Wednesday, May 27, 2009

Aisyah's Medical Review

Ah.. lama x update. Bkn apa, dari hari Jumaat ari tu agak sibuk sket, pastu cuti panjang plak (Bank Holiday) kat UK nih. Patutnya Che Fadh dtg, tp last minute x jd oleh sebab2 yg tertentu. Tp sempat jg join geng Plymouth gi Bournemouth hari Isnin yg lps. Alhamdulillah cuaca panas dan best, tidak seperti hari, hujan dari pagi, disertai angin standard Plymouth. Entry Bournemouth tu aku akan postkan lps ni la yeh. Hari ni nak cerita psl Aisyah nyer 6-9 Month Review dekat Seventrees Clinic pd td. Sementara masih panas2 n sblm basi ni... Hehe...

Nama je 6-9 Months Review, tp Aisyah nya dah 11 months pon. Clinic lambat arrange utk dia. Oleh itu, dlm hujan lebat pg td, kami gagahkan lah jua pergi. Gagah naik teksi la jawabnya, kalo x jln kaki aje x sampai stgh jam kliniknya. Plak lalu park, cantik, mmg seswai la sebenarnya kalo nak jln2 berlenggang kalo x hujan tu. X pe la.

Yg diorg tgk hari ni ialah weight, height, development, motor reactions etc. Yg bulanan tu setakat timbang berat je kan. Kiranya ni lebih terperinci lah. Overall, Alhamdulillah, semua lulus. Berat = 7.86 kg (9th percentile). Ni x leh nak wat apa, tiap2 bulan pon kena syarahan psl berat. Tp yg bestnya, hari ni they found out that berat dia x menjadi masalah after all, sbb Aisyah mmg konsisten naik ~200g je tiap2 bulan. Pastu, daripada penelitian td, Aisyah nyer weight started to drop off around 6 months, when solid food was started to be introduced. Kata nurse td, kalo baby yg selama ni mmg exclusively breastfed, tiba2 bg mkn solid, mmg akan drop weight, bcoz dia akan kurang dapat susu ibu. Lebih best lg, Aisyah gained 200g secara konsisten menunjukkan dia actually sudah menjumpai berat dia yg ideal, bkn la fluctuate bulan ni byk, bln dpn sikit, vice versa. Lega hati aku mendgr nya. Bkn apa, x nak la org associate kan isu berat badan ni dgn breastfeeding. Satu lg yg best ialah, aku diberitahu, after next month nye weigh in, Aisyah x yah lg tanggal2 baju utk naik atas scale. Terus bole naik atas scale aje berbaju penuh, bcoz dah 1 year old. Hooray!

Tinggi plak, dia skang tgh growth spurt kot, 72 cm (25th centile). Dua bulan lps 67.5 cm (9th centile). Ok la tu. Nurse kata sesuai dah dgn berat dia, in fact, maybe dia akan tinggi kalo compare to berat badan. But too soon to tell la kan. Personally, kalo dia dpt baka Ayah dia bab height ni, aku sgt x kisah. Me, at 156 cm, mmg shorty la kan.

Bab2 hearing, sights, speech, tgn clap2 ke, kebolehan mengutip dgn jari ke, head bopping ikut muzik ke, nyanyi ke, jogetke, Alhamdulillah, lulus dgn cemerlang. Kebolehan berdiri dgn tegap, merangkak, duduk unsupported, hip structure, jg tiada masalah. Aku bgtau yg sedikit concern sbb Aisyah lom boleh berjalan (altho' hari tu dia dah melangkah setapak tanpa sapa2 pegang, sbb mata dia dekat TV, dia pon x perasan dia buat! Dia ni 'berhati2' org nya aku - dalam kata lain, penakut sket la kot). Nurse tu kata, jgn risau, sbb baby nyer range utk berjalan tu sampai umur 18 bulan. Kalo by then x jln jg, then baru concern. Plus dia kata kalo dah menapak tu, makna nya soon akan start berjalan betul2 la. Cumanya mmg kategori berhati2 la Aisyah ni. Nurse kata, ada la benda yg membuatkan dia x konfiden tu, contohnya, takut jatuh ke. Siap bg nasihat lg, jgn rush anak2 utk membesar, coz they grow up so fast! Oh, begitu rupanya.

Pastu ada discussion psl immunisation Aisyah. So far, semua on track. Tinggal nanti dia 12 months nak bawa gi jab utk MMR (I). Duk sini untung sket, x yah bayar. Semua free. Plus kat sini, on top of program immunization Msia (DTP/IPV/Hib, BCG, Hep B), diorg bg bg Meningococcal C (utk meningitis) and Pneumococcal (Msia ada jg, tp optional, sendiri byr). Tp sini x wat Hep B, cumanya Aisyah dah buat sbb lahir kat Msia, so sambung third dose kat sini masa baru2 sampai hari tu. Nurse tu tgk record Aisyah siap gelak lg, sian Aisyah, tiap2 bulan kena amik shots sehinggalah umur dia 6 months. X pe la, dpt best of both worlds, kata aku (mcm Hannah Montana plak rasa - terus x bole hilang lirik lagu tu dari kepala - adeh).

Last skali kami diberi bag berisi mcm brochures. Ada yg psl panduan menggosok gigi (aku selama ni dah gosok gigi Aisyah, tp x pakai tooth paste, sbb x tahu mcm mana nak suruh Aisyah spit out. But nurse kata, x pe, guna yg baby punya tu mmg utk ditelan. X harmful. Baby mmg kena telan coz they need the fluoride. Nnt dah pandai spit baru tukar toothpaste utk budak besar sket, baru lah suruh ludah kan keluar. Oh, itu mcm ka?)

Lagi brochure psl Breastfeeding Support Group, sini panggil Plymouth Latch On. Ingat this Friday nak join la. Saja, nak cari member2 BF, kot2 ada yg pumping lg best. Kat Uk rupanya x ramai yg BF, ramai lg kat Msia aku rasa. Less than 9% BF sampai 6 bulan. Sedihkan. Pastu nak tanya gak diorg wat camne nak tido kan anak dsb nya, sbb BFing ni, anak mmg melekat aje tido bersama, nak jg tahu ada x tips utk anak pandai tido sendiri. Berangan la kan, tp mana la tahu, didikan org putih ni, disiplin dia kuat sket pd org Melayu, at least masa kecik2 la. Masa tido budak2 sgt strict, pkl 8 dah tido. Pkl 7 tepat dah dinner. Kita org Melayu suka hati aje. Anak tido pkl 12 pon x pe. Mkn plak mmg omputih ajar kat meja. Mana ada main kejar2 suap mcm kita. Tukar lampin mmg atas changing table, mana ada belasah atas lantai, atas katil, atas meja, atas stroller pon x pe mcm kita. Hehe... Tp masalah jg, kecik2 displin konon, besar melawan makbapak jadi biadap / hantu plak. Mana yg baik tu ambil la, yg buruk tu buang. Bak kata Hannah Montana lg, best of both worlds la kan hehe...

Satu lg brochure yg aku rasa best ialah Play Date. Tiap2 hari Wednesday, pkl 1.30 - 3.30 ptg. Nak kasi chance Aisyah bermain2 dgn rakan sebaya. Plus kat situ ada toys, slides, dan mcm2 soft stuff utk Aisyah try out. Asyik berkurung kat rumah je, kesian dia. Ni la masanya nak try things that are free hahaha... Sebenarnya esok dah janji ngan geng ibu2 Melayu kat Plymouth ni, nak gi Children's Library. Tp kat situ aktiviti dia nyanyi dan story telling je kot. X pe, we'll see how it goes. Children's Library ni cross jalan je ngan Uni aku, so bole la cilok jap dlm sejam. Tema esok ialah Pyjamas Party. Mana aku nak cari Aisyah pyjamas ni, dia tido pakai onesies aje. Pastu kena bawak favourite teddy. Mana pernah ada teddy dia ni. Aku la teddy dia. Ye la, dah BF tu kan, mlm2 tido bersama, bkn main erat dia peluk, x yah teddy2 bear haaa.... X pe, demi development Aisyah, akan ku cari teddy itu. Even tho teddy nya bentuk gajah. Janji event nya free hehehehe....

Eh dah pjg aku merepek. Ni nak tunjuk gambar Aisyah yg tgh seronok dgn board books nya. Dpt 2 bijik free. Kira kempen minat membaca la ni utk anak2. Dpt Book Start Bag for Babies free of charge. Dalam beg tu ada buku2 kertas keras, so x kan konyok atau koyak la. Bagus jg mcm ni. Selama ni duk beli buku yg dibuat dari kain. Tp mahal sgt. Buku cam ni affordable sket kot. Dlm 3 ke 4 pound sebuah. Tgk brochure cam ok je harga. (Menjadi la kempen dia, I dah ter'hook' you!).


Ni plak gmbr 'The Little Red Book'. Bkn Red Book spt zaman Mao Tze Tung nye revolution tu yeh, ni Red Book rekod kesihatan Aisyah. Semua baby kat UK ni ada satu. Tiap2 bulan catit kat sini. Yg examination td pon record ke sini jg. Aku bersyukur Aisyah sihat dan sempurna. Semua kotak pon dicatit 'S' utk 'Satisfactory'. Jg bersyukur kerana di kotak 'Breastfeeding', tercatit Big, Fat, 'YES'. Alhamdulillah.....

5 comments:

Unknown said...

patut a tak g Marjon, bermain bersama anak rupanya..:)

noris said...

bard:
mmg nk gi asalnya, lps appointment aisyah tu. tp hujan la. pastu saiful lak cam x sihat. aku rasa bahana berjalan jauh la. ko pon sama kn?

isabelle said...

kalo x dpt gak cari teddy, mama aisyah kena le gantung tag besar2 kat leher bertulis "i am her teddy".

hehehe. meh..meh naik stage, amik award!

noris said...

isabelle:
tenkiu2. kita dah amik dah hehe. tinggal nak post kat sini je. hehe.. jgn marah eh, sedikit lambat

Anonymous said...

Hello
ambien sleep
Ambien should be taken before going to bed and when about to sleep.
[url=http://www.indianastallionstation.com/]ambien 5[/url]

The most generally observed adverse events associated with the use of Ambien CR were headache (19%), somnolence (15%), and dizziness (12%) during treatment with Ambien CR at daily doses of up to 12.5 mg for 3 weeks.
http://www.indianastallionstation.com/ - ambien 5
Ambien - Wipe away insomnia
Order Ambien (Zolpidem) drugs at reputable online pharmacy and save money. No hidden fees!