Monday, October 3, 2011

Berlibur di Cawsand Bay, Cornwall

Pada hari Sabtu yg lps, kami rasa gedik2 last minute utk berlibur, almaklumlah, dari sblm posa x kuar2 Plymouth langsung, ni dah habis Syawal, so harus la geli2 b*ntot utk pegi berjalan2 kan. Kali ni mmg x plan langsung, bekal pon x bawa spt slalu nya kalo aku kuar jln2. Sbb nya, Hubs manjang senyap pada pg kejadian. Jenuh dah aku tanya, 'nak kuar x hari ni? jadi ke?' tp beliau diam. Alih2 at 11.30 pg dia umum, jom la kuar jalan. Pucuk dicita.... terus la meloncat bersiap. Even dah kuar rumah pon x tau nak gi mana. Mula2 nak gi Mount Edgecumbe. Elok2 jalan ngala sana, tiba2 bertukar angin nak gi Cawsand Bay plak. Buat U-turn dan2 tu jgk(padahal jalan kaki je pon). Sungguh main redah. Don't try this at home.


Hish, mukaddimah cam gempaks, tp sbnarnya duk pusing dlm area Southwest tu la jg, cuma fancy sket dpt gi Cornwall hehe. Cawsand Bay merupakan satu (yet another) fishing village, di Rame Peninsular, Cornwall. Utk ke sini, drpd Plymouth kena naik boat. Setengah jam perjalanan nya one way. Adult kena caj 4 pound one way. Nak drive pon bole jg, tp lagi jauh dan lg lama. And did I tell u kami kereta non-ado?


Hari yg kitaorg pegi tu cuaca jejak 30C. Terik! Maka manusia berduyun2 pegi Barbican (tempat boat berlabuh drpd Plymouth). Dek x nak hampa tiket abis (sebelum ni dah pernah berkejar nak beli tiket tp boat dah penuh - ye lah, ni naik boat eh, bkn frequent mcm naik bus), maka terpacak setia lah kami dkt platform tuh (30 minit ada kot), sampai Aisyah dah nak nangis resah dan gelisah. Tp nak keluar queue sayang, sbb dah ramai ni. Syukur, lps 30 minit boat sampai. Dtg2 boat nya kecik ya ampunnnn (tp muat 60 org). Kecik sbb boat2 lain spt nak gi dockyard, or Royal William Yard, or Mount Batten yg aku penah naik sblm ni adalah jauh lebih besar, siap ada upper deck lg sesetengahnya. Ok mcm ada sket unsur berlagak plak aku ni, cas dah biasa benor la kan naik water taxi hehe, jgn mare.


Tp what do you expect ngan boat kecik, beroleng2 jgk la. Syukur Aisyah x mabuk pon. Aku rasa dia ni x de la suffer from motion sickness yg teruk, selective je kot sbb dia x sea sick pon aku tgk, tp car sick dia agak melampau. Ada ke pegi Plymstock (15 minit naik taxi), dah lembik and pucat2. Tp itu hari gi Roscoff naik cruise 9 jam perjalanan tgh berombak kuat gile babas sampai aku berjalan sket lg nak nmpk mcm org mabuk todi (huyung hayang terlanggar dinding apa semua), dia bole plak berlari ke hulur ke hilir x terkejarkan. Kalo ye, baguslah. Mmg kira rezeki membesarkan dia di tepi laut (kot?)



Dah la terpaksa pegang dia kuat2 yg kejanya asyik nak menjengah keluar tingkap bot. Hubs amik gmbr pon aku paksa diri la wat senyum, padahal dah pening2 lalat. So mmg aku sungguh happy skali bila nmpk darat. Oh syukur!!!




Cantikkkk and very quaint Teluk Cawsand ni hehe. Adventure betul, turun2 bot pkl 1 ptg dah, air tgh surut giler2. Bot x leh berlabuh dkt ngan pantai, so kena mengharung air laut paras 2/3 betis (betis aku yg vertically challenged ni. Kalo Aisyah rasanya paras pinggang dia kot). Mmg la bole kata ek eleh, betis je, tinggi lg flash flood kat KL, tp kena ingat, mana nak dukung Aisyah lg, bawak handbag lg, nak jinjit kasut lg, Hubs plak nak hangkut stroller lg (bkn ringan tahu?). Agak mencabar, tp experience la sesekali hehe.



Pertama2 skali sampai, terus cari mkn. Apa lg, kaw cenggini of coz lah mkn fish and chips. Sedapppp! Ikan dia mcm segar sgt. Chips dia pon x byk resap minyak, tp Hubs kata masin sket. Cawsand ni mmg kawasan perikanan dan nelayan, so aku rasa tu salah satu sbb nya ikan dia fresh. Kitaorg x explore pon sgt kat kampung2 dia kat blkg2 lg tu, sbb dah lapar dan niatnya nak bawak Aisyah main air laut. So kira ambushed kedai fish & chips yg paling dpn la ni, dlm 15 min gak baru dpt order nya huuhuhu.. Nasib baik sedap. Dpt tartar sos, sayang x dibagi lemon, kalo x lg terangkat. Gmbr mknan x sempat amik, mmg laparrrrr punya psl!



Dah sudah mkn, errr... nak lepak kat beach tp dasar holiday impromptu, x bawak la plak tikar ke, bucket ke, towel ke, apa kan. Beach plak beach batu plus pasir, x mcm masa pegi Looe Beach dulu, pasir halus2. Last2 Hubs jd tukang jaga stroller, aku n Aisyah main air. Aisyah plak nasib baik dah siap2 pakaikan selipar crocs ni, tp x bwk baju spare la plak (betul x plan). Nasib baik aku pakaikan dia dress kat luar, seluar lengging and T-shirt kat dlm, senang cerita, cabut dress. Kalo basah habis pon, balik bole pakai dress aje. Ni gmbr2 sekitar main2 air. Aku main ala2 manja sbb x nak gulung jeans, tp x nak basahkan jeans jgk. Jinjit2 bkn sbb geli ngan air (walaupon agak sakit batu batan dia) tp nak tinggi kan diri drpd kena ombak ahakss!









Batu dia mcm ni. Sakit jg kalo dah berkaki ayam tu. Redho dan anggap reflexogy.




Ni masa nak balik dah. Tu bot kami. See what I mean mengharung air? So kalo ada niat nak dtg sini, better plan betul2, tgk waktu korg nak gi tu, brp haribulan, and pkl berapa, nak kira waktu air pasang ke surut. Kalo air pasang, rapat sampai ke darat dia leh bawak bot tu, selamat la. Kalo surut, hmmm... berdoa lah laki korg berlagak hero dan kendong korg ke seberang bawak2 la seluar spare ye.




Tepek sket gmbr hero aku. Walaupon dia x dukung aku cross lautan, tp dia setia jaga handbag baru I stroller Aisyah dan amik2 gmbr curi kami hehe. So, terima kasih kakanda.



All in all, utk day trip bole consider Cawsand Bay ni. Dok ckp gak ngan Hubs, kan seronot kalo Plymouth ni ada beach mcm ni, batu pon batu la, asal bole main air. Plymouth x de pantai, terus lereng bukit tinggi menjunam then air laut 20-30 meter di bawah (steep cliff). Kalo suka tomb diving, leh cuba. Order tomb stone siap2 sbb ngeri weih aku tgk, dgn batu2 besar lg, silap bajet kaluuu... Hiii... tp ada je budak2 yg buat. Hari tu x sempat record, terkial2 balancing ice cream cone sblh tgn, sblh lg mengagau dlm beg x jumpa cari HP, tau2 budak tu dah lompat, rugi betul. So di Plymouth ni, nak cuci kaki ngan air laut mmg x dapek, cuci mato yo lepaih le...


13 comments:

Mama Zharfan said...

semua pics sgt cantik!!!! tiap kali dtg blog u i jd rindukan notts tau..:(

yatie chomeyl said...

wakaka x tehe part yg suruh order tomb stone siap2 tu . tp comey la sbb tepi laut. cumo kalu dh sejuk2 ni, nk g tepi laut pun malas deh sbb bilo kelik dumoh mesti berair hidung

Oyis said...

mamazharfan: saya pon x lama dah ni di negara org. lps ni mesti rindu2an jg huhuhu... sbb tu bagus mcm MZ buat entry kenang2an slalu, and amik pic byk2... utk tujuan koleksi perbadi kan

yatie: huih tinggi yatie. hok lompat terjun tiruk ni semua budak2 belasan jah, hok pikiran x brp masak lg. kalo hok tua2 supo kito, serender dah. kalo winter br x gi ke laut, autumn2 ni tarah gi jgk, x dop tempat lain doh :P

sumpit said...

hahahhaha, ko pon dah join the le handbag club ke?

Oyis said...

sumpit: x la. tp sesekali mai jgk angin nk merasa. pompuan kannn? hehe. kat austria sana ada apa murah2? si azri duk promo milano nih kalo nak leather bags, sah2 kempen italian nya product. belom sampai lg mcm dah rambang telinga (as opposed to rambang mata, sbb mendengar cerita je, x melihat lg). tp kalo pegi setakat bawak 100-200 euro, hmm.. window shopping je la jawabnya... apapon, aku berharap sgt sampai la europe this yr some time, asyik pusing keliling cornwall-devon je ni!

Lia Sakinah said...

hahaha...tergelak sbb sy mmg nk komen psl handbag, tup2 ET dh komen dulu... mano gmbr handbagnye? Coach kah? hehehe
Btw, nice ad hoc trip! :D

Oyis said...

lia: coach tu byk yg berkenan, and dah tulis dlm personal wishlist tp plymouth ni ulu sgt, kena naik london baru la dpt beli huhuhu... apa punya perakkk la tmpt ni.

Diyanazman said...

actually i pong nak komen pasal beg! ehehehehehehee...
tapi nampak sgt syok la korang bercuti... gambar no 1 tu aisyah sangat cumil... len kali rajin2 upload gamba bebanyak lg ye? eheh

Oyis said...

thanks diyana. ahh... di mana ada ladies, di situ pasti ada diskusi handbags hehehe... bercuti balik hari je tu, tp ok lah, before hari makin pendek and suhu makin sejuk winter nanti

Nida said...

cantikkkkkkkk.... nanti gambar-gambar ni semua pasti akan dirindu.. terutama kenangan disebalik gambar.

Oyis said...

k nida: betul kak nida. skrg masa utk mengukir memori, chewah ;)

sumpit said...

lia,
eh, aku nampak cam le p (sori, tak sure the correct seplling).

Sori la babe, sini takde pape nak promote. Kalu kat jerman dulu, mmg byk la, kan dulu aku dok dekat pekan adidas n puma. Then bole la jugak g outlet city kat metzingen, sini, suma import je. Okla, aku pon bukan ada duit nak shopping pon, janji bole pakai, jalannnnn...

Oyis said...

sumpit: mata ko mmg dari dulu tajam. longchamp le pliage kah yg dimaksudkan? kalo ye, mmg full mark utk anda kih kih. coach ada minat gak, tp mahal la. kalo beli dari USA sah la jimat. dah la tu, x de tempat pon jual designer bags ni kat plymouth, nak kena drive jauh2 or naik london baru ada. huh x kuasa la kan. duit pon mmg x byk.

tu la, aku rasa austria ni lg kurg product dia kan, so brg2 lg mahal la ek? xpe, tmpt ko mmg tip top n class sgt dah aku tgk. u cannot buy the view and quality of living! :)