Tuesday, November 13, 2007

The Gendang Gang

Ntah mcm mana aku bole bersetuju plak nak jadi AJK utk MySEC. Walhal aku dah bercadang dah untuk memalaskan diri masa awal2 pregnant ni. Nak2 aku baru abis MSc, konon nak berehat la kan. Aku rasa, partly bcoz aku nak tolong sbb workload aku berkurangan sket sejak dah siap MSc ari tu. But the bigger reason was bcoz aku di'assign'kan di Bhg. Protokol, bhg yg aku paling suka skali la kalo bab2 AJK nih.

Selain menolong buat buku cenderahati n surat sket2, keja paling best dlm protokol ni ialah buat sambutan masa majlis perasmian tu nanti. Aku berfikir2 dlm kepala songsorg, alangkah best nya kalo geng2 spt K Sal, K DLyn, Mas, Iezma or Ina ada kat sini. Dah tentu cukup korum dah nak wat aktiviti2 cam nih. Last2 aku confided Wan, sorg lg staf kat sini yg terlibat ngan MySEC ni la. Wan is a very talented musician, so of course dia sgt2 excited masa aku propose nak wat Perarakan Masuk pakai paluan peralatan pergendangan Melayu. Alhamdulilah, dalam mesyuarat cadangan aku ni diterima baik, provided that aku settlekan semua la.

Wokeh. Aku yg dah naik sheikh ni pon single-handedly contact la Jabatan Muzik, wat surat rasmi la, negotiate mcm2 la supaya kitaorg bole praktis n pinjam alatan dari sana. Lepas sumer tu beres, tinggal nak merekrut ahli pergendangan dari kalangan staf, nak jimat budget la katakan.. aku x nak la dgn pertambahan idea aku ni terpaksa org yg dah bertungkus lumus wat perancangan kewangan MySEC tu pening nak add a few hundred / thousand RM. Kalo duit mmg ada, senang citer, aku bole call aje geng lama.

Bab merekrut ni aku x sangka ramai gak willing. Dlm kesuntukan masa tu dapat la more than enough ahli: Aku, Wan, Azree, Azri, KA, Azura, En Taufik, dan En Razali. Rata2 bg komitment yg hebat plak tu. Tinggal kdg2 tu ada beberapa member yg slalu lambat. Haa... tu pening sket aku nak nguruskan sbb nya aku malas nak turun naik cari diorg dlm keadaan aku pregnant nih. Terpaksa la menahan sabar sket, x nak nnt perangai pemarah aku tu dapat kat baby.

Dan aku awal2 lg bgtau diorg yg aku ni berbadan dua, so bab2 nak hangkut alat tu minta maaf la ye, aku minta pengecualian... hehe. Other than that, practice went smooth for most times. Tak tahu la besok2 baby berminat ke x dgn alat tradisional Melayu. Aku main gendang anak, and aku rasa baby mesti bole dengar kot sbb alat tu dipangku atas peha, dekat dgn belly... hikhik...

Aku rasa beruntung la jugak terlibat dgn some kind of activity mcm ni, sbb secara x langsung nya aku dpt kenal ngan lebih rapat staf2 yg selama ni aku x kenal sgt. Happening sakan geng ni wooo... Paling best dapat menyumbangkan sikit ilmu muzik tradisional melayu kat kawan2 sambil menjalankan tugas aku sbg AJK MySEC. Kira killing two birds with one stone la... hehe

No comments: