Monday, November 14, 2011

Cardiff Trip - Part 3

Lama betul x berblog. Masa mmg x byk, kerja bertimbun2, ditambah dgn badan x sihat, serta selit sket majlis open house AidilAdha and entertaining guests, tu psl blog jd berdebu. Alhamdulillah, badan dah sihat sket, so gagahkan lah juga tulis, sbb bykkkk benda nak citer, and my mom pon dah tanya2, tp asyik x dan2 nak documentkan. Start ngan citer lama gi Cardiff hari tu la yeh, sbb entry ni dah tulis lama, cuma x publish2 sbb x abis upload gmbr. Lps ni leh bukak citer raya dan lain2.


Now, where was I? Oh ye, part 3. Hari terakhir di Cardiff.


Pagi2 lg dah checkout and amik tren daripada Pencoed ke bandar Cardiff. Plan nya adalah pusing2 Cardiff sampai lebam hinggalah waktu tren bertolak balik ke Plymouth tiba. Basically, x de pelan lah, just jalan2 hehe..


Amik feel Millennium Stadium Cardiff. Emma, kamu jogging di sini kah dolu?



Suka tgk architecture bandar Cardiff, sbb bgnan cam klasik2, zaman kegemilangan British dulu2 kan. Bandar2 lama di UK ni byk building dia mcm ni, tp sayang nya, di Plymouth semua bgnan kotak2 (era 60s ke atas), sbb masa perang dunia 1 dan 2 dulu dasyat Plymouth kena bomb, sbb dia adalah kawasan military dan jg kalo dari arah Eropah (Germany) nak masuk UK, lalu Plymouth dulu, so mmg prime target utk kena bombed. Sudahnya everything terpaksa rebuilt balik in a haste, x lawa dah bgnan2 dia, x de nilai2 estetika. Eh knp cerita psl Plymouth plak ni?



Target utama aku hari tu adalah nak masuk Cardiff Castle. Alhamdulillah dpt. Tiket dia agak pricey, GBP11 adult, GBP9 student. Under fives masuk free.





Ada mcm2 la jgk dlm kawasan tu, from the Roman Fort (zaman Roman2 lg tau, lama betul sejarah2 di tanah ni!), kepada zaman Norman, then seterusnya zaman Victorian dibina sebuah mansion plak dalam nya kepunyaan Willam Bute. Maklumat lanjut leh baca di sini. Aku main ngelat eh, nak tepek gmbr je ni. Citer sket2 sudah...


[1] Pintu masuk





[2] Cardiff Castle ground. Aku mmg dgn gaya tourist sejati, siap dgr audiophone bagai terlilit di leher.









[3] War shelter. Sbb castle ni teguh, masa perang dunia dulu, askar bole jdkan lorong2 bawah tanah di castle ni sbg tmpt berlindung, dan selamat walaupon tanah di atas nya berderu2 kena bomb. Underground shelter la ni. Walaupon slmt, tp sadis gak la kehidupan bwh tanah tu aku tgk. Mmg tertekan la kalo kena tido ramai2, mkn catu2, gelap spjg asa, dan siren plak berbunyi non-stop menandakan air-raid sdg berlaku. Horror jgk. Nasib baik Aisyah x takut di sini. Even masa tgk video dlm ala cinema yg gelap (cerita intro psl castle ni - zaman knight in shining armour, zaman perang, etc), Eksyen aje dia berlari2 (sbb ramai tourists lain pon dlm ni).










[4] Tempat kitaorg pijak ni la di bawahnya underground shelter td. Ni adalah walkway utk askar Norman itu pergi berperang (Battlefield Walkway), ala2 catwalk runway la kot kalo dlm dunia model.





[5] Ni plak dlm mansion kat sebelah castle tu. Luxurious giler rumah ni. Fokus dkt detail2 on the ceiling tu ye. Ada tukang ukir khas, buat pakai tangan slow2. Dahsyat...






[6] Banquet Hall





[7] Drawing Room



Ada mcm2 room lg, tp aci x berenti di sini sahaja bab room2 ni? Ada Arab room, Library, Dining Room, dan ntah apa nama nya lg ntah. Semua lawa2 ukiran nya. Brp la agaknya tuan rumah berhabis utk buat mansion ni. Sudahnya jd muzium je huhu...


Slps itu, kami pon checked out castle, dan pusing2 kotaraya Cardiff. Sbnarnya x leh lama2 sgt, sbb aim nak naik tren pkl 2.15 ptg. Sblm berangkat meninggalkan kota Naga Merah ni, sempat kami tapau koleksi mknan drpd Chicken Cottage yg glamerz ni. Ya Allah... mmg aku rekomen la korg singgah sini, especially kalo korg drpd tmpt susah nak dpt ayam halal mcm Plymouth ni. Sila la beli byk2, buat mcm kedai KFC Halal sendiri eh. My personal fav, Spicy BBQ Chicken Burger. Kitaorg mkn dlm tren wat mcm gerabak ini bapak ana yg punya. Pedulik la bau satu coach pon. Tp aku rasa org x marah kot, sbb dgn ke-bold-an kami, masing2 bukak bekal masing2 lps tu, dan mkn secara berjemaahnya.






Tiba di Plymouth dgn slmt nya jam 7.10 mlm. Alhamdulillah.


THE END 

4 comments:

yatie chomeyl said...

hhahah suko selok ore baco part buko bekal atas tren tu sbb or ebeso buat jugop dulu, last2 ore putih tu pong redho jah la deh muahahahha

anyway, seram jugop napok castle tu. dulu kalu gi tmpt gitu, mesti malamnyo ore akan mimpi2 menakutkan. lo ni kalu gi tmpt gitu dgn SN pun, keno mandi dio molek2 dulu kalu dop mesti ngigau n teriok tgh malam

Oyis said...

yatie: biaso doh, ore gedeber tu gak, mkn rilek jah atas tren heheheh... bab seram2 tu, Alhamdulillah x de gapo2, altho terlintas jgk dlm kepala mcm2, tp wat2 x tahu. biasa la, kito kan geng bangsa penakut woith over active imagination jgk (not a good combination). bole bukak club balik msia ni yatie

pearlh said...

wah, best lah dapat masuk cardiff castle. I pi cardiff dulu masa beberapa bulan sampai di UK dulu. pergi ramai2, so diorang vote tak nak masuk castle. beli je le postcard castle, ada tayang library nye yang sungguh grand tuh, tapi mcm takleh nak kalah library kat coimbra, hehe ..btw I pun suke chicken cottage, suke makan BBQ wings. yummy.

miSs inTerpReted said...

sedapnya chicken cottage!! *terliur*

i love love love the bbq chicken. yummzzzzz....

and you know, walaupun i spend so many days is cardiff melawat emma, tak pernah pon masuk castle ittew. heheh....cantik gak!!! :)