Sunday, March 30, 2008

Shopping Spree!

Weekend ni kitaorg byk berjln, tujuan utamanya utk mebeli belah brgan Baby. Bukan apa, pengalaman si Rozi melahirkan baby awal at 7 bulan agak menggusarkan aku. Aku dah nak masuk 7 bulan soon, and if it were to happen to me, mmg satu apa pon x beli lg. Mak aku mmg ada pesan, kalo nak start shopping brg Baby tunggu masuk 7 months, pesan org tua2, kata dia. Aku selama ni ikut je la, setakat masuk2 jenguk kedai tu ada, tp x pernah wat actual purchase. Tp dah si Rozi pon ada placenta previa n dia bersalin awal, aku rasa ada baiknya aku bersiap sedia dgn the very basic of things la. Itu hari aku nengok baby si Rozi x pakai mittens atau booties, rasa kesian pon ada.... x tau sama ada dia x pakaikan atau mmg x de sbb x sangka bersalin awal.

Anyway, aku tgh mood nak jln2 dan ngada2 agaknya sbb byk2 tempat aku ajak Hubs gi One Utama. Adik2 aku yg dua org tu pon ngekor gak la. Last2 kat sana, bershopping kat Jusco gak. Chett... kat area umah aku ni ada dua lg Jusco kalo nak pegi, tp saje... ngade... gi Jusco One Utama.

Mula2 masuk bhg Baby tu, serious confused nak beli apa. Dah la tgh sale, berderu dgn expecting mothers kedai tu. Sampai trolley pon x de, tinggal bakul je. Haa... ni la guna adik2 ku yg membontoti kitaorg tu. Bila bakul dah penuh, masing2 galas kat tgn la item2 yg hendak ku beli itu. Keh keh keh... Dah la lama aku milih sbb x tau apa nak beli. At least aku x se 'clueless' Hubs la. Ada ke patut dia nak beli baju baby yg dlm kotak tu? Subhanallah... rupanya dia x tau yg baju2 tu semua overpriced, n utk bg hadiah org lain bersalin bole la, bkn utk anak sendiri.

Hubs mengomel kat tepi katanya, and get this, patutnya ada la 'Starter Pack' utk 1st time parents. Maksudnya, masuk kedai, ambik satu kotak pek permulaan tu, (yg ada complete dari baju2, lampin, diapers, tuala, toilettries etc), byr n pakai. I have to admit it's a brilliant idea, especially bila jamu2 lps bersalin dah dipekkan, but mana aci, x feel le, x leh belek2 semua. Ni la masanya nak cari pengalaman shopping utk baby sendiri... ala2 bonding experience before birth gitu la kan... Hubs ni, tahu nye nak cepat aje....

By the end of the day, byk la jugak aku memborong, all the essentials tu dah ada la kiranya. Suka aku tgk. Baju2 baby ni mmg menggeramkan sungguh. Ada ketikanya aku gelak songsorg tgk betapa cutenya stokin baby or topi dia. Hubs menggelengkan kepala je la. Ala... org laki, mmg cam tuh...
Sebelum balik tu aku belanja la rombongan cik Kiah tu Carl's Jr. Rasa teringin plak nak mkn kat situ masa lalu dpn kedai tu. Jgn terkejut ye tuan2 n puan2, aku mkn burger dia yg plus size tu abis sorg diri. Hehe...

Aku punya shopping spree tidak berakhir di situ sahaja. Esoknya, aku n Hubs ke Alamanda plak. This time, x la shopping utk Baby sgt, more utk bapak Baby. Mcm2 la Hubs nak beli, kan tgh sales. Siap dia suruh aku beli la kasut pregnant yg proper sket. Aku by that time, rasa sgt x larat dah, abis sakit betis2 aku, so aku declined aje la offer dia nak belikan kasut baru tu. Rasa nak balik je. Pesanan utk semua yg pregnant di luar sana, membeli belah la anda sebelum masuk 6 bulan ke atas, kerana sesungguhnya slps itu nikmat shopping akan slowly rasa berkurangan. Mula la lenguh betis, lenguh pinggang, lenguh bontot, etc....

Before balik sempat aku masuk MPH, order buku 'HypnoBirthing: The Mongan Method'. Buku ni dah xde stock, tp bole order. In two weeks time, dpt la buku ni, Insya Allah... Ye ye je aku ni konon nak belajar HypnoBirth. Ntah bole apply ntah x... Apa pon, order je, x pernah rugi kalo kita beli buku kan... Well, can't wait to get my copy soon!

No comments: