Minggu lps (19/5/2012), on the Saturday, byk aktivit yg berlaku. Siangnya tu di Plymouth ada berlangsung 'Plymouth Lord Mayor's Day 2012', yg mana entry nya aku dah upload smlm (click here to read). Pada masa yg sama, pg nya jg ada siaran langsung Queen Elizabeth's Diamond Jubilee di siarkan secara langsung di TV, live from Buckingham Palace, London. Dan pada hari yg sama jgk, the Olympic Torch Relay (Larian Obor) buat Sukan Olimpik London 2012 bermula. Larian obor ini dijadualkan berlari selama 70 hari across the UK, in the countdown towards the Olympic, and includes about 8000 torch bearers!!!
Yg lebih menarik lg, larian obor ini bermula daripada port paling hujung di UK, x lain x bukan di Lands End, Cornwall (kalo nak tgk sket2 Lands End ni mcm mana, bole click sini, we went there in 2009). So pg 19 Mei tu, larian bermula from Lands End, menembusi seluruh daerah Cornwall, dan dijadualkan tiba di persinggahan pertama yakni Plymouth. Woot wooooooottttt....!!! Kena sorak lebih sket sbb Plymouth area kampung khennn, susah nak jd headliner, so sesekali naik nama as first, harus la excited terlebih hehehe... Btw, this just shows la how FAR out Plymouth is, port paling hujung tu sampai jd tempat 1st start larian obor. Mmg agak pedalaman ya ampunnnn...
Or course, aku x mahu ketinggalan event ni. Ntah bila lg lah nak berada dlm kemeriahan Larian Obor kan, sbb dah la Olimpik 4 thn skali, apa plak la chance aku nak berada di negara yg ditabalkan menjadi tuan rumah lps ni. So dgn nekad yg jitu, aku mengorak langkah kuar rumah bersama Aisyah around 8.45 pm that night (aku baca twit diorg ckp terbabas sket from target 7pm, so maybe around 9 pm baru sampai).
Kenapa aku dgn Aisyah aje? Mana Hubs? Well... kita sibuk nak witnessing history Olympic 2012, dia plak sibuk nak tgk history Chelsea lawan Bayern Munich in the Champions League final match. Pulok doh... timing plak sama dgn waktu larian obor tu, so he opted to stay glued in front of the screen lah, dah mmg penyokong Chelsea sejak azali kan? (Saksikan keterujaan Hubs bila kitaorg melawat stadium team Chelsea di Stamford Bridge semasa kami ke London April lps di sini). Nasib baik team dia menang, so dia pon happy je spjg2 mlm tu dan x brp berkira kami balik dah mlm hahah.
Anyway, syukur Hubs jenis yg Ok-you-may-go,asal-bawak-Aisyah-and-masakkan-dinner-dulu punya type,(highlight: bawak Aisyah tuuuuu... ke main nak tgk bola tanpa gangguan!). Tp sbb aku mithali, selesai masak, congek ekor jgk la kata org Klate (translation: kelam kabut) nak bg sampai jgn missed bila depa lalu dpn The Big Screen kat town.
Sesampai nya kami di sana, larian obor tu tgh berlari, tp aku mmg x nmpk apa sgt la sbb org ramai ooo... Like 10-20 meter deep dah org dpn aku, yg dah dtg dulu. Niat nak teruskan memecut ke the Hoe (the final stop where the cauldron will be lit), dgn harapan dpt memintas pelari2 tersebut (Sbb dia ikut jalan jauh, pusing stesen bas Bretonside, then lalu dpn Waterfront, Barbican, baru ke The Hoe), tp terjumpa plak geng Malaysiana di sini. So amik2 gmbr dan diskas whether it was feasible or not nak hiking ke atas menuju ke The Hoe (hiking, okeh. Naik bukit).
Diskas punya diskas, kitaorg decide to stay kat bwh aje lah, and tgk from live TV kat skrin besar tu. Sbb utama, bwk budak2 takut susah nak handle dlm ramai2 kat atas. No 2, nak kena berkejar balik solat Maghrib (at 9 pm, Maghrib lom masuk lg, but will be in another half an hours time). Tp mcm2 ado kat atas tu, konsert la, stalls la... very festive la kot.
So kitaorg pon tgk la skrin besar tu je. Skali bila dia tunjuk ariel view of The Hoe, wah bersyukur x pegi, sbb penuh sesak gila2. Estimated 40 000 org sekitar ceruk Cornwall ada kat atas tu. Almaklumlah, first day kan relay ni kick off, so ramai la yg nak turut serta. Nmpk x gmbr mcm stadium tu (org bertingkat2 tu), yg ramai org tgh tgk ke bawah sbb org bawak obor tu tgh berlari kat situ? (pic #4 below). Tempat manusia2 bersusun bertingkat sesak2 tu is actually lereng bukit ok, hari2 biasa org x panjat or even lalu! So x tahu lah aku kalo dtg naik push chair ni bawak mcm mana. Junjung atas kepala la kot, haha!
Ok, ni saat2, bersejarah la kata org, where the cauldron is lit for the 1st day. Agak terkilan sbb lps dah habis semua majlis, baru dpt tahu rupanya aku x payah bersusah payah ke town, sebenarnya kalo aku berjalan dlm 5 minit ke jln blkg umah aku, dan tggu kat situ around 8.50 pm, dah akan dpt sorak dan tgk secara dekat larian obor tu. Dah x payah bersesak2 dan semput2 berkejar ke town. Ler.... x dpt info la plak. Walau pon x dpt tgk live, happy jgk dpt merasai festivities around the commotion, coz that's part of the celebration pon kan *emosi sket srott sreetttt*
2 comments:
wah best dpt jugop jadi part of the history wpon tgk dr jauh jah hehe. mujur xgi kat hill tu deh, kalu dop mesti kurus nk tolak stroller hehehe
yatie: kalo tok laki ado di sisi, bekali terokk jgk naik ke The Hoe. tp sbb sore jah dgn Aisyah, dgn mikir nak solat Maghrib lg, terpaksa la berpikir dgn waras sket hehehe
Post a Comment