Monday, November 21, 2011

Plymouth Christmas Light On

Menjadi kebiasaan tiap2 tahunnya di seluruh bandar2 di UK, pada satu2 tarikh di bulan November itu mereka akan mengadakan majlis Christmas Light On. As the name suggests, starting from malam itu, sampai lah ke hujung February, bandar2 dan pusat membeli belah akan dinyalakan dgn lampu2 yg bergemelipan menandakan hari perayaan mereka itu telah dkt. Utk memberikan lebih masa utk shoppers membeli brg Xmas, kedai2 dibuka sehingga jam 9 mlm pada hari Khamis (sila gasp skang - ye, pukul 9 pm, satu mlm dlm seminggu tu dah dikira lewat gilerrr la, walhal kat Msia selamba kodok sorong anak masuk Carrefour utk grocery shopping on a Monday night, at 10.30 mlm, heh).


Anyways, kali ni di Plymouth, majlis tersebut diadakan pada 17 November yg lps (Khamis). Kali ni kami beriyuk2 jgk la pegi, sbb konon2 kot dah balik Msia next year. Plus, hampir semua Msians pon pegi, it would be a lot of fun to join.




Mula2, start dgn band rocking around from 4 pm. Kami tiba jam 5.20 ptg, ye la, nak solat Maghrib apa semua kan. Check out manusia yg hadir... Dpn dan blkg kitaorg...




Event ni besar sbnarnya, ada tayang live di ITV West Country News. Bergambar sebelah van dia, selamba kodok padahal dlm van tu ada krew2 dia bekerja hehe...



Show dia ada mcm2 la, yg break dancing (sungguh makk x taste dgn dance ini, apa ke huduh benor, baik lg buat Macarena - tanda2 penuaan), etc.. etc..



Lps tu star yg ditunggu2 - Michael Collins! Mamat ni masuk finalist utk Britains Got Talent (show ala2 American Idol di UK). Mmg superb. Was rooting for him tp sayang nya x menang. But check his vid out from his audition for BGT here, best kan? Sempoi je org nya.



Also, Ronan Parke, 1st runner up of BGT pon dijemput utk menyanyi. Suara budak ni mmg power, cuma aku x pasti ada kah sbb dia x baligh lg ke? Sbb in music, suara budak2 lelaki yg x akil baligh lg adalah highly sough after, sbb very2 unique suara dia. Untuk bacaan lanjut bole rujuk buku Anne Rice, 'Cry to Heaven'.



Ok, slps dah nyanyi semua, mascot Plymouth Argylle (team football Plymouth) pon menampilkan diri.



Pastu Mayor dia pon bg ucapan and siap2 nak merasmikan. Walau mlm2 hari begini, Mayor dia tetaplah pakai jubah formal dia tu, spt jubah konvo.



Tadaaa! Lps dah rasmi tu lampu2 meriah pon nyala la.







Gerai2 Xmas pon byk dah bukak (mcm Bazaar raya kita la kan). Dkt ice skating rink pon org buat show jgk, tp susah nak amik gmbr sbb mmg berjalan pada kadar setapak sesaat.



Dkt dlm mall. Xmas display dah memenuhi kedai2.


Biasanya hiasan2 dan lampu2 ni tahan sampai end of January, so peluang nak amik gmbr tu masih byk lg, kot ada sesapa nak dtg UK in the meantime :)


 

4 comments:

Moro For Tomorrow said...

nice!!!

time macam ni dah start sale la yer?

-azzamoro

Lia Sakinah said...

wow! happening nye... sana dh nk winter kan? Tak sejuk ke jalan malam2? Mesti best eh feeling2 xmas sambil turun salji... kat sini xmas time summer, tapi bagus jugak, klu nk boxing day xdela kene meredah snow ke hail ke... eh tpi sini, summer x summer bih kurang serupa jugak...angin tetap kuat & sejuk!

p/s: Teringin nk gi UK! Tapi pulus x cukup...huhuhu

FarinSazly said...

tengok pic noris nih teringat lak masa kat sana ... time2 camni especially mlm hari kitorang mesti gi jenjalan tgk christmas deco.mmg happening, diorang selalunya mmg invest giler and buat all out. siap ada competition for best house deco lagik :P (haiiii....kenangan tinggal kenangan)

Oyis said...

azza: belom lg. nnt nak dkt2 xmas, and gempaq lg start boxing day sampai hujung january. tu br harga runtuh betul

lia: ha ah, slalu terfikir jg, mcm mana ye neg2 di hemisfera selatan sambut xmas. diorg wat salji jgk ke utk deco kedai2 or rumah (mcm msia, pakai kapas byk2). saya pernah tgk movie, diorg celebrate xmas dgn bakar BBQ kat garden, lg siap pakai seluar pendek sbb tgh summer kan? so santa nya pon pakai baju tebal jgk ke mcm mana? mesti pengalaman baru and unik buat lia ni. ni 1st time kan xmas in NZ?

k sal: oo sini x sehebat tu, sbb kita duk area uni, yg ada student housing je. kalo nak yg hias2 garden bagai, kena kawasan 'up' sket, kawasan suburb yg middle class ke atas, tu mmg ada la kot hiasan cantik2 rumah nya. as a matter of fact, area kita ni kalo xmas mmg sunyi dan gelap je rumah2 sekeliling, sbb stduent balik raya. tggal lah student2 foreigner je yg berlampu rumah2 nya heheh. tp hiasan kat kedai mmg cantik2, mcm ckp k sal. kita yg x celebrate xmas pon terpukau and jd teruja tgk, kan?