Totally random points for today:
1. Sudah berjaya swipe UKBA Tier 4 utk pertama kali di International Student Advisory Office. Pecah dara gitu, auwww...
2. Alhamdulillah, masalah yuran pengajian yg tertunggak telah cuba diselesaikan oleh pihak penaja. Suka aku nak mention, pegawai tersebut membalas emel dgn kadar yg cpt, meski pon dgn hanya membalas 'Noted'. At least x la tertanya2 apakah beliau dah terima? dah baca? or dia ni out-of-office... Kebanyakan pejabat2 di Msia yg aku berhubung asyik la peram emel, diam tanda nya apa tu? setuju? dah proses? KIV? mampus ko lah? Sudahnya kita kena follow up or call, nnt mcm terhegeh2 sungguh. Anyway, syabas utk pihak penaja kerana mengamalkan budaya yg positif ini. Begitu jg dgn pegawai2 bawahan dia sblm ni, semasa urusan2 membuat tuntutan elaun utk pembentangan konferens dan sbgnya. Alhamdulillah, cekap.
3. Frust dgn kebayakan so-called 'online' business di Msia. Semua mintak transfer duit masuk akaun dia. So kalo org luar Msia x leh order la, is it? Aku teringin nak belikan someone a gift, tp SEMUAAAA yg aku tgk, sket2 mintak transfer duit masuk akaun. Dah la meniaga pki facebook page aje, bkn proper web page, rasa mcm kurg profesiional and kurg authenticity di situ. Mmg kurg konfiden aku jd nya. Ye la, kalo buto2 je aku masukkan duit dlm akaun dia and dia sebetulnya kencing, kang, mana menang kes court aku ni nnt kan? Tu kalo aku bole transfer duit masuk akaun dia la. Aku x bole, sbb no HP Msia dah lama out, so banks x leh hantar TAC. Bkn x pernah minta bank2 tu updatekan, tp leceh ya rabbi. Nak kena buat surat formal la, copy of passport la, salinan bill HP 3 bulan di UK la, blah blah, aduhai... hazab betul. Kan senang kalo leh update no thro phone aje. Soal la mcm2 soalan verification ke. Anyway, kalo peniaga atas talian ni ada bg option PayPal ke, kan ke bagus? Mmg la as seller, peniaga akan kena SEDIKIT fee, tp absorb je la, sikitttt je pon, in return of a bigger market kan. Ntah la, angin sorg2 je aku ni agaknya.
4. Oleh sbb x leh beli online, maka I went scouting for the gift at the stores in Plymouth je la kan. Sbb td mcm x cukup masa, ingat ptg nya nak gi la. Dgn macho nya aku gi town pkl 6.45 ptg, thinking that it was Thursday (Late Night Shopping Day sampai pkl 8 mlm), ghupe nya hari ni hari Rabu, so kedai semua dah tutup. Kah kah kah. Kan aku dah bilang kemarin, aku lost track dah hari ni hari apa...
5. Bbrp individual seem to piss me off to no end hari ni. Mungkin aku yg emotionally-weng, mungkin diorg mmg betul2 a bunch of twats. Apapon, lps dah mencarut2 dan memakipuki-maki mereka di dalam hati, dan jg secara lisan semasa mengadu pada Hubs, aku rasa aku dah bole be the bigger person and forget the whole thing. Ye, mereka yg mungkin x sedar pon aku bengang giler dgn mereka. Sungguh loser aku nih, tp tetaplah winner sbb I am a forgiver, chewah.
6. Nah, totally random pic from my pic folder:
4 comments:
hahha suko koo ore tgk gmbr last tu,x kenal pun tu oyis muahahaha
hihi..gmbr xbuleh belah
yes...penaja memang cepat kan dia proses. ni ai tengah tensi ni, tunggu reply from them, minta taja pi konferens. haiyaa
hehe, betul...
gambo kurus jauh baik dr gmbo yg bergaya time gebu...ekekeke
btw, penaja oyis sapa ek?
Post a Comment