Hari Jumaat lps Che Fadh sekeluarga dtg melawat dari Bristol. Esoknya, hari Sabtu tu, kitaorg bercadang2 nak pusing2 Cornwall. First stop, Lands End. Seawal 9 pg lg dah cabut, sbb byk tempat nak melawat nih. Lands End ni kiranya penghujung UK la. The most westernly point.
Bole tahan penat nak sampai sini. X la jauh mana sgt, around 2-hours la drive, but sedikit mabuk2 sbb jln kecik. Aku je kot yg x tahan, Che Fadh kat blkg (sewa 7-seater) tu bole baca buku Sophie Kinsella steady je kat blkg tu. Hehe.. Apa pon, mmg worth it perjalanan tersebut, sbb Subhanallah, view dia amat la breath taking. Alhamdulillah, cuaca pon elok je, x terik sgt. Tp balik umah tgk2 hangus jg. Dgn Aisyah2 skali tanned gitu. X sedar rupanya!
Selepas gi Lands End, gi plak Lizard Point, which is the most Southerly point in the UK. Masa gi tu air laut tgh nak pasang, excited Aisyah first time nak kena ombak. Bersungguh2 dia nak berjalan ke gigi air dan even tunjuk2 ke laut. Kalo kat Msia sure dah bg mandi dah air laut, tp kat sini, hmm... sejuk lg air nya even kalo dah summer pon. Plus merata2 anjing, x konfiden la aku... huhu...
Tempat paling last pegi hari tu adalah a small fishing village di Looe. Jalan ke sana, pergh, kecik gile. Kalo la x kerana menggunakan SatNav, mungkin x akan jumpa dah tempat tu. Tp view dia cantik, and penuh ngan yacht. Mmg perkampungan sungguh. By the time sampai rumah dah dekat2 pkl 9 malam.
Esoknya, start balik agenda jalan2 dlm pkl 11.30 pg. Hari ni gi dekat2 aje, round area Plymouth aje, which means pusing2 the Hoe, the Barbican, Smeaton Towers, etc. Tp kan, sekerap mana pon aku gi the Hoe ni kan, aku x pernah2 jemu dgn pemandangan dia, and pada aku, the view just gets more and more spectacular, especially dah summer ni kan. Sungguh! Masa gi hari Ahad tu, air laut dia biru giler, pastu sbb cuaca sgt elok, bersepah la yacht2 di laut tu, dgn ada satu mcm fun fare nya kat situ, bouncy castles semua ada, gerai2 jual makanan dan brg2, so manusia pon ramai yg amat melepak kat situ.
Dah penat melepak, kitaorg berpicnic and solat Zohor kat UoP plak. Sempat la diorg meninjau2 kawasan Universiti hehe. Dah selesai semua tu, h
ajat di hati nak ke Mount Edgecumb naik ferry, tp dah too late, dah lps pkl 3 ptg diorg dah x wat trip ke sana. Huhu, x pe la... tu makna nya korg kena dtg lg tu Che Fadh... ;) But still nekad nak naik ferry tu, maka nya naik la ferry ke Mount Batten (dulu pernah gi ngan Azri - entry
ini). Tp dulu naik bus kan. Sebenarnya lg cpt naik ferry, and lg murah. Kat Mount Batten jln2 sket, pastu climb up the public footpath utk tgk satu fort kat atas tu (Sir William Batten (sekitar 1600s) nyer fort - Plymouth ni tepi pantai, so mmg port pangkalan / observation point la utk perang zaman dulu2. Actually skang pon masih lg kawasan military).
Dalam pkl 7 ptg kitaorg balik umah. Che Fadh insisted gak nak balik mlm tu, so lps makan mlm diorg berlepas la dlm pkl 10 pm mcm tu, n tiba di Bristol dlm pkl 12 mlm dgn selamatnya, Alhamdulillah...
Dlm byk2 gmbr yg di snapped semasa weekend outing kitaorg ni, aku paling suka gmbr2 ni, sbb bila tgk baru la terasa dah besar dah anak aku, dah pandai nak berlari sambil dipimpin, pandai naik buai, pandai tunjuk2 bila nak kan sesuatu, and lately aku perasan kaki dia bila naik stroller dah terlebih ke bawah, dulu masa baru2 beli stroller tu kaki nya duduk dlm seat lg, sbb lom panjang. Pastu semenjak dua menjak ni, dah pandai sebut 'Mem mey' kalo nak susu. Ntah sapa yg ngajo, sbb aku slalu bahasakan benda tu as susu, as in 'Aisyah nak susu x?'. Hairan, tp kagum gak dia dah bole cipta vocab dia sendiri. Aisyah, Aisyah, dah nak masuk setahun dah kamu ye? How fast time flies!
PS: Gambar2 ni campur from camera Hubs and Abg Adee husband Ina. The ones yg ada tarikh salah tu from ours le... hehe... anyway, thanks to Abg Adee for sharing and ni nak bg credit gmbr nih :)