Ntah kenapa lately ni mcm kering idea nak menulis blog. Mungkin sbb desakan kerja kot. Bila kerja kita tahu ada byk, rasa guilty plak nak mengadap blog kan. Ye la, masa yg ada tu kan ke elok buat kerja kasi siap? Tp pikir2 balik, demi family yg tentunya merindui Aisyah sokmo, x pe la, update skjp, bkn lama mana pon.
Isu terkini yg menggugat jiwa ialah 2 families drpd Plymouth dah nak balik ke Msia for good kerana dah nak habis PhD journey mereka. Aduhai... sayu nya hati. Bermakna makin sket lg komuniti Melayu Plymouth ni, especially yg family la. Dah la mmg x ramai pon to begin with. Yg nak balik ni plak, bkn calang2 org, 2 keluarga yg byk membantu aku sekeluarga, dari mula dtg sampai la skang.
Zali adalah org pertama aku kontek dari Msia masa nak riki2 nak dtg Plymouth. Ni pon kenal setelah berborak2 ngan member masa sekolah rendah ketika terjumpa di Friendster dulu, yg sama mengenali Zali. Mmg Plymouth ni x ramai Melayu, so syukur sgt ada jg last2 ada kontek. Belum dtg lg dah nyusahkan, mintak tolong tgk kan bakal rumah la, tolong beli peti ais utk letak frozen EBM dari Msia la, etc. Pastu pertolongan paling besar kan, kitaorg menumpang rumah diaorg SEBULAN sementara menunggu dpt masuk rumah kitaorg skang. Punya besar hati budi diorg ni.
Keluarga kedua plak si Wak. Ni pon member di opis aku yg kenal Wak terus kasi YM Wak, so slalu la jgk borak2 before dtg tu. Kalo Zali org pertama aku kontek, Wak org pertama aku jumpa di Plymouth. Dalam hujan renyai2 bersuhu 5C ketar beku tu, dia dtg jemput dkt stesen bas Bretonside, bawak gi rumah Zali. Sudahnya rumah Wak tu la yg kitaorg duduk dari mula sampai skang x pindah2 (Wak mmg nak pindah rumah ground floor yg lain masa kitaorg baru sampai tu). Wife dia plak slalu jaga Aisyah masa Hubs kena gi kelas or time2 perlukan ad-hoc babysitter sblm kitaorg enrol kan Aisyah masuk nursery dulu. Mmg Aisyah sayang sgt2 dgn Aunty Mal dia.
Cerita mcm ni bkn lah nak ckp org lain x tolong or x berbuat baik dgn kitaorg, tp diorg mmg dari awal2 lg dah byk kitaorg termakan budi, mmg x terbalas lah pendek kata. Dan of coz, kesayuan tu mesti ada bila org yg dah kita anggap mcm saudara ni nak balik *sob sob*
Ni sket gmbr last week masa melawat Wak tolong angkat sket2 kotak2nya. Aisyah mmg ngam dgn 'Bam Hasik' (Abg Haziq) dia. Ikut aje Abg Haziq dia buat apa, main apa. Even kalo mkn kat umah Aunty Mal aje sgt berselera, x kira la mkn apa pon. Even benda yg sebijik2 ada kat umah tp x mkn tu, tup2 mkn sampai licin kat rumah org. Ish... Sedih plak ngenangkan lps ni dah x de sgt la kawan dia. X tahu la budak tu faham ke x Aunty Mal and Bam Hasik dah nak tinggalkan dia.
Ni plak gmbr smlm, masa kontena dah sampai nak hangkut brg2 dkt rumah Zali. Nyaris air mata nak ikut tumpah umpama hujan yg membasahi Plymouth smlm!
Buat kalian, slmt pulang ke tanah air dan smg Allah permudahkan segala urusan. Ilal Liqo', Insya Allah... Ukhuwwah fillah abadan abada!
Di titipkan nasyid favourite zaman sekolah dulu. Mmg tersentuh tiap2 kali nyanyi or teringat. Pasal ukhuwah fillah. Kena plak rangkap pertama dan line awal2 tu psl 'di bumi ini, kita ditermukan, satu arah, satu perjuangan...' Tersentap jiwa kejap. Nak cari lagu or penyanyi asal nya ni plak x de la kat YouTube, dpt yg ni aje pon jadi la. Tp nya mmg kumpulan nasyid lama sgt ni, early 90s punya. Fuhh.. tuanya rasa diri!
Album : Generasiku
Munsyid : Suara Generasi
http://liriknasyid.com
Di bumi ini, kita ditemukan
Satu arah, satu perjuangan
Satu aqidah, satu pegangan
Asasnya terjalin ikatan
Ukhuwah fillah, tidakkan musnah
Walaupun ombak walau badai mendesah
Tautan erat tak mungkin patah
Dengan ismullah kita berbai'ah
Bertemu, berpisah
Hanya kerana-Nya semata
Redha Allah kita cari
Moga-moga kita akan dirahmati
Dengan niat yang suci
Bertemu kembali di negeri abadi
Demikian manisnya, mahabbah murni
Limpahan kasih anugerah Ilahi
Terpancar cahaya penuhi hati
An-nur suci dari-Mu Rabbi
Lambaian kasih di bumi ini
Suburi dengan perjuangan hakiki
Bajai ia jangan dicemari
Redha Allah dipohoni
7 comments:
salam kenal. saya pulak yg rasa nak menitis air mata bila baca entry ni. memang betol la kan..bila kita di perantauan, kawan2 lah yg kita bule anggap mcm sedara, tempat nak mengadu, nk mintak tlg sgalanya..semoga tabah dan cepat2 habiskan PhD supaya kita jugak bule pulang ke Malaysia.
xpo oyis, xlamo lg oyis pulop nok kelik..sabar deh
Sedihkan bila ada sahabat yg nak balik... bila kita diperantauan kita diibaratkan seperti adik beradik, susah senang bersama..
bibi:
mmg. dari satu segi rasa excited sbb masa dah x lama nak merantau, tp dari satu segi, erk... takut nya! tick tock tick tock!
yatie:
haih bercampur baur perasaan ni bila bukak soal nak kelik. doa pada Allahu Rabbi biar sudoh and lepah hok kito mari nak wat ni, amin ....
k nida:
sedih mmg sedih, apatah lg bila patah tumbuh hilang x berganti. skang mcm quota dah kurg balik plak nmpknya, or maybe kalo ada yg baru2 dtg pon x de yg ke plymouth...
xpe..nnt u blk mesia, leh jumpa balik diorg kan?
isabelle:
bole. tp sedih sbb mula2 ni akan terasa kehilangan dan sepi la sket plymouth :(
Oyis, mmg sedih kena tinggal. K.As ni nasib baik le balik dulu, kl kena tinggal mau syahdu je sepanjang masa. Rasanya kat Bristol pun tak meriah cam dulu.
Post a Comment