Monday, September 21, 2009

Hari Raya Aidilfitri di Plymouth (Day 1)

Joyous Abound!

Ni adalah gmbr2 sekitar hari pertama bg sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 di Plymouth. Cerita sket2 dah la yeh... yg lain2 rujuk gmbr je la yeh, self explanatory :)

Malam Sebelum Hari Raya - Aktiviti Bertakbir

Takbir ni dibuat rumah-ke-rumah, ala2 style Marhaban kalo di Johor. Tuan rumah (suami) jd tukang lead, so tukang takbir tukar2 ikut rumah. Aku hidang keropok udang dgn air teh sahaja, sbb byk rumah yg diorg kena cover, so mkn yg ringan2 je la. Gambar nmpk kelabu sket sbb rumah aku mcm berasap sbb rancak memasak juadah raya di dapur. Masa ni dlm pkl 11 malam. Siap masak and tido ngan Aisyah dlm pkl 12 mlm lebih. Hubs balik bertakbir pkl 2 pg.

Baru la tahu jerih perih memasak di malam raya. Selama ni x pernah terlibat secara langsung, and x berapa berminat nak menolong :P Mmg kehidupan di perantauan ni sgt2 mendewasakan. Memasak dgn pantas selepas tahu tarikh raya last minute, kemudiannya memasak dgn Hubs tiada di rumah, makanya Aisyah melekap di kaki nyet nyet nyet meragam di dapur, nak kan attention. Mencabar sungguh...!





Apa pon, mmg puas hati bila di pg raya, juadah ni terhidang... Sempat wat nasi himpit (bkn segera punya tau! First time in my life okeh buat from scratch? Alhamdulillah menjadi... amik tips dari Eton), lagi buat Lodeh, Kuah Kacang, Rendang Ayam dan Sambal Sotong. Nasib baik lulus Hubs' punya SIRIM - dia kan org Muar, ni adalah staple food di hari raya org selatan, apparently. Kalo di Kelantan, x de ini semua.



Selepas Hubs selesai balik dari Masjid utk Solat Sunat Aidilfitri, kami sekeluarga bermaaf2an dan bergambar sebelum keluar beraya.







Rumah pertama yg kami attack ialah rumah Zafi. Antara juadah yg terhidang adalah Nasi Himpit, Kuah kacang, Rendang, Gulai Utara yg bubu Kerisik tp aku x ingt nama, Bihun Goreng dan mcm2 dessert termasuk la berjenis2 kuih raya. Rajin betul budak2 bujang ni buat kuih raya. Bisa bikin I malu sajo sbb x buat langsung...



Ptg nya, Eton dan Mael sekeluarga buat Open House plak. Kami kami pon ke sana la. Eton buat masak Nasi Himpit, Lodeh, Rendang Daging dan Sambal. Yummeh..







Begitu la sambutan serba sederhana di Plymouth. Meski pon sederhana, mungkin pada Aisyah dah meriah sgt, sbb nya dia siap skip2 tido sepjg hari tu, and malam tadi mula la dia mengamuk2 letih tp x bole nak tido dah. Sedangkan hari ni (raya kedua) plan nak wat Open House, so mmg menggelabah la last night bila dah pkl 12 malam, tp Aisyah still x bole tido2 (dah cuba tido kan dari pkl 10.30 malam lg). Dlm pkl 1 pg tu baru la dia lelap, tu pon lps dia mengamuk at every single thing. Even TV yg dah habis tayang kartun pon dia marah. Tp skali dia tido, berdengkur2... Lps tu la baru dpt buat masak2 kat dapur... Doa kan la menu nya menjadi ya... Ni nak gi sambung masak. Ta-da!


3 comments:

Nurfadhlina Mohd Sharef said...

yeay!! i'm first to comment! selamat hari raya mek..maaf zahir batin..kot2 ada tersalah silap, tersalah sangka, yg ni mmg sure ada, contohnya sll org dok ingat aku online kat ym tu padahal aku dah logout dah..kot2 la ada yg terasa sebab2 tu kan..heheh..chumil giler si aisyah berbaju kurung..dgn hair clip lagi tu..gamba dia yg paling aku suka setakat ni, and gamba mu juga dgn hub..chewah2 melaram gituh..part2 memasak tu congrats beb! sure puas hati dan sangat bergembira..tapi apapun walaupun meriah raya di sini mmg tak dapat beli la kerinduan pada sanak saudara dan udara malaysia..uhuk2..akhir kata selamat berlebaran dan senyum lebar2!!

yzmahoney said...

Chomelnye anak dara ibu nie.. Dgn baju kurung die lg.. Nway cemane open she awak? Menjadi x? Huhu nway slamat hari raya maaf zahir batin..ermm kite da wish ke b4 ni?.. Kalut la I.. Xingat dah.. Hehe

noris said...

che fadh:
amacam raya di bristol? apa menu mu? hehe... hmm... part of the reason masak sakan2 ni supaya distracted la, x la teringat sgt what I'm missing out sbb x de masa nak duduk tercongok and berindu-rinduan kan...

masa masak n aisyah merayu2 tu, dok teringat ke kata2 mu, kdg masa anak kita membesar ni, dia merengek2 masa kita masak, kena dahulu kan diorg, kesian diorg terabai. tp bila ada deadline (open house), terpaksa layan gitu2 aje... sometimes, you just gotta do what you gotta do, and hope what you did is the best you can do huhu..

apa pon, bole tahan meriah la raya di perantauan ni :)

yzma:
salamat hari raya, maaf zahir & batin jg... Alhamdulillah, ok open house nya. nnt kita upload gambor yeh... mana gmbr awak raya? nak tgk awaknye belly bump... mesti berseri2 kan wajah awak ! rayyan pakai baju melayu x? siap songkok?