Tuesday, May 8, 2012

M.A.L.A.S

Had a meeting with co-SV td. Alhamdulillah, all went well. Lebih melegakan, beliau kelihatan satisfied dgn synthesized sounds yg di generatekan, and happy dgn progress so far. Yg ditakut2kan itu tidak terjadi (tambahan kerja), malahan beliau very supportive dan byk main soal2 ala2 pop quiz, i.e. 'kalo mcm ni, jd apa?', 'kenapa mesti mcm ni?', 'kenapa pilih dataset ni?' etc.. etc... Lebih kurg training utk viva la, walau pon writing pon baru belum tahu bila kesudahan nya lg. Idea2 beliau yg paling aku suka ialah dia suruh jg visualize and conceptualize kan on paper design interface yg ada dlm kepala otak aku, eventhough aku x plan buat full system pon. Kata beliau, buat pakai Corel or Photoshop pon bole, asal examiner nmpk rupa yg kita duk fikir2 dlm kepala. Buat masa ni, sistem aku semua back end je, run pakai skrin hitam tu je (terminal). Menarik jg. Time jem2 menulis kang, mari kita get creative dan mereka cipta hehehe...


Cuma satu kurg best ialah, beliau kata mengikut congakan beliau, adalah sgt suntuk masa utk siap viva dlm tempoh masa sblm aku kena balik Msia itu. Tapi x pe lah, still kena think positive, and yakin boleh. Skettt je lagi.... skett je lagi.


Main SV td x dpt hadir, but aku bg emel update utk meeting dgn co-SV td. Main SV berterima kasih sbb aku melaporkan hasil perjumpaan td, tp pada masa yg sama, ayat terakhir beliau dlm emel sudah agak tidak sabar menuntut result listening test baru2 ni. Haih... masa oh masa!


Bab ni mmg x leh nak kata. Aku rasa mcm low productivity sket minggu ni. Last week ye lah, Aisyah sakit etc etc.. tp lps bank holiday hari tu rasa mcm malas. Tp mungkin jg sbb aku nak sesuaikan diri dgn jadual nursery Aisyah yg baru started last week. Cutting the hours ni agak perit sket, sbb skang by 1 pm dah kena balik. Susahnya nak cari masa ganti. Lately cuaca mmg mendungggggg manjang, and kalo hujan je aku jd reluctant nak ke opis semula ptg2. Tp paham2 je lah kalo wat kerja drpd rumah tu, mcm kurg umphh plak hasil dia sbb distration yg pelbagai. .


Satu lg, skang techincally dah mcm musim panas walaupon cuaca x menentu mcm nak winter pon ada. Maksud aku, siang harinya dah panjang. Aku kdg konfius dah nak tido lewat utk buat kerja, or bgn awal utk Subuh then x tido2 buat kerja. Itu yg nak tulis blog pon mcm jd priority ke berapa belas dah. Yg aku tahu, 11.15 mlm baru masuk Isya', then 2.45 pg dah masuk Subuh. Subuh plak habis 5.45 pg. Ada dua option, (1) kalo x nak tido lps Subuh, better tggu Isya' then tggu hujung Subuh, so bole tido pjg sket. Tapi mcm x afdhal je, dah la Subuh hujung2 (hujung tp still pkl 5 lebih aaaaa), plak x de chance kalo nak bgn solat mlm ke apa kan. Option (2) tido awal lps Maghrib, then bgn 2 lebih solat Isya', tggu pkl 3 pg solat Subuh. Ni better tp mmg lps Subuh krohhh krohhhh lg. Hajat nak bgn pkl 6 pg utk study mmg ke langit yg tujuh la. Sedar2 dah waktu utk Aisyah ke sekolah dah, kelam kabut. Tendency utk oversleep tinggi kalo buat teknik no 2 hehehe...


Pada yg bg nasihat suh tido tghari (Qailullah), or petang2, hmm... aku rasa mmg mimpi sgt la dpt tido. Bila budak Aisyah tu dah balik drpd sekolah, pantang nmpk aku landing mula la mintak mcm2 - nak air, nak kencing, nak susu, nak mkn, nak main game. Setiap 5 minit dia dtg kacau. Sometimes buat aksi panjat atas aku, ada tu cungkil bijik mata. Astaga... urut dada aku suh sabar. Sudahnya pening kepala sbb tido bgn tido bgn... Baiklah aku bgn je gi dapur and masak huhu...


Eh melalut ckp mcm2. Punca ke-3 malas nak ke lab minggu ni sbb tergoda tgk Britain's Got Talent yg disiarkan jam 7.30 ptg tiap2 mlm sampai hari Sabtu ni, tettttttt.... sekian terima kasih. (ni punca sebenar dia barangkali hehehe)



6 comments:

Nida said...

Bila baca entri Oyis ni teringat kisah hubby akak... samalah macam Oyis, SV dia kata agak mustahil utk siap dalam masa sebelum balik Malaysia ni....

Moga Allah permudahkan urusan kalian dalam belajar... Insya Allah.

yatie chomeyl said...

sikit jah lagi oyis..mari samo2 kito kuatkan hati..sikit jah lagi...sikit jah lagi *kataku pada diri sendiri jugop*

Unknown said...

anak tgah membesar ni mmg kena byk sabar kan sbb nak marah pun lum faham bahasa lagi...huhuu

mmg konfius klu cuaca berubah kan...
sbb kita mlsia consistent sama waktu siang mlm tpi di sana siang dah lama jadi pelik sungguh...hehe

noris said...

k nida: amin ya rabbal alamin kak nida!

yatie: ganbatte! (betul ke nihonggo ore nih yatie weih? hehe)

mamanoriz: tu lah., dah masuk summer ke-4 pon x bole2 adjust lg. rasanya omputih x de masalah sgt sbb x perlu solat, kita mmg solat ikut putaran siang mlm ni mmg kena aware

masz14 said...

kelaka nye tang cungkil biji mata tu.. umar pun mcm tu lah.. pantang nampak ibu nye tido siang.. mmg panjat katil cungkil biji mata... mmg anak2 macam tu ek.. ingat umar je. sll dia kene marah.. huhuhu...

Oyis said...

masz14: haha, aisyah ada geng cungkil biji mata rupa nya... geram mmg geram, tp kesian jgk dia boring. umar best la, sat gi nak dpt adik, biar diorg main berdua hehehhee