Wednesday, October 12, 2011

Progress Report

Kali ni kita bercerita al-kisah progress report si Aisyah plak eh hehe. Asyik progress report aku jek selama ni..


Pada 11 Oct lps, nursery Aisyah ada buat perjumpaan dgn ibu bapa utk diskus perkembangan anak2 masing2 di nursery. Slot aku jam 9.40 pg. Oleh sbb semua org dah ada time slot masing2, x de la kes beratur pjg nak jumpa cikgu, and even class pon mmg senyap sunyi kita dan cikgu nya aje yg ada. So kat sini aku nak coretkan bbrp benda yg cikgu dia bentangkan, utk kenangan2 aku sendiri, also utk family, frens, genuine blog readers sahaja.


Ok, first off, cikgu dia bgtau that she has settled in well in the nursery. Aisyah loves dancing, singing and she is well-liked by her peers Alhamdulillah... I knew from my own observation tiap2 kali I send her off pagi2 that she belongs to this tight group of girls, dtg2 je dah main peluk2 and kiss2, then main ring-a-ring-a-roses sesama, alahaiii schweet nya budak2 ni all with ribbons in their hair and all that... Tapi x sangka la plak cikgu dia would describe her as 'fofular' (fengsan kejap mak dia).


Cikgu dia then bukak learning log dia. Ada la bbrp kpg gmbr Aisyah dlm tu. Gmbr main ngan kawan2, gmbr main kat swing luar nursery, etc. Huih, nasib kamu la Aisyah oi, dlm buku tu semua gambar dia masa pakai baju buruks2 or pada hari yg aku potong fringe dia senget benget. Masa hari pakai lawa2 x de plak gmbr dia dlm tu huhu...


Tp yg penting, dlm tu tertulis skills dia spt kebolehan memegang pencil (bkn menggenggam) - masih perlu diperbaiki, tp hari2 train ni. Dia masih belom bole menulis nama sendiri, tp class participation dia bagus (a.k.a ckp byk ehehe).


Then cikgu nya bgtau apa benda yg diorg belajar dlm kelas (phonics and games). Seronot jg dgr. Ckp dia suka main playdough.


Pastu dpt la jg aku konfem kan yg Aisyah kalo di nursery pandai je gi toilet sendiri (cuci intinjak ngan tisu la kot, psl x de air kan, erk?). Dia sblm ni ckp dia x gi toilet, tp mcm x leh caya je.. from 9 - 3 pm, x kan x kencing walau skali? ntah la.. cikgunya kata pegi...


Aku tanya Aisyah ni ada bully org x? Or dibuli org? Kata cikgu nya, so far x de. Syukur... cikgunya kata, kalo naughty2, budak2 ni disuruh duduk kat 'Thinking Chair'. Lega dgr Aisyah x pernah kena denda kat 'Thinking Chair' lagi hehe..


Satu lg, cikgunya konfemkan, mmg dia slalu mkn lunch kat sekolah tu sampai habis. Bagus la, berbaloi byr mahal2. Snack pon mkn jg and dah pandai tuang susu drpd jug ke dlm cup sendiri. Lunch tray pon dia bole angkat jg drpd counter bawa ke meja mkn (terus feeling2 ala high school cafeteria gitu), bawa hot food tu dlm tray tu, mcm terkejut jg aku dgr sbb kat umah x brp nak harap sgt kalo mknan panas2 ni dgn dia, takut tumpah la, apa la, rupanya kat sekolah dah advance dah, bagus2...


Cuma cikgu dia berseloroh, suruh dia mkn byk sket, coz she has a lot of growing up to do. Chehh.. nak kata baka kita x cukup inci la tu ek, Aisyah? :P


Lps habis diskas ngan cikgu, aku merayap2 satu kelas tgk hasil kerja Aisyah. Yg kiutnya, kat satu dinding ni ada letak 'Birthday Wall'. Nama Aisyah sblh menyebelah ngan Irshad (anak jiran aku yg Msia tu - BF Aisyah), sbb sama2 June, hihi...


Disertakan gmbr2 kat nursery dia tadi. Bagus jg ada meeting ngan cikgu mcm ni, baru x sampai 2 bulan belajar dah ada review nya. Semoga anakku Aisyah kekal happy menuntut ilmu di sekolah sampai ke besar, Amin...













15 comments:

yatie chomeyl said...

meme budok2 gitu kot, kalu di skolaoh Ok jah gi toilet sendiri an dmakan sendiri. kalu di rumoh, kade2 nok peel, mugo nok manjo2 kot.

btw, nanti kelik msia kito keno cari nursery hok stail ado progress report gini jugop kan..baru puas hati dpt tau perkembangan anak2

Oyis said...

yatie:sebole2 nya nak cari hok raji update parents. tp so far nmpk gaya byk hok bg penekanan pada bole ke x budak tu baco, ngiro, etc, padahal baru 3 thn. kesian ke budak. sini lebih suka train biar budak independent, ke toilet sendiri (syarat masuk nursery kena toilet trained), mkn sendiri, etc... bagus skills ni sbb survival skills kan

Ina said...

salam kak oyis. lamanya xsinggah sini. bagus kan nursery kt sana. teringat nursery kt nihon dlu pn mcm ni juga. diberi penekanan on kemahiran asas hidup. ni baru survey2 nursery utk my son. mmg payah nk jmpa yg mcm tu kt msia ni. tp tula sian kt rumah xberkwn. terpaksa pejam mata la kalau nk hantar juga. xboleh expect lebih2. just nk bg berkwn je la huhu

Lia Sakinah said...

Baca tajuk entry ni awal2 tdi, teruss sy cuak sbb teringat nk kene htr dh 6-monthly progress bulan depan...huhu...
rupenye, progress aisyah yek... u've got me noris! :p
Bestnye tgk progress aisyah... mesti lega kan bila anak2 selesa kt nursery diorg and show +ve development of skills. Wish my kids will be progressing well too.
Nti balik msia, mmg susah dh nk jumpe nursery/tadika yg boleh bg on going progress pasal anak2 kita, klu ada pun, yurannye mahal + waiting list panjang...huhu

Unknown said...

bravo aisyah! good job!

seronok bila tengok rupanya anak kita boleh je berdikari kan? kat rumah manja kemain mak dia buat semua.. hehehe

isabelle said...

pandainyaaaa aisyah.

kat mesia ni kalo ada detail report mcm tu kan ke best

ayin MM said...

comeyyy sungguh dia.... tumpang bangga sekali ek.. hehehhe.... best kan environment nursery kat sana...

ayin MM said...

comeyyy sungguh dia.... tumpang bangga sekali ek.. hehehhe.... best kan environment nursery kat sana...

Oyis said...

heartily ina: a ahhh... lama kita x jumpa2 di blog world. blog lama ina dah x on yeh? anak pon dah dua, tahniah ina.

lia: ni nak citer gak psl progress report diri sendiri. plus baru lps masuk sesi viva member sat ni, berapi2 smgt nak blog, eh nak wat kerja ni hehehe

mast: mmg... kat umah x tayang plak skill independent dia tu. kat sekolah rupanya hero

isabelle: slowly kot, nnt ada. we can still hope and pray *sigh*

k ayin: thanks kak ayin. best jg, at least dpt la pengalam di tmpt org, Alhamdulillah

diyana said...

wah menarik sangat siap ada review camni... bagusla..i dont think nursery kat Msia ada camni..

Unknown said...

begitu ye nursery kat sana..nampak details sgt cikgu-cikgu amik tahu children's development bla bla bla..Well done Aisyah yang popular!!hehe

miSs inTerpReted said...

bestnya nursery Aisyah!! Bagus kan boleh dapat report yang detailed macam tu.

Anyway, I also like the fact that her nursery has very cool toys!!!! washing machine and etc. bestnya!!

Ina said...

eh ada je kak oyis. tp mcm biasala blog bila rajin je. eh anak kita ihsan sorg je kt rumah. kawan ina lain kot anak dh 2 tu hihi

Oyis said...

are fighter: aisyah yg popular? aiyooo... hohoho

miss interpreted: I think those are actual washing machines utk basuh bip budak2 ahaks! tp sink dan kabinet semua tu paras budak2, so after snack semua diorg basuh tgn ngan soap sendiri, cups pon basuh sendiri lps minum milk. gile independent kan?

heartilyina: eh ye ke? oo akak tau nape akak ingat ina ada 2 anak dah - sbb tulis living with 2nd son (akak interpret 2 org boys dah ada skang). rupanya ina refer 1st son tu yg dah x de lg tu kan? (maaf sgt2, akak salah faham). ingatkan sbb akak lama x jenguk dah bertambah satu lg. tp kan ina, akak klik link ke blog ina naper cam empty ye kandungan blog tu?

Ina said...

eh xpe. tula kiter pn nk kemaskini blog tu tp xbuat2 jugak. seru xsampai2. update blog skrg pn ikut mood je hihi. ooyeke 1st time kita dgr xkuar pape kak oyis. xtau la kenapa jd mcm tu. browser xok ke or blogger xok ke kot? ni link kita. http://the-little-secret.blogspot.com/ setakat ni kwn2 lain boleh browse mcm biasa.