Wednesday, November 25, 2009

International Food Festival

Ni adalah entry org yg tgh byk kerja, tp rasanya perlu jg tulis sesuatu. So short2 one je la ye..

Smlm hntr entry ke 'International Food Festival' yg dianjurakan oleh Student Union kat University of Plymouth ni. Jgn tanya angin apa yg menyebabkan aku nak enter tu, Wallahu A'lam. Anyway, aku masak rendang & lemang, tp lemag segera la, dari plastik. Cuma boil pakai santan dan rendang tu, mmg from scratch la, bkn pakai perencah punya, baik sket yeee....

Alhamdulillah, x disangka2 menang pulak. Dpt 'Most Interesting Dish', walhal byk plak entry daripada pelbagai negara. Ada 2 kategori lg dipertandingkan, 'Best Tasting Dish' (student dari Iran ni menang, tp nama makanan aku x ingat), and 'Best Presentation' (student dari India, buat Carrot Halwa). Yg hadiah saguhati student dari China menang, diorg buat Beijing Noodles.

Di kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih buat rakan Msian di Plymouth yg memberi sokongan padu, siap dtg dah lewat ptg pon ke acara tersebut demi memberi smgt dan sama2 menolong each other merembat makanan2 yg up for grabs selepas selesai penilaian. Maaf byk2 coz buat rendang sket aje, mmg x sangka ramai yg akan hadir. Insya Allah lain kali kita buat lg ye.

Oh ya, hadiah yg aku menangi ialah sekotak kecik coklet dan Sainsbury's Gift Card bernilai GBP10. Hmm.. bole la buat belanja dapur, dah nak raya dah ni. Selamat Hari Raya Aidil Adha, alls. Aku mungkin beraya kat opis sbb ada session utk 'Transfer Process' yg akan dibentang kan oleh Dekan Graduate School tu. Terpaksa la, dah nasib huhu..












3 comments:

Azizul Azri Mustaffa said...

tahniah..mesti sedap rendang tu..hehe..Selamat Hari Raya Aidiladha buat Oyis sekeluarga..

Shue said...

Bravo bebeh!!! - Short komen juga.hahaa

Oyis said...

azizul:
sedap ke x tu subjektif, tp pada lidah juri2 tu, agaknya 'inetresting' la hehe... tp secretly kan, rasa mmg makanan msia adalah sgt the best la berbanding negara2 lain - bole ke bias mcm ni haha..

slmt hari raya aidil adha buat azizul sekeluarga jg.

shue:
thank u... thank u... short but sweet :)