Wednesday, October 19, 2011

Harvest Festival

Perbualan ibu dan anak sebelum anak ke sekolah.


Aku: Aisyah, you've got the Harvest Festival today at school

Aisyah: I know


Amboih, dia jawab I know tu. Tanya lg..


Aku: Why do we have harvest festival? (bajet anak akan jawab merepek)

Aisyah: Because it's winter. Cold is coming


Oh, tahu jgk rupanya dia. Musim menuai ni sblm dtg nya winter, sebelum tanah gersang dan kering kontang and tanaman mati dek frost semua. Alhamdulillah, masuk ilmu yg cikgu dia ajar, sejuk hati dan telinga mendengar... hehe


Tp mmg dah sejuk la. Time aku menaip ni dah gigil2 sket sbb pakai baju sehelai je. Malam ni dijangka 3C. Almost frost-inducing tuh, aduh.


Alang2 dah sejuk, sompet gi beli baju coat baru. Burgundy/maroon gitu. Seswai ngakk? Asyik pakai coat hok hitam jo, tahun ni mencari kelainan sket. Winter terakhir la katakan huhu...



Anyway, ni gmbr2 lps amik Aisyah drpd school ptg td, dkt Autumn Fayre (Harvest Festival) tu la. Ada mcm2, dan mmg penuh sesak, tp sbb aku x brp clear ngan policy camera in school, aku hala kamera kat muka anak aku je la. Ni pon dah cukup baik. Nursery lama dia, handset tu x bole bawak keluar drpd beg/poket langsung. Klao ringing kena jawab kat luar compound lg. Ganas..


Best aaa... food2 yg dia jual. Semua nya yg berasakan autumn harvest la - pumpkin, marrow, courgettes, etc. So ada byk la td mcm pumpkin pie, pumpkin soup, marrow and mixed seed soup, pumpkin tart, apple tart, pear tart, pumpkin tajine, pumpkin quiche, toffee apple, etc. Makanan2 ni parents yg donate, dan soup2 tu plak, budak Year 2 yg masak. Tp pumpkin, marrow, semua bahan asas tanaman tu, hasil garden sekolah. Bagus ek, negara yg sebegini terhad matahari pon dah ajar budak2 gardening and becoming self-sustainable. Impressed woh. Air plak diorg buat jus apple perah sendiri, tp apple x tanam la, apple dia parents yg donate. Mesin jus apple dia ada rupa mcm mesin tebu la jgk. Aku byk gak beli food td, saja merasa, sbb vegetarian je mostly. Beli banana cake 2 slices (30p), pumpkin soup with roll(50p), lagi beli air utk Aisyah and also tapaukan pumpkin tajine with cous cous (30p) and pumpkin quiche (50p) serta pumpkin tart utk Hubs (30p).










Lagi ada games - mcm mengagak berat labu (besar sih, sepemeluk aku ada), raffles tickets, lg ada stall utk buat craft from dried leaves and cones (sgt la tema autumn kan), and also stall utk tanam bunga daffodils in a pot (20p). Ha yg ni aku gedik sket, main tanam2 ngan Aisyah. Tp lmbt lg la nak bernunga, expected next spring ok. Dah la masa on the way balik Aisyah kendong pot tu siap terlucut drpd tgn, dah tggal sekerat pot je tanah nya. Tsk. Nasib x hilang ngan bulb2 dia skali.





Sekeliling kawasan sekolah ada tertampal poster2 dan lukisan pumpkin. Itu hari Aisyah ada bawak balik kertas utk entry pertandingan buat design pumpkin (ni ala2 lukis kan Jack O Lantern nya design la ni, sempena Halloween in 2 weeks time). Aku agak tidak peka, dan mcm rasa x de harapan menang je sbb contest ni terbuka utk semua year, Aisyah baru nursery, pencil control pon x mantap, x mungkin la menang lawan budak2 tua drpd dia kan lain la kalo aku yg lukiskan ehek. Kalo buat by age, bole la layan lg. So buat2 x ingat. Rupanya semua penyertaan pon ditampal sekeliling sekolah even yg coreng dgn pencil sampai lebam muka pumpkin tu. Ish rugi betul x enter, kalo x, dpt juga menjejak pic Aisyah buat. Patutnya, it's not about winning, it's about participating. Ape ke mesej aku nak sampaikan kat Aisyah ni, penyakit kiasu x abis2. Haih... Lain kali yeh Aisyah... (dia x tahu apa pon sbnarnya).




Anyway, semua duit goes back to the school, kira charity event la ni. It was fun and I would say it was a big success utk budak2 sekolah rendah and parents nya anjur aktiviti mcm ni.



1 comment:

isabelle said...

i suka..i suka *berangan adam n adib dpt experience such things

tapi lagi suka sbb i suka makanan.hehe

humang aii..besarnye labu tu smpi sepemeluk