Monday, May 21, 2012

Sabar Dalam Susah



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd...


Jam menunjukkan pukul 4.50 ptg, menandakan ada setengah jam lg sebelum Hubs pulang ke rumah dari tempat kerjanya. Aroma ayam bakar sudah pun memenuhi ruang tamu, menandakan lauk mlm ni sudah pon hampir masak. Aku yg sedang mengajar Aisyah membaca buku 'Sun Fun Hat' pun mengisyaratkan kepada Aisyah utk berhenti seketika, memberi laluan utk aku melihat2 status ayam bakar ku yang masih di dalam oven sedari 45 minit sebelum itu.


Wah! ayam ku dah masak. Cantik berkilat2. Aku pon tersenyum, tanda puas hati sbb kali ni aku menurut resipi baru, dan mmg secara efisien aku dah letak bermcm2 sayur sekali dlm ayam bakar tersebut, ala2 2-in-1, roasted vege skali dgn ayam bakar terus.


Dulang ayam aku masukkan semula ke dalam oven. Sekali, ntah mcm mana, dulang yg ku sangka sudah slmt terletak semula ke dalam oven terbalik. Habis segala isi lauk yg aku masak termasuk sayur2an dan kuah (byk ni kuah, kan masak all-in-one-go) tertumpah ke lantai.


Aku pada masa itu sudah bersedia utk menyumpah seranah atas nama segala yg ada di bawah langit (curse everything under the Sun) di atas musibah yg menimpa. Alhamdulillah, belum pon sempat aku mengutarakannya (even dlm hati), ada suara kecil menegurku.


"Are you alright, Mom? Thank Goodness you're not hurt!"


Astaghfirullah al azim...


Budak yg sekecil ini sudah tahu apa yg lebih penting. Aku yg dah tua ni belum apa2 dah nak menyalahkan nasib (dan kecuaian diri - mmg aku x baca Bismillah pon, dan mata sibuk duk check out pie yg aku bakar seiring di para bawah dlm oven yg sama - multasking la katakan) yg x dpt makan lauk ayam, tp Aisyah yg belum pon mumayyiz itu pun dah tahu perkara yg lebih penting, yakni, Alhamdulillah you're not hurt!


Melihat aku kelu x memberi respon (bercampur baur perasaan terkejut, sket marah, kemudian swept by keinsafan from her question, Aisyah merapati aku seraya berkata, "It's okay Mom, it's just an accident. You got to be careful next time, ok? Ayah will help you clean up the soup (kuah)". Tgn nya menepuk2 blkg aku perlahan (masa ni aku tercangkung terkangkang dpn oven melihat disaster nya lauk dan kecahnya lantai. Tindakan dia saling x ubah seperti yg biasa aku dan Hubs (serta cikgu2 nya) buat sekiranya ada 'accident' berlaku i.e. tumpah air, terjatuh semasa berlari, terkencing dlm seluar, muntah atas karpet semasa demam, etc.


Kalau tadi rasa nak menitis air mata melihatkan lauk yg terbazir, mendengar pujukan Aisyah mmg bertambah2 la sebak, terasa betapa senangnya aku ni stressed out on the smaller things in life. Byk duit aku habiskan utk beli buku2 self-help, antara nya 'Don't Sweat the Small Stuff' by Richard Carlson, yg aku baca secara rutin tiap2 mlm sebelum tidur, tp x jg terkesan di jiwa, tetap lah stress jg kdg2 tu. Rupa2 nya Aisyah lebih memahami konsep ni!


Betul sgt reasoning Aisyah tu, kecah dapur bole dicuci. Lauk yg rosak bole dimasak lain. Kena plak menu aku hari ni nasi goreng, so lauk td sememangnya side dish sahaja lah, bkn nya mkn nasi kosong dgn garam semata2 lps ni. Mungkin bukan rezeki kami agaknya nak mkn ayam. Tapi lebih berat kalo td tgn aku yg terkena panas dan melecur, mcm mana lah aku nak handle - dgn x de kereta nya, dgn suami x de rumah nya, dgn Aisyah yg mengekor nya. Mau nak ambulans kali kedua aku rasanya. Plak kalo terkena tgn td, mmg tgn kanan yg kena - mcm mana la nak siapkan tesis dgn kadar segera lps tu, kalo tgn yg diguna sudah cedera berbungkus. Aisyah secara tidak langsung td telah mengajar erti bersyukur di atas setiap (what seems like) musibah.


Dgn sbb bersabar dan bertenang td, x sampai 10 minit dapur dah siap dicuci, 20 minit kemudian kain lap dapur sudah dibasuh, dan as of this moment, kedengaran pintu dipulas - Hubs dah balik. Time for dinner (seadanya). This for sure will be our for the tazkirah of the day during dinner ;)


Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas segala nikmatMu...



4 comments:

MRM said...

Kita pun terharu baca. Children can really teach us a lot, kan.

Glad that you are fine. Be more careful next time, kay? Take care.

NenetPenne (NP) said...

tersentuh hati bila baca ni...
mengajar kita supaya sentiasa bersyukur...
good girl laa anak u tu..

ayin mm said...

alalaaa... good girl lah dia

noris said...

MRM: thanks mas. will try to beringat2 lps ni. budak2 ni hati suci, byk yg bole belajar drpd diorg huhu...

NenetPenne: Alhamdulillah... budak2 mmg pure and innocence kan? thoughts pon yg baik2 aje. don't know at what age la yg diorg mula hilang ke-innocent-nan

kak ayin: Alhamdulillah... moga quality itu berkekalan. Jelas mummy dia perlu 'tuan penasihat'. 20%... (tiru style 3 abdul)