Friday, October 14, 2011

Mari Kita Membakar

Eh, gini ke tulis kalo nak ckp utk 'Let's Bake?'


Al-kisahnya td Aisyah keboringan kot x gi nursery. Dok terteleng kepala tgk TV, ada satu rancangan dipanggil 'I Can Cook', cerita masak2 utk kanak2, terbitan CBeeBies. Habis dah nmpk dia melopong tgk budak2 baya dia masak, aku pon tanya la, nak buat x Cheese Muffin tu? (Diorg wat cheese muffin). Belek2 brg dlm kabinet, mcm ada la lebih kurg semua yg dia ndak tu.


Aisyah apa lg, terus teruja la kan. Nak2 aku mmg bg dia lesen besar, suh tolong whisk kan telur, tolong gaul cheese ngan tepung. Fuhh.. smg dia buat. Pastu kasi chance dia sudukan satu2 adunan yg dah siap dlm muffin tin tu. Sampai la siap bakar, sabar je budak kecik tu tunggu.


Kesudahannya, ok la kot. X sedap mana pon, tapi dalam dia lembut. Rasa sket tawar, tp mungkin dia bajet utk budak2 kan, x elok masin2 nih, so ok la. Cuma rupa dia agak mcm cucur badak, mungkin sbb aku pandai2 ganti english mustard dgn kunyit tee hee. Ala, aku rasa english mustard tu depa buh nak suh kuning2 sket kan, so aku taram je la. Oh, pastu aku x de cress so aku buh coriander. Patut la pelik pon. Lain disuruh, lain dibubuh. Pastu x sedap nak salahkan resepi :P


Tapi not bad la, mother-daughter activity. Bapak dia pon benefit jg, mkn ntah brp ketul dia sorg. Boleh tahan rajin jgk aku ni melayan Aisyah ek, time lapang2 jiwa senang. Kalo time keja deadline, x dapat la huhu...


Just to clarify, cheese muffin ni savoury eh, bkn manis2 mcm cheesecake. Resepi bole ceduk di sini









2 comments:

Nida said...

Amboi berselera sungguh si anak dara tu makan.. auntie Nida tengok pula yg meleleh air liur... hehe

Oyis said...

k nida: air tgn dia sendiri la kata kan. automatik dia kata sedap hehe