Tuesday, March 17, 2009

Aisyah At 9 Months

Anak gadisku yg dah pon berusia 9 bulan


Ni adalah coretan dalam lab sbb tgh gila ngantuk ah... X ingat nya ngantuk.... Maybe patut makin multivits kot utk mencergaskan badan... Adoi la... Nak buat mcm mana, sejak beberapa mlm kebelakangan ni, Aisyah tido x berapa lena, tiap2 sejam berbunyi2... serius, aku tgk jam tiap2 kali bgn sampaikan dah x larat nak tido bgn tu, duk terdetik dalam hati, bila la nak siang ni... penat la tido bgn, tido bgn...... dulu bunyi je ek ek nangis, bg nenen, tido la balik dia... skang, hamboih, sombong, dah pandai reject tu kalo x nak... dalam tido pon bole reject ke offer yg generous nih... dah la nak tido tu pon mmg susah. Kejap nak ayah tidokan, kejap nak ibu. X tahu la kenapa, nak bertukar bulan agaknya.

Hari ni genap la usia dia 9 bulan. Sekejap je rasanya. Kalo masa peknen kan dia dulu, huh, lama gila la nak sampai 9 bulan tu. Rasa mcm x sabar2 nak deliver kan dia, nak jumpa dia personally. Dah ada di depan mata ni, tau2 aje dah 9 bulan. Dah ada byk keinginan dan kehendak and juga pe'el2 yg colourful jg... Hihi...

Antaranya kan, pandai mintak mainkan iklan feveret dia kat YouTube. Kalo nak tahu mcm mana dia meng'ekspresi'kan diri dia kalo dia nak tgk iklan tu, haa begini: Dlm tgh2 main songsorg dekat tepi kotak mainan dia, dia bole stop n mula merangkak gi dekat Ayah dia yg tgh khusyuk surf apa2 ntah kat laptop atas meja mkn. And then dia panjat kaki ayah dia, x pon panjat kerusi sampai la kepada standing position. Lps tu jengkit2 kaki biar hujung tgn dia sampai dekat hujung meja n dia akan hentak2 la meja tu sambil mulutnya berbunyi2. Lg best, kalo kita dukung dia tu, kalo dia asyik tgk aje dekat skrin laptop tu, maknanya dia nak suruh play kan iklan feveret dia la tuh. Andainya dia pandai menunjukkan dgn jari, aku yakin dia akan tunjuk dekat skrin itu :-P

Ini dia iklan yg best sgt pada pandangan Aisyah tuh. Iklan Cadbury kat UK...


http://www.youtube.com/watch?v=TVblWq3tDwY

Kelakarkan? Aku sgt2 bersyukur dgn kehadiran Aisyah dalam hidup aku... Ceria gitu... Walau pon adakala x cukup tido, kira adat la tu... Alhamdulillah Syukur Nikmat.. lebih2 lg lps aku baca blog member yg merakamkan peristiwa tragis di komuniti Melayu di Glasgow yg berlaku baru2 ini (pemergian anak kecil setelah bertarung dgn demam panas kalo x silap -- sayu sgt). Bole baca di sini http://malaysiaglasgow.co.uk/izani/?p=327

Mcm mana la parents dia nak teruskan amanat mencari ilmu itu slps peristiwa ini? Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ibubapa anak kecil tersebut, dan Kau jauhkan lah segala mara bahaya dan mala petaka daripada kami semua.... Sesungguhnya kami ini di sini utk menuntut ilmu, maka Kau permudahkanlah kami menempuh perjuangan ini.... Amiin...



4 comments:

iso said...

adakah selepas ini aisyah pun bole angkat kening mcm ni? :D

Oyis said...

hrp2 x la...bak kata lagu tu, freakazoid... yikes!

sumpit said...

ahahaha, aku dah tgk dah iklan tu sebelum ni, mmg top kat utube, org siap buat version sendiri.

tah personally, i dont find it interesting sgt pon, but i bet, kids love it.

Oyis said...

i know... yg buat idung kembang2 nyer dance tu dah lari context pon ada... aku x rasa klakar, but as u said, budak2 suke kot..