Alhamdulillah, badan sudah semakin sihat, so ptg td fokus on buat kerja. Masih x faham2 lg method mamat ni utk train kan weight dia, so mmg sedari mlm smlm otak mmg main nombor2 aje lah, tido pon nampak nombor, vakuum pon nmpk nombor, cuci jamban pon nmpk nombor lah, duk pikir2 tang mana la dia dpt generatekan nombor2 tu automatically and adakah kalo aku buat gitu, or gini, dah standardized semua data2 tu?
Anyways, dlm ketidaksedaran membuat calculation itu, tup2 masuk messages kat FB. Drpd member di New Zealand, wishing me a Happy Birthday. 'Ye tak ye', desis hati ku. Kat sana dah midnight. Sini masih lg 8hb, x sedar pon dah di ambang 30s! Layan mesej2 di FB kjp, x rasa apa2 pon. Sampai lah dpt panggilan drpd insan2 yg membawa aku ke dunia (Umi and Ayah), baru lah betul2 perasan yg, eh, aku dah nak meninggalkan dekad 20-an lah. Sebak kejap. Sbb an important milestone mcm ni about to happen tp x de sapa utk celebrate sesama melainkan keluarga kecilku di Plymouth. Dah la tu, siap x sedar lg dek leka buat kerja. Nak celebrate lebih2 pon x bole, elaun pon x masuk lg, poket kering next week nak jumpa Prof dah, deadline x siap lg. Sedih mmg sedih sbb x dpt nak celebrate dgn family tercinta kat Msia, but I guess benda2 mcm ni lah menjadi pendorong smgt utk lebih bersmgt menyiapkan amanah ni.
Apapon aku bersyukur sgt sbb Allah masih lg melanjutkan usiaku. Semoga hari2 yg mendatangkan ni lebih barakah dikurniakanNya. Aku juga bersyukur pada Allah sbb of the 30 years aku hidup, aku rasa terlalu byk nikmat yg telah diberikanNya, and I can seriously say, no regrets to any of the things yg dah dilalui. Without sounding too much like a snob, aku rasa at age 30 ni jg, aku dah byk berubah dan matang sket pemikiran dan tingkah laku berbanding sepuluh thn dulu, maybe? X pasti la sama ada umur memainkan peranan atau tidak, but most definitely pengalaman hidup yg dikutip itu lah yg telah evolve kan pemikiran aku, mudah2an ke arah yg lebih positif and stays that way.
Here is a pic of me and frens (fasilitator Kolej 14 masa zaman degree dulu). So ceria oneeee masa tu. This pic was taken roughly 10 years ago okeh? Betul2 muda belia la masa ni hehehe..
This one, twenty years ago, darjah empat. Belum akil baligh pon lg. My God, tuanya rasa when you can start your sentences with... " Twenty years ago..."
Lastly, 25 years ago. Ada ghupe Aisyah x? Kat Virginia, USA masa ni.
Thursday, June 9, 2011
New Decade
Tuesday, June 7, 2011
Tik Tok Tik Tok
Tik tok... tik tok...
Masa berjalan. Tarikh nak dating ngan SV dah makin dkt, kerja mcm hampeh lg. Sejak smlm rasa mcm dedor2 nak demam, hinggakan ptg td x gi lab pon. Membuto atas katil. Tp Alhamdulillah, bgn2 ni satni rasa mcm dah ok sket. Mungkin sbb cuaca asyik x menentu kot skang ni. Summer mmg la summer, kalo panas elok tu, mmg panas terik sgt, berpeluh2 sampai. Tp kalo hujan or mendung, nak2 dtg angin kuat2 tu, kusss smgt mcm winter semula. Dah la selalu salah bawak jaket/kot, ingat panas tp sejuk, or ingat sejuk pastu panas terpaksa la kelek baju tebal ke sana ke mari. Atau pon pagi panas pakai selipar jepun dgn T-shirt je dah cukup, sekali balik ptg dah mcm beku kaki berjalan sbb angin nya kuat and x semena2 from summer rasa mcm autumn. Lg best kalo ptgnya hujan, free2 mandi hujan. Malam pon sama, sesetengah mlm tu rasa mcm nak pakai singlet ngan seluar pendek je (mcm je la), tp next night kena pakai thermal socks plak, sejuk nya! Typical British weather, tu psl kot. Tp mungkin jg dosa aku byk, Allah nak ampunkan la tu dgn memberi sedikit peringatan sakit, mudah2an dosaku diampunkan. Redha lah wahai hati, kuatlah wahai body... Byk amanah ni masih nak kena junjung dan deliver...
So today lps bgn tido ptg td (lps telan panadol 2 biji, ibuprofen lg), cuba hadap gak kerja ni. Bole la, tp biasa lah, bila Hubs gi kerja, it's up to me to tend to Aisyah's needs. Alhamdulillah, skang ni dia dah bole pretty much entertain dia punya self, tp masih lg la kena pause2 wat kerja tu, 'Mummy, I want a banana', or 'Mummy I want to wee', or 'Mummy, again! Again!' (suh pasang Backyardigans kat TV). Tgh2 congak results simulation ni, so bila berenti je, nak sambung balik tmpt pause tu terus lost kjp, makan masa betul nak trace balik. Apapon, mujur lah aku ni jenis bising2 kat background x terganggu sgt, so bole je si Aisyah tgk TV kat living room ni sesambil aku wat kerja (rumah kecik la katakan.. situ la tempat study, situ la tmpt mkn, tgk TV, main toys, etc).
Sbnarnya ikutkan hati x mungkin update hari ni, sbb nak make up for lost time buat kerja. Tp tiba2 nak on kan lampu study, mentolnya plak terbakar. Adeh, terbakar jiwaaaa... Terus fed up nak meneruskan calculation. Even worst, sbb kejadian berlaku masa dah pon pkl 7 mlm, kedai semua pon dah tutup (sini tutup around 6 pm latest), nak beli bulb lampu pon x de chance la. Esok la, tu pon kalo aku berjaya cari bulb yg sesuai. Aku nya ni bulb halogen, senang ke nak tukar ek? X pernah cuba plak. Nmpknya x dpt la aku study awal2 pg esok spt niat di hati. Cobaannnnnn....!
Kena sentiasa bersangka baik dgn Allah. Nak bg aku rehat sepenuhnya la mungkin, dah x sihat kan. Kalo berjaga awal kang x cukup jam tido plak. Tu pon penyebab utama jgk kot sakit, sbb hari tu ada la pulun sket, tiap2 hari jam 5 pg bgn tu x tido2 dah, sedangkan masuk tido after Isya', which was after 11.45 mlm. Nah, siapa kata summer best aje? Mencabar wooo, bab solat, terutama Isya dan Subuh.
Dah la, aku nak masak. Laki aku pon dah nak balik dari kerja. Ni satu lg cabaran buat kerja dari rumah. Hati sentiasa dibayangi house chore. Aduhai...
Sunday, June 5, 2011
Cuti and Kuti
Hari ni paksa diri gi lab even on a Sunday. Bkn la rajin mana pon, tp mengenangkan 'rendez-vous' dgn Prof x lama lg, and next week byk plak non-academic related agenda yg bakal menjelma, terpaksa la hiked my ass to school. Tu pon lps dah masak2, kemas2 lebih kurg, siap2kan Aisyah apa semua, then bila grocery setambun lg, baru la bole start my school work. Nak wat camno, smlm kerja dah half-day, balik terus mandi, solat and tido x buat apa2, mlm plak bantai tgk Britain's Got Talent final, so everything pon mesti dibuat ini hari. esok dah Monday semula, God!
Hari ni share sket2 la aktiviti last week. Memandangkan skang ni tgh summer half-term, maka ada ala2 funfair kecik kat town. Ada la booth2 yg begini, utk suka2 leh la masuk. Dah Aisyah nampak curious sgt, kitaorg bwk la dia main pancing2 Nemo. Xde la susah sgt pon main dia.

As expected, mmg x menang pon, tp ada la hadiah saguhati tu kan. Drpd bebyk hadiah leh pilih nak apa. Mula2 Aisyah nak inflatable Dora, tp x qualify sbb x menang, last2 pujuk ngan inflatable duck, nasib baik dia mkn umpan heheheh.
Sayang ooo, dia dgn duck ni. Tgk, dia selimutkan lg duck dia. X bg diusik langsung, dah la dibaringkan atas sofa, habis semua org lain x leh duduk.
On Friday night plak, aku gi tgk theatre. Tajuk cerita, 'Fela!'. This is actually based on the real life story of Fela Kuti, pejuang kebebasan dan keamanan Nigeria pada thn 60-an. Beliau menggunakan muzik (lirik2 nya) utk mengembangkan idea2 beliau. Seterusnya yg biasa dgr lagu2 ni kan muda mudi, makanya bila dah terbakar dgr lagu2 smgt beliau, mmg ramai la yg sedar dan nak menggulingkan kerajaan pada masa itu. Beliau ni siap menjadi musician terkenal di America, selepas tamat belajar muzik di Trinity College London. Beliau lah yg mula2 mempopularkan 'Afrobeat'. Cerita dia mmg heavy la jgk theme dia. Ckp pon sengaja pakai pelat Nigeria (English but with an accent). Nasib baik show ni adalah muzikal, so ckp 5-10 minit, nyanyi dan joget 20-25 minit. Gitu la ulang2 for 3 hours, tp ada interval 20 minit in between. Joget2 dia mmg kalah Shakira la, mmg gelek baik punya. All in all, mmg puas hati tgk. Bkn la sgt sbb gelek tu, tp vokal mmg power, tarian mmg tight, but most importantly, berkesan di jiwa sbb keadaan tu sama je di mana2 negara di dunia yg ada corrupted government - x payah undur history jauh2, bukak aje news, berita Libya, Tunisia, Egypt, etc.
Mula2 babak cerita dia adalah dijajah British and mintak freedon tu mmg la terkena di jiwa kan, being a Malaysian yg pernah jg colonized by British and all. Keduanya, part dia nak promote hentikan corruption, depression, oppression daripada pengurusan negara yg teruk, yg mana harga brg naik, jenayah pon turut naik sbb kesempitan hidup, kebebasan dan hak bersuara pon dikekang, and in his case, kena trial in court pon mmg berat sebelah dan sengaja dilokapkan tanpa sbb. Isteri2 beliau semua dianiaya sexually semasa penangakapan beliau. Even ibu beliau pon dicampak drpd tingkat dua hidup2 oleh puak2 askar Nigeria masa itu kerana movement beliau tu la. Takut betul sbb aku bole relate dgn keadaan skang di Malaysia tercinta ku... Ya Allah Ya Tuhanku, selamat kan lah kami dan negara kami daripada bala bencana dan malapetaka sebegini, Amin...
Anyway, mana yg baik kita ambil pengajaran yg buruk buat teladan. Ni gmbr aku pada mlm tu dgn temanku Gina, yg malu2 kucing nak bergambar walhal dia tu lawa, tinggi dan kurus lg, haih!



Ok la harus siap2. Esok dah Monday, the extremely busy routine starts again, as usual :)
Friday, June 3, 2011
Happy 6th Anniversary
Hari ni adalah hari ulangtahun perkahwinan aku dan Hubs yg ke-6, Alhamdulillah...
Pagi2 lg dah dpt kad cinta dlm inbox email. Meh kita tgk apa intipati email tersebut...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*THUD* - bunyi pengsan, jatuh dari kerusi
Adoi, potong stim betul la Prof ni. Terus x jd angan2 nak celebrate anniversary or mengular ke mana2. Nak karang entry jiwang jiwi pon x leh, jiwa dah kacau. Back to work kesudahnya.
Apapon, buat suami tercinta, Happy 6th Anniversary. May there be more splendid years for us to celebrate together, Amin. Didedikasikan lagu 'I'm Only Me When I'm With You' buat kakanda, maklum lah, kita sama2 taste in music and artis wanita fav kita ni kan ;)
Wednesday, June 1, 2011
Sekatian
2 minggu lps group gamelan kitaorg ada buat gig sempena Arts Degree Show di UoP. Lamaaaaa sgt ku dah x perform gamelan dpn org, omg so teruja okei? I almost forgot the rush and adrenaline of being on stage and nothing can quite compare the 'high' slps tamat performance. Out of body experience!
Tp mmg agak bekerja keras la team kitaorg (Candra Gita Suara - Sound of the Moonlight) prektis prior to this. Apatah lg cikgu kitaorg mmg x benarkan pakai notasi, just kena dgr and ingat, x de tulis2 note atau tanda2 kat alat eh. Punya la payah. Mula2 start mmg tunggang langgang, but towards the end we started to pick up and dpt la perform 4 lagu overall - Sekatian, Manuk Rawa (Swamp Bird), Gambangan dan Gopola (Cowboy). Ada beberapa lagu lg sbnarnya, tp x dpt nak master on time, so maybe next year la kot eheh.
Added to excitement is the costume lah of coz. Bajunya kebaya aje, tp tetap lah teruja sbb lama sgt x pakai kebaya hehehe. Bg omputih lain lg la kan, first time pakai. Lucu sgt tgk diorg terkial2 pakai kain sarung dan yg lelakinya lilit semutar di kepala :)
I seriously recommend you watching the vid, just to get the feel of how different Gamelan Bali is compared to Gamelan Terengganu kita. Lagu Sekatian ni adalah fav aku antara the four, and honestly, kalo aku main/dgr, mmg sampai bergenang2 air mata, aku rasa sgt touching lah. Kalo aku bole pilih lagu apa nak main masa berarak konvo aku la esok2, aku pilih lagu ni for sure.
Ok lah, enjoy the vid yg lama mcm apa nak bole hapload ni.
What do you think? encore? Mau tisu ka?