Semlm aku memenuhi jemputan sepupuku untuk berbuka posa di rumah beliau di Bandar Puteri, Klang. Bukan family aku sahaja, malah Ayah aku, dan keluarga kedua2 adik2 aku juga turut dijemput, berserta keluarga abang beliau di Putrajaya. Menunya, Nasi Mendi authentic. Alhamdulillah, moga Allah melimpah ruahkan rezeki tuan rumah dan abang beliau sekeluarga kerana menjemput kami beramai2 berbuka posa sesama.
Makanan sudah semestinya bestttt....! Sbb best lah x de sekeping pun gambar makanan yg sempat diambil. Hehe.. kejar masa lah katakan. Mana nak berbuka, mana nak solat Maghrib lagi, nak suap Zayd lg, tau2 dah hampir licin hidangan, so no photo lah. But I assure you, mmg sedap dan pelbagai...
Kanak2 lah yg semstinya teruja. Dari sebelum pergi lg aku dah educate Aisyah psl meeting her second cousins (anak2 sepupu aku). She was trying to get it all around her head, tak tau lah sampai ke tak pemahamannya. Harap2 jelas. Yg babies pun bole tahan ramai. Eh, chopp, bukan babies but toddlers dah. Ni mostly from aku and adik2 aku punya anak la, all batch lahir 2013. Semua dah dpt kaki so mmg chaotic sket, especially tuan rumah punya anak bongsu is already 5 years old so rumah dah selesa dan selamat utk deco cantik bagai bukan mcm rumah aku. But it was fun to see the interaction sbb aku pun dah 2 minggu kot tak gi rumah Ayah, so tau2 je smlm tgk si Muslihin dah pun pandai berjalan, yeay!
Lps Maghrib sambung makan. Then tggu Isya', yg lelaki solat berjemaah. Diikuti pula dgn solat Taraweikh. Kemudian sambung balik dgn moreh pengat durian pengat pisang segala ada. Alhamdulillah.... nikmat yg Allah berikan.
It's great to be able to do Taraweikh in a relaxed fashion, as it is intended, not rushed. Bole solat, berenti, makan sket, sambung solat lagi. Kalau aku kat rumah buat Tarawekh sorg2 time Hubs pegi surau, alamatnya mmg sepantas mungkin lah. Sbb nya? Ahmad Zayd Alhadi tu pjggggg akalnya buat mcm2. Mata mmg sebelah asyik kena tgk kan dia. Sudahnya Taraweikh aku jadi solat ekspres sbb 'Tara! Weih Zayd panjat almari!'... Moga allah terima gak amalan aku. Baru aku faham knp ibu2 ni kalo buat amalan pahalanya berganda (sbb tak dan dah nak buat se-proper zaman anak dara dulu, pfttt wishful thinking sgt) dan kalo suami buat ibadat, dia ikut sama dpt pahalanya (sbb bila suami pegi mesjid, yg kt rumah kena tinggal ni bersilat sorg2 nk handle mcm2 karenah sampai ibadat sendiri affected).
Maha Suci Allah yang Maha Adil.
No comments:
Post a Comment