Monday, May 14, 2012

Gelenyar Gelebeks


Lately mcm x de idea nak cerita apa. Mungkin sbb dah habis pelusuk Plymouth dah pon aku cover dlm blog ni haha. Well, cerita tu ada la, tp mood mcm kureng feel. Ntah apa nak jadi dah dgn blog ni. Amik gmbr pon malas. Eh silap. Amik gmbr rajin, tp nak transfer ke laptop malas. Nak upload apatah lg huhu. Pastu cuaca pon skang ni, kdg hot, kdg not hot. Time2 not hot tu, ya ampunnn... mmg mood ke laut. Ok stop whining.


Bkn apa malas nak update ni, kang citernya asyik laaaaa psl aku busy. Tp mmg itu hakikat pon lately. My mind and time are mostly consumed with thoughts about work, work and work. Nak x nak, aku catit la jgk kan, so esok2 kalo org mintak nasihat ok x buat PhD, aku bole ckp baca la blog aku ni sampai khatam bab PhD tu hehe. Mcm bila org tanya aku bab breasfeeding or mcm mana nak store/ transport expressed breast milk, aku main copy paste je perenggan drpd blog ni hehe. Kelass kan. Tu bagus ada blog. Plus kalo aku tulis busy2 mcm ni, x la org berprasangka yg aku ni asyik bergumbira or berjalan sakan je spjg kat sini. Asyik2 tulis hok best je kan, bg tunjuk yg real prespective sket baru la balanced.


Anyway, aku rasa skang mcm masa sgt suntuk. Mmg sbb aku kejar masa satu hal, no dua tu, like I said, cut down Aisyah's nursery time kan, mmg betul2 terasa la jgk kurg 2 jam tu. Tp like it or not, buat je la yg terdaya. Skang aku ada rutin baru berkisar ttg pengurusan masa aku. Aku nak jd org2 yg tido awal then bgn awal buat kerja, exercise and siapkan anak dan suami awal2 pg, no more rushing pagi2. Also bercita2 nak lose weight, so mkn mmg tgh kurg and kalo snacking pon rasa2 mkanan tu best sket drpd dedak ayam je lah kot. Bersungguh2 aku canang kat korg semua, sbb pakar motivasi ckp kalo ada pelan utk memperbaiki diri, hebah2kan supaya malu kat diri sendiri kalo x jd hehe. Aku harap betul. Sbb kalo x, malu tahap kena sorok muka dalam bakul kain yg kepam dah ni.


Ok aku nak tido. Kata nak jd bangsa tido awal kan.


Have a blissful and happy day. Kalo x tau mcm mana nak ceriakan hari anda or your desktop, buat mcm aku: tepek hasil kerjatangan anak kat dinding, and lots of photos too. Ye, my wall mmg dasat. X agak2 berhias. Tgk colourful pics and self-potrait yg Aisyah buat ni, instantly rasa nak senyum. Langit kelabu asap kat luar pon x pe lah, asal mata aku tgk beautiful colours of rainbow dpn mata ni kan.



Ngada2 betul aku ni. Time kena pick up anak awal kat nursery, rasa mcm x cukup masa nak buat kerja. Tp time kat lab buat kerja, sket2 jeling kerja anak, pastu terfikir2 terindu2 kan dia hehehe... ini ore Klate panggil, 'gelenyar gelebeks'. Tp biasa lah, nama pon emak kan.


Sekian.



5 comments:

ayin MM said...

hahaha, sengeh2 akak baca entry nih.. betul kata pakar motivasi, kena cadang kat semua orang sebab nanti kalau tak jd maluu.. tp kan kalau org2 yg kita canangkan tu pun 2x5 ngan kita... rasanya tak berapa malu hehehehehe....

yatie chomeyl said...

samo la kito gelenyar gelebek tringat anok di lab..tp kelik di rumoh caro ko jd singo maroh ko dio hahahaha

mamaNoriz said...

hepi mother's day dear..

tergeliat akak nak sebut that "G.G" tu.... hehehe

CeqGu said...

hahaha gelenyar gelebek......lamo tok dengar

Oyis said...

kak ayin: kelakar statement kak ayin ni. br je saya canang kat blog, esok bgn lewat waaa!

yatie: meme. sian anok2 kito. hrp2 bilo habis PhD nnt kurg la ke-singa-an kito. bole cayo ko ni hehe?

kak noriez: happy mother's day too akak. kreatif tu, tulis G.G je hehe. terasa urban gittew

kak anis: gelenyar gelebek kak anis wat loloq lama x dgr konon haha!