Cuti Xmas ni mmg x buat2 apa or pegi mana2 kecuali buat house chores and masak2 sahaja. Sbb Xmas and Boxing Day jatuh pada hari Sabtu dan Ahad, maka Isnin dan Selasa ni adalah public holiday jg. Yeay! Bole rehat2 lebih sket. Bila la nak balik ngadap buku ni, esok kononnya nak window shopping, lusa or tulat ada nak buat plan ngan Hubs and Aisyah utk family aktiviti lg hihi... haih insaf lahhhh....
Uni cuti sampai tahun depan, bukak 4 Januari 2011 nanti. 2 minggu tuuuu... best, best... Begitu jg Hubs, mmg dpt paid holiday sampai 4 hb jgk. Aisyah punya nursery pon begitu jua, Januari nanti baru naik balik. So sebelum cuti lama hari tu, dpt la satu folder berisi hasil kerja tgn Aisyah yg terkini, mostly her art work yg revolved around Christmas themes la dah nama pon duduk negara org kan. Tp ada satu gambar x ikut tema, gambar pumpkin sesat, haiyo cikgu, ini kerja Aisyah zaman Xmas ke zaman Halloween lg nih? Halloween bulan October tu, punya lama peram!
Anyways, yg aku rasa agak menarik di sini ialah budaya memberi kad ucapan selamat tu masih kekal lg. Bkn shj utk Xmas, tp aku tgk utk 'Get Well soon', 'Sorry', Birthday apa tah lg. Masyarakat kita jgn kan nak hantar kad raya, kad kahwin pon ramai main scan and hntr ikut Facebook aje. Sbnarnya perasaan dpt kad ni jauh lebih best drpd dpt e-card, so I think ianya suatu values yg tu patut dikekalkan la. Ramai mungkin argue nak selamatkan pokok la, apa la, but kalo dlm kehidupan seharian pon beli nasik pakai tapau polysterene dan tinggalkan PC on x pernah katup2, relevankah argumen td? Oh well, maybe I am still traditional in a way :P
Berbalik pd citer Aisyah, even utk budak2 nursery baya2 Aisyah ni, mak pak diorg sakan tulis kan kad bg cikgu2 dan rakan sekelas. Aisyah yg x sambut Xmas ni pon x dikecualikan. Siap tulis 'To Aisyah & family' lg. Walaupon it was obvious yg tulisan tgn tu mak bapak la yg empunya, tp it's the thought that counts. Paling comel ada satu kad ni ada satu 'signature' anak dia (yg gmbr coreng2 kat kad. Itu bkn Aisyah yg conteng, tp tu t/tgn si Emily tu hehehe, kreatip, kreatip...).
Last Monday tu masa aku hntr Aisyah gi nursery, siap ada org ni dressed up as Santa bawak karung guni lg bg2 hadiah kat budak2. Rupanya diorg dpt mug sorg satu ehehe...
Hubs' bosses kat tempat kerja pon siap bg hadiah kat Aisyah jg. Ololololo... so Aisyah officially dah ada satu baby doll. Kalo dtg time manja and maternal dia tu, siap kelek and dukung, bg susu daripada botol lg. Time x nak main, simpan dalam bakul aje hehehe...
Org tua2 pon ada dpt habuan gak. Hubs dpt 2 different kinds of chocolate from his colleagues, dan aku ada dpt Bath Salts in addition to the toiletries yg secret santa tu kan. Eh x sangka ada org anggap aku kawan baik dia kat tempat kerja *kembangs dan terharu* Err,.. tp kan, umah aku x de bath tub, ada shower je, so aci x kalo aku letak dlm besen buat rendam kaki ajo?
Sunday, December 26, 2010
Long Hol
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
buat masak je la bath salt tu, oyis oiii...
hahaha.
isabelle:
nnt kari berperisa lavender!
kad kawin aku paham sgt.... hehehehe. Skarang setem je dah 60 sen. Kad belum kira lg. Yg bg scan tu utk mukadimah je, kalu confirm bole dtg, baru la pos yg hadrcopy.
Btw, kami pon dipaksa cuti smpai 6 Jan (meaning smpai 10 la tu sbb 6 tu Khamis), smpai diorg kata tutup heater sume, tp ramai kata tu acah je nak bg org x dtg, tp bole je kalu nak dtg.
Anyway, aku nak cuti gak n buat HIIT sbb skarang aku rasa dah gumok. Oh, and ganti posa (tak kosa nak cycle dlm salji menggunung n posa, abih kering tekak).
sumpit:
tu kira ok la lg sbb kad kawen kan mahal, so xde la nak bg merata, tp kad raya ke, kad bday ke,s till org kita mcm x pentingkan sgt benda2 tu semua, duniawi la konon, tp kalo kad kita tu menggembirakan hati org aku rasa dpt jg pahala nya ye dok hehe..
oh dkt uni aku mmg heater off sampai 3 jan. so kalo nak gi gak dlm cuti ni, itu hari kena reply email kpd security, and nnt dia akan ON kan heater tu pada masa and hari yg kita ckp nak dtg. utk lab aku, sbb si Al pon kata nak dtg jgk dlm cuti ni, and hanya 2 org je, security bg portable heater utk kitaorg share, lawak tul. tp aku sejak Khamis lps x masuk2 opis ngeeee...
Post a Comment