Thursday, January 5, 2012

Berakit Di Hilir

Note: Entry ni aku tulis last year, a few days before Xmas. Atas dasar keselamatan dan nak berjaga2, aku x publish entry ni sampai hari ni, where the office activity has resumed back to normal since Tuesday, Alhamdulillah.


Hari ni officially hari last la sblm cuti. Yg sebenor nya, dah LENGANG uni and kawasan perumahan kitaorg. Tp mmg terasa la beza raya Xmas ngan waktu x raya ni.


Tapi bg org yg x sambut Xmas mcm aku, nak plak keja bertambun2, maka spt biasa aje la kekdah nya, keja sampai mlm gitu (well, sbb pegi pon lambat). Tapi Alhamdulillah, hari ni Hubs dpt off half day (Boss dia suh balik awal), so dpt la aku dtg lab awal sket, yakni lps dia solat Jumaat td.


Sbg kenang2an di masa dpn, aku nak tepek gmbr2 yg aku rakam spjg 'bekerja shift malam' ni.



[1] Korridor gelap bila org dah xde. Nak terkecing pon ku tahan Jebattttt (ni bukan main2, ni betol2. Nmpk je labmate kemas2 brg dia nak balik, cpt2 gi toilet. Last trip dah tu. Lps tu mmg x kan minum2 air lg. Kalo nak terkuchil jgk, tggu la sampai rumah baru gi qadha hajat :P)



[2] Kena lalu tepi bar yg berderet2 sblm sampai rumah. Mmg selalu berdoa agar tidak disakat org mabuk. Pernah sesekali ada, tp setakat verbally, pura2 x dgr aje lah. Org mabuk ni bukan bole kita layan. Alhamdulillah, so far selamat.


[3] Start from today, central heating dlm bgnan dah off, sampai lah 2 Januari. So skang ni kalo dtg opis, kena bukak portable heater (uni bg pinjam), tp nmpk nya mmg kecil lah utk ruang lab yg besar ni. So sesapa yg keja gomen and dpt pekeliling air cond kena maintain constant 24C, masih ok lg tu. Sini pon nak jimat elektrik siap tutup central heating satu Uni huhu... Tp x apa lah, ada heater portable. Masih boleh bersyukur :)



Bkn apa, besok kalo dah senang, ingat balik kesusahan semasa bergelar pelajar. Jg utk tatapan dan dorongan buat adik2 ku jua, bahawasanya bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah. Nak mengejar apa yg kita mahu, kena berusaha bersungguh2 dan bukan mengambil tindakan spt melepaskan batuk di tangga. Kerja keras, x kira lah sama ada masih belajar atau sudah bekerja, adalah lumrah kita manusia, so jgn lah kamu wahai adik2 ku mengeluh.Nmpk org senang (dlm gmbr, dlm blog), kita belom tentu tahu apa kesusahan atau cabaran org tu. Yakin lah setiap kesungguhan dan pengorbanan kita (kalo ke arah kebaikan, Allah balas berganda2). Dia sayang hamba Nya.


Ayat aku ni sedikit cas Ustazah, tp ni sbnarnya peringatan utk aku jg. Hubs kalo baca ni mesti ketawa berdekah2 sbb aku la paling senang lupa bab Qadha Qadar kalo bercakap dgn dia hehe. Tapi x pe la, time ingat, kita catit. Time lupa, hah tu mmg tugas dia lah sbg suami utk memperingati isteri dia kan? kan? kan? hehehehe....




4 comments:

yatie chomeyl said...

tu la, org napok yg best2 jah kat blog, xtahu gundah gulano dale hati. mace ambo pulop tok suko cito hal2 susoh payoh sgt sbb xsey bui family yg baco jadi risau. so cito hok molek2 jah sokmo kat blog..nk bui demo sene hati. ku pendam sendiri segala duka ku..kekdahnya gitu ceewaahhh hehehe

Nida said...

Insaf Kak Nida baca blog Oyis kali ni... memang betul, kadang2 dalam blog orang hanya paparkan yang gembira2 je.. tapi dalam hatinya siapa yang tahu.. betul tak?..hehe

pearl said...

hehe Oyis, bagusnya berani sungguh stay sampai malam. ritu masa start keje this week, memang stay in the office sampai 10 malam. lepas tuh terus terasa jantung dup dap dup dap laju!... ape lagi cepat2 angkut apa yang ada , kayuh basikAl laju-laju. penakut kaaaan !... balik2 lepas tuh, terus hubby set up workstation kat rumah supaya isterinya takyah stay up malam2 kat office. huhuh isteri penakut!

Lia Sakinah said...

Hi noris! lama dah x visit blog awak nih... rindu gitu... bersiap sedialah lepas ni utk blogmu di spam oleh komen2 ku yek...hehehe
And oh, mmg insaf adik membaca entry kakak ini (meletakkan diri sbg adik2 yg disebut di atas..hehe)
Bibir mengukir senyum, wajah memancar ceria...tapi resah gelisah di dalam hati, hanya Tuhan yang tahu... bertabahlah wahai pejuang ilmu di rantau orang, mudah2an apa yg kita lakukan ini dikira sbg jihad kecil... amin...