Sunday, July 1, 2012

It's Hard To Say Goodbye

Sedar x sedar dah masuk July, Allahu Akbar, cpt nya masa berlalu.


Dan 3 minggu bersama Umi dan Ayah tercinta pon telah tamat tempohnya, maka berangkat pulanglah merekapada hari Khamis yg lps. Rumah kembali sunyi dan hidup kembali kpd rutin yg biasa. Alhamdulillah mereka telah slmt tiba di Msia awal hari Jumaat lps.


Org yg paling terasa kehilangan adalah Aisyah, kerana dlm tempoh 24 jam tersebut, dia bukan sahaja terpaksa mengucapkan selamat tinggal buat tok dan nek mi nya, tetapi jg pada rakan karib nya Irshad dan Safia (anak jiran) yg slmt pulang slps menamatkan pengajian selama 3.5 thn di UK.


Mana dia x sedih, Irshad dan dia bkn sahaja jiran, malah berada di dlm kelas yg sama. Admittedly, bkn sahaja dia, malah aku pon sometimes half expecting to see their family next door, or masa pickup Aisyah, ternampak2 byg jiran ku tu pergi amik anaknya sama di sekolah, hmm...


Lebih buat suasana tu sedih, adalah sbb Aisyah skang adalah sgt expressive emotionally. Masa Irshad and Safia berlalu dlm teksi utk ke train station, Aisyah berlari drpd diri aku, dan ironically, stopped dkt parking space ayah Irshad dulu, pastu duk tercegat kat situ mcm tiang lampu, tp kepala dia hang ke bwh, sambil nangis tekup muka. Bila tanya, 'Are you sad?', dia jwb, 'I miss them'.


Situasi yg sama bila tiba masa Nek Mi dan Tok dia plak utk berangkat pulang pg esoknya. Nangis lg and ckp, 'I miss everyone'. Siap terbit rindu bila terpandang objek2 kepunyaan Nek Mi spt botol Vaseline dsb nya. Alahai anakku...


The next day kat sekolah dia diam je. Cikgu pon ckp dia x mau main dgn sapa2. Lama betul kesedihan dia tu. Alhamdulillah, pd belah ptg nya, Aisyah ceria kembali, tu pon setelah Hubs menelefon ayah Irshad for the very last time before they leave the country (diorg masih di Heathrow, tp dah nak boarding plane), so dpt lah Aisyah berborak2 dgn kwn2 nya on the phone. Kata Hubs, mcm2 yg diorg borakkan siap gelak2 lg, i.e 'what are you doing there?' (mesti Aisyah ingat diorg dah kat Msia hihi) and yg paling menyayat hati, 'when you come back here, blah blah blah ...' (dah pelan mcm2). Aiyoo.. diorg x faham yg bila dah balik Msia tu, balik for good dah huhu... Part tu mcm sebak jgk la dgr.


So hari ni I share some pics of Aisyah with her grandparents, followed by pics of Aisyah and her friends, during the week that they were last here (also including their farewell party).





  












 

Insya Allah kita jumpa kembali di Msia. Seram dan seriau plak fikir turn kitaorg utk balik Msia pon dah x lama dup dap dup dap... Moga2dpt pulang dgn jaya nya spt mereka, insya Allah...


6 comments:

sumpit said...

ramainya org malaysia!!!

oh, btw, sejuk ke kat sana? mak ko siap berjacket2 lg. sini panas tak ingat for last couple of weeks sampai mak aku tak sanggup dah kuar umah hari ni...

Oyis said...

eti:
ramai ke? tinggal brp kerat je lg ni huhu..

masa mak aku dtg tu sejuk la jgk. around 12-15C mcm tu. pastu asyik hujan. sian dia, x brp nak enjoy

yatie chomeyl said...

takpo ye aisyah , sabar sket jah lagi..mama nk habis doh tu Insya Allah

Nida said...

Kesian Aisyah mesti sunyi.... takpelah nanti boleh jumpa di Malaysia... Bila Oyis pulang ke tanah air..

Kami dah booked tiket, 8.15pm 26 JUlai waktu Malaysia kami bertolak dari Auckland.. sedih juga nk tinggalkan NZ ni..:(

Mama Zharfan said...

dh lebih setahun kami tinggalkan bumi Notts, zharfan kdg2 sebut psl UK..meaning that he misses our life there..:( i kdg2 termimpi gak psl past life kat Notts..

Oyis said...

yatie:
insya Allah, mari2lah kita bersama2 berlumba ke arah garisan penamat itu!!!

kak nida:
oo dah book tiket ye kak. saya doakan semuanya slmt and lancar kak nida. sayu nya la dgr dah nak balik msia... i will be following u guys shortly

MZ:
kesian zharfan. i bet dia mesti rindukan notts sgt2 kan, sbb life asa a child kat msia dan UK mcm langit dgn bumi