Wednesday, April 25, 2012

Poster Presentation


Hari Jumaat yg lps, Cog*nition Institute (CI) di Uni kitaorg ada buat Research Open Day. CI ni adalah suatu institut yg besar, dan bbrp research group lain dijemput sama menyertai gabungan penyelidikan dgn diorg. Salah satu research group yg terlibat adalah lab aku, of coz, music dgn cognition mana bole dipisahkan, so altho x de sesapa pon dlm lab aku yg psychology-based, research kiatorg in sound & music computing adalah still dihargai dan dilihat sbg berpotensi utk buat collaboration (mmg cross-discipline betul diorg ni). Selain group kami, yg sama2 menyertai CI ni adalah Lab Robotik, Lab  Acoustic Scene Analysis, Lab Neuroscience, lab Transtechnology, etc.. 


Anyway, salah satu benda yg SV aku suruh buat ialah membentangkan poster masing2 pada hari berkenaan. SV ckp, present je mana2 poster yg pernah kami present dulu2, sbb x nak bg kerja tambahan lg dah. Tapi bila dpt emel 2 hari sblm event, organizer dia minta poster yg general, sbb broad kan participants dia. 


Aku belek2 poster sendiri, hmmm... mcm terlalu formula-intensive la plak. Dgn marix nya, vector nya, kang takut habis semua org nk dkt (ye la, aku pon kalo tgk poster org penuh cacing2 equation, x masuk dkt dah... surrender). Tambah menguatkan hujah aku betapa perlu nya derhaka sket drpd perintah SV, adalah sbb aku nak recruit participants utk listening test nih. Kalo poster aku tu menghindarkan org drpd mendekati sbb mcm 'heavy', rugi ooo... So dgn itu, aku pon nekad la utk re-vamp poster aku, biar lebih friendly sket. Maka berhempas pulas la aku aku dlm tempoh 24 jam tu nak design a more basic poster, tahap tido pon 4 jam je kot mlm tu huhu...


Kena plak hari present tu Jumaat, of all days, Jumaat la hari Aisyah x gi nursery (aku schedule kan begitu, x larat nak byr semua days). So pagi tu sambung re-design, then pkl 12 tghari siap semua. Cpt2 mandikan Aisyah (sian eh, mcm terabai sket dia hari tu), pakaikan dia kemas2 (pakai blazer you), then janji ngan dia nak beli McDonald's for lunch, mmg jgn harap nak masak la kan dah genting mcm tu.


Tp lunch ke mana, McD ke mana, sangkut kat kedai printer la plak masa nak print kan poster tu ke saiz A1 huhu... Dlm sempat x sempat tu, sempat jgk la print posternya, dgn business card skali aku suh org tu print hehe (kan nak tackle org suh wat test, kena la nmpk professional and bg contact details, ye dok?).


Habis printing berkejar nak naikkan poster. Alhamdulillah sempat, phew... actually antara org2 terawal jgk la, which was a miracle, I thought. Sbb bwk anak mengekor, masa launching speech pkl 2 pm tu x dpt la aku masuk dlm dewan (takut bising), so aku bawak Aisyah cari makan.


Masalah nya, kat UK ni, by 2 pm semua kafe dah habis makanan nya, bkn nya mcm kat Msia sambung a la cart plak. 3 kafe aku turun naik (agak jauh), dan dlm hujan plak tu. Nak ke town, poster session starts at 2.30 pm, so aku dah kena ada kat post aku balik. Last2 kafe ke-4 tu jumpa la yg masih jual mknan, tu pon baguette keras lg sejuk. Aisyah ngan aku mkn share sbb yg tu je last suitable for vegetarian, yg lain chicken lah, ham la haih... 


Ngam2 habis mkn, poster session pon start. Masa ni aku bersyukur sgt sbb Aisyah behaved hihi. Dan jg I patted myself on the head sbb bawak bekal mknan mcm2 utk Aisyah, so although x properly lunch, dia x pernah kekuarngan mknan, from crisps to bananas, to yoghurt, to donuts, mcm2 ada... So she amused herself kat tepi dgn memakan bekal nya itu... Sbb aku occupied nak bg penerangan lg, nak diskas mcm2 lg, nak pujuk diorg bg persetujuan buat test aku lg (eheh). Bkn nya sorg dua kan nak layan, session pon from 2.30 - 5.30 pm. Nasib baik lah ada bekal, sbb makanan yg disediakan plak aku x pasti la kehalalan nya. Diaorg served sushi. Since x pasti hok mana ada sake ke x de sake ke, x berani mkn. Yg wine tu standard la, tp ada orange juice, so bole la minum. 


Glad to report the presentation went well. Calon yg berjaya dipancing utk listening test jg dpt la, although it would've been nicer to have more. I really needed something like this, sbb nak menggalakkan diri bercakap tentang my work. I have also been passive and shy about my research, an indication that I lack confidence. Slowly tgh kikis sifat tu, harap2 nya by the time viva berjaya tampil konfiden. Ok ni gmbr surrounding the event.













Agak2 dah quite sket, aku ajak Aisyah pusing2. Dia paling syok dkt booth robotics la. Uni kami robotics diorg very strong, satu projek ni buat robot yg bole menari tai-chi. Satu lg adalah yg feveret Aisyah, iaitu yg bole main bola (sepak bola) masuk goal. Bkn setakat kejar bola masuk goal, robot tu bole kejar Aisyah lg, apa lg, terjerit2 (kesukaan) la Aisyah. Sbb robot2 ni semua designed for children, wah.. glamer la Aisyah kjp kan. Siap dpt jigsaw puzzle lg. Dia sayang kot, sampai hari ni x bukak2 main.. Yang kelakar nya, robot tu dipakaikan kasut (kasut org, saiz budak la kot). Aisyah siap leh ckp kat aku, 'It's like Jude's (shoes)' - kasut budak laki kat nursery dia keh keh... Perasan plak dia, observant betul budak2 ni...







Around 4.30 pm kitaorg pon cabut. Kena la balik awal nnt cik Abe ai terpinga2 tgk rumah mcm ni (tinggal dgn bersepahnya)



Tp hati sayu aaa... tgk Aisyah tertido dlm push chair. Penat betul dia. Mmg hari tu rasa mcm x fokus kat dia. Dgn mandi lambatnya, x masak lunch nya, janji beli McD x beli nya, dragged dia pegi kedai printer, then rushing gi psg poster, then dragged ke hulu ke hilir turun naik tangga bgnan dlm hujan plak cari lunch, pastu bila ada lunch, kena mkn lunch sejuk, pastu melangut kat tempat Mummy dia sementara tggu poster session habis nya... hii... sedih dikenang2 kan kembali. Tp adat la ek. Tu belom kena mak pak penoreh getah ye x, pkl 4 pg dah bgn, berhimpit2 naik motor, then ditinggalkan kat wakaf dlm kebun tu dlm gelap sementara mak pak habis menoreh, nyamuk menggigit x henti2, sejuk lg, potensi nak terserempak dgn cik rimau lg... hiii... tiba2 hati sayu berlebih plak... T_T




PS: Katil ni pon x dikemas pagi tu. Balik2 outing Aisyah terus sambung tido je huhuh... dasat betul kalo Mummy dia dah fokus kat kerja semata2...



6 comments:

kak ty said...

cute cik aisyah kita ye..

yatie chomeyl said...

ore pun sokmo klu sibuk raso bsaloh ko anok...tapi harap2nyo when all this is over, anok akan faham kito buat ni utk dio jugop huuhuhuh

MRM said...

Well done Oyis on the presentation and two thumbs up to Aisyah! Ni kena reward dia more than McD nih for being such an angel, hihi.

Liyana said...

Congratulations on your poster presentation. Such a great exposure for Aisyah!

sumpit said...

Aisyah pon nmpk profesional, cm dia pulak yg present poster...

masz14 said...

saya rasa dia macam enjoy je kak noris.. xbeli mcD pun lain kali boleh pegi. bukannya hari2 dapat ikut mummy pegi kerja kan.. mcm saya masa kecik mak bawak saya n kshira pegi attend program dia sana sini. wpon time tu hagak boring sume aktiviti orang tua.. tapi sampai besar ingat..