak zip tu adalah berkaler pink. Mmg time2 dia nak bantu aku bawak dia segan sgt2. Bwk la style mcm mana pon, sebelah bahu je ke, dua belah bahu je ke, still x nmpk macho haha... tp ngenangkan harga dah murah tu... Hmm... buntu. Lg skali called Hubs, in which dia ckp, beli yg senonoh la sket, nak pakai lama...

Ok, izin dah dpt, makanya kembali la aku menapak ke Curry's. Tag ckp 34.99 pounds. Pasrah je la. Bawak la beg tu ke kaunter utk dibayar.

“That would be 19.99 please”.

Hah? Terkujat aku. Terpaksa suh org tu repeat skali lagi harga. Mmg sah 19.99. Rupanya diaorg tgh wat promosi beg tu. Oh suka nya aku. Nasib baik la aku x beli beg kat market yg 14.99 itu. Tambah 5 pound je dpt beg yg amat proper... Alhamdulillah! Terus beli mouse skali.

Ni la hikmah mendengar ckp suami agaknya haha. Hari ni patut gi Nursery Rhymetime Aisyah, tp sbb dah balik dari town lambat, mcm terkejar2, Hubs suh kansel aje, dia mmg anti tergesa2. Oleh sbb dia terbukti betul utk bbrp perkara, terus ikut je la hehe...

By the way, beg lama tu jadi hak milik tetap Aisyah. Tgk la sendiri betapa ready nya dia nak gi sekolah dah.... Ye, siap isi brg2 dia dlm tu dan kendung beg dah... hai,.. mcm dah besar plak tgk gelagat dia hehe..