Thursday, August 25, 2011

Shopping Raya

Dah dkt eh nak raya? Mcm baru sedar plak sbb kat sini mana la ada constant reminder. Lagu2 raya x kedengaran, poster jualan apa tah lg. Perasan ni pon sbb tgk status FB org Msia pakat2 duk mood cuti dah. Rupanya this Friday ramai dah chalo balik kg eh.


Baca cerita org shopping2 ketika menuang kerja, aku pon teruja la sama nak ikut style lama kan hehe. Maka hari ni dgn jaya nya telah ponteng lab, dgn nawaitu mencari baju raya Aisyah. Actually dia dah ada bbrp helai baju kurung pon, and one is on the way (please let it arrive here before raya!), tp sbb drpd awal lg dah berkenan kat bbrp baju ni kat Debenhams (oh, so very classy and English-like). So berkobar la hari ni gi dgn niat nak belikan utk anak dara terchenta, pujuk2 hati, ala kalo convert pon, gamaknya byk ni jgk spend utk baju raya di Msia hehehe


Masuk Debenhams, ah tu diaaa.. baju idaman hati. Idaman hati aku je lah tapinya. Sbbnya...... anak dara tu x suka. Siap bergolek2 atas lantai kedai x mau dipakai kan. Amarahnya aku. Nak tau knp dia x suka? Sbb dia dah jatuh cinta dgn ada sepasang lg baju ni tau, sungguh la mak x taste. Sbb apa? Sbb material dia mcm sari. Nothing against Sari, tp lip lap terlebih sudah. Over lah. Nak recycle jd baju gi nursery pon x bole. Nak jd ratu Bollywood bole la.


Diskas punya diskas dgn Hubs, layankan je lah kehendak budak tu. Sbb Aisyah ni pesen kalo dia x suka, kalo beli jgk, esok2 mmg sampai ke sudah dia x pakai. Dia ingat tu.


Bila tanya knp dia berkenan sgt kat baju tu, dia ckp sbb mcm princess. Bole mcm tu?


Btw, Debenhams tgh ada offer, kalo beli childrenwear above GBP25, dpt 1 child meal free, consisting of sandwich, yoghurt, crisps, biscuits and juice box. Molek ah, posa2 ni bole dia mkn sorg2, org lain mmg x mkn dah lunch. So those di UK yg nak beli baju, sila2 ke Debenhams. Promo lebih lak aku ni hehehe



Wednesday, August 24, 2011

Kisah Scooter

Aku paling suka waktu nak tido kan Aisyah, sbb rasa upclose and personal gitu ngan dia. Nak2 dia mmg co-sleep lg ngan aku, so mmg mother-daughter moment betul la half an hour before bed tu kan. Rutin nya mmg kena baca buku bg khatam sebuku dua, baru leh tido kan dia. Yg baca buku tu kdg2 penat jgk, sbb kdg2 dia active terlebih mintak ulang or mintak cari hidden characters dlm buku dia tu, but paling aku suka dlm few minutes before bed is girl talk. Heart-to-heart gitu.


Kdg2 dia cerita psl kawan2 dia kat nursery, psl dia suka Alex la, psl dia jatuh siang hari tu luka sket la. Kdg2 dia reminisce moments yg dia suka sgt, slalu nya dia duk ulang2 cerita dia gi beach tu la, betapa dia suka main pasir, betapa best buat sandcastle dgn Irshad, betapa pasir tu panas kat kaki dia, sungguh2 dia lakonkan kembali, 'hot sand! hot sand!' sampai mengekek2. Kdg2 kalo baca buku 'Saya bole solat di mana2' plak, ada gmbr solat atas train, atas plane, dia akan bukak cerita dia naik plane and train masa nak gi Portugal itu hari. So mmg obvious, sket by sket, long-term memory dia dah developed.


2 hari yg lps, Aisyah dan ayah dia, serta Irshad and ayah dia gi main kat tanah lapang dpn sekolah ni. Masa diorg pegi tu aku terbongkang tido x sedar apa, letih sgt balik shopping (walhal diorg berdua pon pegi jgk town ngan aku hehe). Anyway, bgn2 tgk diorg dah kuar main. Intai2 nmpk la seronot nya budak2 ni main. Nmpk x? Dkt green area tu?



Mlm tu nak tido, Aisyah duk ulang2 sebut 'scooter', 'scooter'. Mula2 cam x tangkap sgt apa dia ckp ni, sbb dia x pernah sebut sblm ni. Pastu nak tido tu, dia bukak rahsia hati dia.


Aisyah: Mummy, I want a scooter

Aku: Scooter?

Aisyah: Yeah. I want a scooter. Ayah said, 'that's not yours. that's Irshad's.'

Aku: You like scooters?

Aisyah: Yes. I go fast, fast, fast!

Aku: Really?

Aisyah: I want a red one. Irshad's got a blue one.

Aku: I don't think we have the money to buy you a scooter. It's very expensive.

Aisyah: Expensive? (perkataan baru bg dia)

Aku: Yes. We don't have the money to buy you scooter. You don't really need a scooter, ok? Shall we read this book?


Taktik distraction menjadi. Dia x sebut psl scooter lg sbb dah start baca buku cerita. It really pained me though ckp xde duit nak beli. Sbnarnya duit tu ada la, tp malas plak rasa nya nak beli benda2 yg unnecessary gini if it's not for her birthday or special celebration kan. Takut mengajar anak jd materialistik. Mmg mahal pon, dkt seminggu nya belanja dapur jgk la cost dia.


Lps dah selesai tu, aku kuar kat ruang tamu, citer kat Hubs apa yg Aisyah bualkan. Lps dah gelak2 tu, Hubs sambung ngadap laptop dia x ckp apa.


Aku pon x push la, sbb tau x de la menjadi keperluan pon scooter tu. Skali lalu belakang Hubs, tgk dia search laman web jual scooter!


Lor, bapak nya pon cair sama dgr cerita mcm tu hehe. Kata Hubs, "Ptg td mmg berebut scooter pon dgn anak jiran tu. Dia tgh kemaruk la tu. Kesian plak x belikan. Lg pon toys dia bukan nya byk pon." Yg bab ni aku setuju la jgk. Even hadiah bday dia bulan June hari tu pon, mmg aku x bg dia bukak skali gus. Main satu, satu dulu sampai lunyai baru bukak yg lain. Pikir punya pikir, elok jg lah beli, sbb bole melatih balance dia. Tricycle yg ada skang ni mmg dia dah dkt2 nak outgrow jg, so in the end kitaorg pon sepakat la nnt nak carikan dia scooter, sementelah tgh summer ni kan.


First thought, aduhai Aisyah, untung nya kamu. Kecik2 dah dpt scooter.


Tp second thought, yg buat aku syahdu sket, aduhai ayah umi, murni nya kasih parents kan? Kecik2 dulu, ayah asyik ckp no kalo aku mintak brg2 yg kwn2 lain ada. Skang baru la aku sedar, it probably pained them too kata2 aku ungkit2 or banding2 suatu ketika dulu, walaupon masa tu aku kecik dan x tau apa2. Lebih2 lg kalo sebenarnya wang mmg menjadi faktor penghalang pada masa tu.


Sekarang faham lah aku sejelas2nya, kalo benda tu baik, tapi duit kurang, mmg payah nak dapat, tp lambat laun dibelikan jg. Kalo benda tu x elok, walau duit ada pon, konfem x kan dapat. Tapi semua ibu bapa pon, kalo yg diminta itu benda yg elok, dan duit pon ada, nescaya akan ibu bapa itu usaha kan jg. Murni nya kasih ibu bapa...


PS: Hubs ada tanya, naper Aisyah x ckp kat dia aje nak scooter tu? Hehe bab ni aku rasa, bonding mother-daughter kot. Aku harap aku kekal jd ibu yg anak2 bole dtg bercerita kisah2 seharian atau kisah2 hati, sampai ke besar esok, insya Allah...





Tuesday, August 23, 2011

My Diva Darling


Cik mek molek tu petah bercakap skang. Kalo layan dia bual, mcm2 dia bercerita. So hari ni nak share sket celoteh dia.


Insiden 1: I'm busy


Aisyah skang kalo buang air besar je pantang betul pintu bilik air x tutup. Very the privacy one gituh. Ada skali tu aku letak kan dia atas potty, aku nak gosok gigi kat sink (x tau dia nak poo).


Terus dia sound, "Mummy, go away. I'm busy. I got a poo starting".


Erk?



Insiden 2: Why you eat my ice cream (aku dah post kat FB, sorry pada kwn2 yg dah baca)


Baru balik drpd kluar jap ngan Aisyah. Masa dia nak tanggalkan kasut dia, aku tlg pgg aiskrim dia. Bole lps dah siap apa semua, dia tgk aiskrim dia dan terus fire "why u eat my ice cream?" tuduh beliau.


"No I didn't!" jwb aku sket terkejut dgn accusation itu.


"Why u done it?" pressed Aisyah lg. Yakin benar dia kita dah mkn aiskrim dia.


Aku x tau mana lebih sentapz, dia tuduh aku 'curi' eskrim dia, or dia tuduh kita x posa :P.



Very the diva one lah!



Friday, August 19, 2011

Live Consciously

It's a beautiful day today. I (re)read about living life consciously last night, and this morning, it feels great to be able to be out the door and start my day real early. The weather is very pleasant too, so already that's a great start. Taking on Thich Nhat Hanh's advice, I shall walk really consciously today, as if I am kissing the Earth with my feet. And of course, in doing so, I noticed a lot of small things that have made me smile. I think I have already broken the live consciously rules my taking some pics along the way, but at least I'm taking the pics consciously hehe. Here are some:


[1] The pub on the way to Uni

When the going gets weird, the weird turned pro - Hunter S. Thomas



[2] University of Plymouth's massive logo, upon entering the school ground

Earth and sky, woods and fields, lakes and rivers, the mountain and the sea, are excellent schoolmasters, and teach some of us more than we can ever learn from books - John Lubbock


[3] A small park between Davy Building and the Main Hall

Life is a mirror and will reflect back to the thinker what he thinks into it - Ernest Holmes


[4] Door to my lab

When one door closes, another opens; but we often look so long and so regretfully upon the closed door that we do not see the one which has opened for us - Alexander Graham Bell


[5] Oh dan tidak lupa, buah hati saya memberikan pesanan daripada penaja

Stop and smell the roses (geranium).

PS: tanam sendiri dalam rumah tu geranium tu :)

Here's to a blissful Friday, penghulu segala hari. Semoga produktif dan penuh keberkatan, Insya Allah...



 

Monday, August 15, 2011

Keganasan di UK

No, aku bkn nak bercerita psl riot yg dah reda dah tu. Blogger ketinggalan keretapi la aku, kalo baru nak kupas isu tu. Berpuluh dah kena tangkap pon, syabas betha kpd pak polisi UK yg cekap.


Tp nak cerita psl keganasan yg berlaku baru2 ni jgk, dlm umah aku sendiri. Pengganas yg bernama Oyis.


Apa keganasan yg aku lakukan? Menjahanamkan suis lampu bilik air.


Bathroom kitaorg ni bkn pakai suis tekan mcm kat Msia. Suis lampu dia jenis yg tarik ke bawah tu, ala2 lampu wat suluh reban ayam je kalo taraf di Msia, org mmg dah x pakai. Tp UK ni kdg2 kolot berlebih, so mmg ancient skali. Gini rupanya pull cord tu kalo nak tau.


Anyways, selepas mencebok Aisyah, aku yg geram (brg kali) sbb Hubs pura2 busy wat benda lain time anak dia berak, rentap tarik la cord tersebut. Sbb hebat sgt, terus tercabut cord tu. Bkn snapped in the middle ke apa, terus putus yg x bole disambung kembali sbb dia dah terus detached drpd main part!


Calling2 tanya landlord, dia suh proceed aje ngan electrician kalo nak, sbb dia on holiday. Hmm.. nak tggu dpt jawapan drpd dia nih pon, 3 hari jgk la bilik air aku ala2 spa gitu, lampu malap2 je, sbb suluh pakai desk lamp aku, dasat x dasat. Nak wat camno, bilik air x de tingkap, so mmg gelap la kalo x.


Last2 dpt la electrician ni dtg. So bilik air aku yg romantik ni, dah jd terang bak lampu kalimantang kembali.



Oh, and ongkosnya, pak? 42 pound okeh. Mahal supo bedil, kata ore Klate.



Di UK ni, servis2 gini caj dia melampau2. Ni pon aku amik hok quoation dah paling murah dah. Ada company lain tu cecah 70 pound gitu. Nih sapo2 yg perlu electrician di Plymouth, aku rekomen. Cpt dan murah.



So now you know how much it costs to change a light bulb in the UK. Sekian.


Sunday, August 14, 2011

Too Soon?


Tak kot.. Dah almost halfway through dah kan? Cuma nya, x sangka cpt jg diorg siarkan. Gambar ni amik masa gi Royal William Yard hari tuh. Actually, hari tu mmg niat utama nak shoot gambar yg sesuai utk tujuan ini lah hehehe. Sbb gmbr2 lain yg bertiga dlm simpanan adalah sgt busuk dan tidak kacak langsung!


Apapon, selamat meneruskan the other half of perjuangan di bulan Ramadhan :)








Thursday, August 11, 2011

I Heart Yobert


Ni dia budak yg tidak posa itu hehe. Buat muka terkujat plak kena candid camera. Siang2 hari mkn yoghurt. Siap bwk sudu tu dari rumah, gigih nak mkn yoghurt sebagai bekal, walhal kuar beli ayam daging je. Alhamdulillah, skang dia dah suka yoghurt, bole kata fav food lah ni. Dulu2 yekkk... x leh nak telan dia yoghurt2 ni. Skang ni kdg skali mkn 2-3 tub kecik tu, tp aku x kisah mana, sbb yoghurt kan healthy food - calcium and good for digestive system ye dok? Nak2 bulan posa ni mcm x terjaga plak mkn dia di siang hari (sbb Aisyah ni hanya berselera mkn kalo parents dia mkn sesama, camno tuh?). Kalo x holiday ok lg bole dia mkn ngan kwn2 kat school, ni sekolah pon cuti, ngan dia2 ala2 posa plak siang hari. Mujurlah mlm mau dia mkn masa org berbuka tu huhu.


Anyway, itu hari record dia sebut 'Yoghurt' ni. Kdg2 ada lg kepelatan Aisyah ni, even dah 3 thn pon. Saja la record, utk kenangan di hari tua.


video

Hihi. Dia panggil 'Yobert' tu. Tp kdg2 dia dpt sebut 'Yoghurt' properly. Tp paling comel bila dia tersilap ckp, terus jd 'Gobert' hehehe...




Wednesday, August 10, 2011

Boat Trip to Royal William Yard

Td gi amik angin kat Barbican. Niat di hati just nak amik gambar keluarga, tp nak la background yg canteq sket. Bkn apa, duk belek2 dalam fail gmbr jalan2 sblm ni, haih sket sgt la yg berjenis kalo 3 org. Asyik aku ngan Aisyah, or Aisyah ngan Hubs hmmm... Since cuaca hari ni pon not bad, apa lagiiii...


Lps dah sampai Barbican tu, tup2 dtg angin nak naik bot, walhal baru je dua minggu lps dah naik ngan Kak Mazni. Tp kali ni ngan Hubs plak. Haih... biasa la, kami ni bangsa x plan2 kalo nak berjalan. Spontan2 gitu la fun nya lebih. Nasib x pengsan beleping psl posa2 di siang hari summer nan pjg lg terik, bole plak pegi mendaki bukit dan merentas lautan kan? Hehehe..


Apapon mmg x susah sbb byk jenis boat and day cruise kat Plymouth ni, pilih dan sediakan duit aje. Itu hari gi Warship and Dockyard Cruise, ada yg Cremyll Ferry gi Mount Edgecumbe, ada yg water taxi gi Mountbatten, ada yg gi Tamar River, ada yg gi Harbourside, ada fishing trip 2.5 jam, ada yg gi Cawsand Bay dan ada yg gi Royal William Yard.


Mula2 nak gi Cawsand Bay, tp dah penuh la plak. Next trip pkl 4 ptg, oh x kuasa menunggu. Maybe lain kali, ni dlm travel list kitaorg Insya Allah. So terus naik boat yg ke Royal William Yard. Royal William Yard ni dah pernah sampai dulu, ada konferens kat sini, tp masa tu naik bas dan pegi sorg2. Sbnarnya bole aje nak lalu jalan darat, tp saja, getiks nak adventure lebih. Boat kali ni jauh lebih kecik drpd hari tu, tp Alhamdulillah, x beroleng2 pon. Best je. Mcm lebih mengujakan sbb rasa intimiate gitu (dlm 4-5 org je penumpang), plus derbar dia x kisah ko nak main air ke, nak posing2 ala Titanic ke heheh... Caj dia GBP2.50 utk adult, budak2 free. Every sejam rasanya boat dia berlepas.


Ni lah dia gmbr2 nya semasa kat sana. Suka la jgk, amik2 angin ptg2 kan. Sungguh senang tergoda dgn aktiviti2 lagha kalo duk kawasan pelancongan ni tau, sket2 melencong tih tih. Alaaa.. maybe dah last summer ni kat Plymouth, konon pujuk diri. Patut nya dgn statement tu makin insaff dan tekun buat keja, tp bole plak mengakibatkan kesasaran heheh.. Bkn apa, dah beberapa hari hujan dan mendung, skali mentari menampilkan diri, hah, mcm ayam tubik gukk la kawe, kata org Kelantan :p


PS: Alhamdulillah di Plymouth buat masa ni x de dgr lagi riot2 gitu. Mohon dijauhkan Allah swt drpd bala dan musibah sebegitu...


















Tuesday, August 9, 2011

She Who Smells of Chocolate and Strawberry






Buah hati aku. Lps mkn roti dgn chocolate spread, makan strawberry plak. Budak x puasa la katakan ;)