Thursday, November 26, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

Dah siap set2 dlm kepala, celebrate raya Haji tahun ni ala kadar je la, bkn nya ada sesapa pon.

Baju baru? Mana ada. Pakai aje la baju raya posa baru ni.

X payah masak apa2 la sgt. Barang dapur pon x beli extra. Busy dgn report writing la kata kan... Minggu dpn nya Prof dah nak draft.

Masa raya dulu buat jg bertakbir dari rumah ke rumah, tp raya haji ni mcm x de plan je. X pe la, kita bertakbir la kita tiga org anak beranak.

Plus, ada briefing session lg pg raya tu, utk those yg akan melalui 'Transfer Process' soon like myself. Even Hubs pon kena siap solat raya cpt2 and then meet me outside of the mosque utk amik alih jaga Aisyah and so that I can berlari2 anak ke Uni utk kejar briefing tersebut. X nak la masuk lambat dpn dekan graduate school.

Itu plan nya la.

And I have braced myself for this. Tiba2 di hari Wukuf ni, sehari sblm Aidil Adha, terasa nak tgk apa perkembangan kat Makkatul Mukaramah, bukak la YouTube. And I saw this.





Sayu nya. Rasa mcm nak nangis dlm lab plak. Tu baru dgr azan yg 4 minit je tu, belum betul2 kat Mekah lg. Di kala org sibuk2 bersesak nak perform Haji ni, aku bole buat2 ignorant plak ye. Di kala lembu2, unta2, kambing2, qibasy2 semua berzikir x putus2 bersedia utk dikorbankan atas nama Allah, aku x rasa apa2. X peduli. X amik pusing. X amik port. X mengagung kan hari kemenangan ni. Duk sibuk2 kan diri dgn hal duniawi. Teruk betul la aku ni. Astaghfirullah al-azim.

Mujur la Allah masih bukakan pintu hati nak posa sunat hari ni, dan tergerak plak nak tgk video Hajj. Kalo x, mmg konfem beraya tanpa perasaan keinsafan langsung la aku nih.

Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua readers. Maaf Zahir & Batin ye.

Briefing tetap kena pergi, kerja tetap kena buat, kerna itu adalah nama nya perjuangan, tp Insya Allah, malam ni dan tiga hari selepas itu pon, kena imarahkan dgn takbir la satu rumah. Semoga kitaorg dpt menghayati erti korban kali ni dgn lebih baik lg.... Insya Allah!

PS: Untung kan org yg dpt gi buat Haji? Semoga kami jg berpeluang satu hari nnt... Amin...

PSS: Ni mungkin bkn last entry before raya. Ntah2 lps ni ada lagi hehe..


8 comments:

sumpit said...

aku x beli bag belkin tu, aku still pakai targus lg.
tahan lg, tp strap dia dah koyak kat tepi.

Tp lasak aaa kira, sbb aku shopping g beli ayam, beras, apple berbelas kilo, pakai beg tu tiap2 minggu.

Oyis said...

hehe.. bagus la gitu. worth every penny (or sen) la tu kiranya. i wouldn't recommend beg belkin (slim) tu utk sesiapa pon, sbb dia nipis, so muat2 utk laptop ko je, dgn bbrp helai kertas la. nak bwk masuk bekal pon struggle, so kalo nak apple ke beras ke, forgeddit la. plus dlm dia diperbuat drpd kain velvet gitu, x waterproof hehe. kalo dari plastic better.

anyway, slmt hari raya aidil adha to u.

Queen of Pirus said...

salam perkenalan oyis. selamat hari raya. It is good to know someone which is in the same boat with me...especially, someone who i didn't know before.

Feel free to add me in ur blogroll.I have already become a follower to ur blog. selamat membaca kisah hidup ku yg tak seberapa..i am still new in blogging. nampaknya oyis dah lama kan....happy blogging & studying. kalau ke manchester, boleh la singgah rumah.

Oyis said...

salam queen of pirus,

i read ppl's blog for inspiration, altho i must admit sometimes i indulge too much into it *guilty!*

blog ni mula2 nya start as catatan pregnancy, pastu baby development, pastu terus sambung jd PhD log plak. dah xde tema, terus caca marba.

insya Allah kalo gi manchester, bole la singgah. same here, kalo ke plymouth or south west of UK, sila la singgah :)

Mohd Norowi said...

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidiladha dari keluarga di Serdang. Ada masa call home to chat with cucunda. Good luck in your work. Semoga Allah mempermudahkan kerja Kak Yih.
Wassalam

Oyis said...

salam ayah,

slmt hari raya haji buat ayah umi dan family. kali ni dah raya haji kali ke-2 la di plymouth, dah lama la plak rasa duk sini hehe..

pg esok lps subuh msia k yih call deh. buat masa ni, dok kat lab lg, baru lps buka posa sambil2 wat keja / dgr takbir di YouTube. ingat balik ni nak masak la seperkara dua, ala2 kadar la katakan.

amin2...

tun fatimah said...

Selamat Hari Raya geng perantau! Nak buat cemana, dah duduk di bumi orang. Kalau raya coincidence dengan Christmas barula boleh feeling2 cuti.. takpe, perjuangan PhD harus diteruskan.

ummiluqman said...

salam oyis selamat hari raya.. kat sini diorg mmg tunjuk dlm tv siaran langsung dari Mekah and arafah. Terasa keinsafan tgk org seluruh dunia berkumpul, insyaAllah satu hari nanti moga2 kita pun sampai di bumi Mekah aminn