Monday, January 24, 2011

Making An 'Appearance'

Muka org masuk keja after 1 week MC

Hari ni first day balik opis. Spt yg aku ckp kat member baik aku, Mas kat FB, belom lah lg nak bounce back, tp bole lah start the ball rolling pelan2. Bergolek la slow2. Tp slow x slow pon, mmg sedari jam awal pagi lg x berenti2 menaip (dah 2,3 hari continuosly, in fact), ye lah deadline dah esok. Dah separuh hari baru perasan, eh x amik toilet break langsung aku hari ni, kusss smgt nak siap kan keja.

Imagine keterperanjatan aku apabila kuar sahaja bilik air terserempak dgn satu Hamba Allah ni kuar daripada lif – “MAEL!!!!” jerit aku. Aku ada dgr2 Mael yg balik dgn family nya tahun lps nak dtg semula dlm masa terdekat ni utk viva, tp sbb aku sakit hari tu social interaction aku ngan org lain pon ter-cut off so aku x tahu tarikh sbnar dia sampai, dsbnya. Tahu2 je dah ada dpn mata, I almost jumped out of my skin. Kalo Mael tu pompuan aku dah pegang2 nak tgk betul ke apa aku yg lihat dgn mata kasar aku tp nasib baik lah dia tu laki,suami org plak tu so x jadi la kan. Nasib baik dah kuar toilet, kalo belom pegi lg mau ada yg kena salin seluar, sudah la seharian x perasan x wee wee langsung sbb ngadap komputer aje dgn penuh khusyu’ dan tawaddhu’ nya.

Anyway, aku mmg gumbira sgt dpt jumpa member lama sama2 sebangunan ngan aku ni dulu. Lab dia lab Communications dpn lab aku. Tu lah satu2 nya Msian yg sama building ngan aku, yg lain2 diorg buat PhD berjemaah kat dlm bgnan lagi satu kat Portland Sq nun. Mmg terlanting jauh la kitaorg kat Smeaton nih. Dulu2 slalu gak la bertegur sapa at least once a day ngan Mael, ye la, dah share korridor sama kan, mana x terserempak nya. Mmg bila dia dah balik terasa kehilangan jap. Dulu2 masa awal2 Mael balik aku ckp la asyik ternmpk2 Mael kat workstation dia (dari pintu bole nmpk kelibat dia). Skali Hubs buat lawak kurg asem ckp, ’Hah tgk2 la slalu, kang ternampak ’Mael’ lg kat situ, baru tahu’. Hoh, dah la aku slalu stay back sampai pkl 8, 9 mlm mcm tu. Hish, sejak tu aku dah kurg jengok2 tempat Mael lg, dasar penakut keh keh…

Seronot dpt borak2 sket ngan Mael, sbb dia dah senior kan. Dulu2 masa aku baru sampai dia dah 3rd year, so aku x byk pon tanya2 psl research, life, etc sbb aku baru je starting, x tercapai pon dek akalku cabaran2 yg menunggu. Skang ni aku sendiri dah 3rd yr macam2 aku tanya dia, mcm2 plak yg bole relate dah dgn dia. Ye la, masa kita belom sampai sesatu peringkat tu, kita x amik port sgt apa yg berlaku. Skali kita dah sampai, baru la terngadah2. Dlm kes aku mmg terasa la, sbb nya selama ni aku perasan mcm, ’ala aku baru je tahun 2, ramai lg senior2’. I took these people for granted la jugak agaknya, x make the most out of their time here, sbb kejap2 ada masalah je tepon2, sembang2 utk menghilangkan kekusutan kepala. Skali tahun ni satu persatu member2 seperjuangan aku dah balik. Tiba2 bila aku reflect balik, baru la sedar bahawasanya aku ni dah masuk kategori ’otai’ kat Plymouth ni. After a few more people, mmg aku la org paling senior dah in terms of pengajian, org2 lain dtg lebih lewat drpd aku okeh? *sila freak out skang!!!!!*

Agak depressing jgk bila pikir2 balik. Dah la masuk2 lab mmg depressed sket pon tgk progress org2 lain. Ada yg dah start recording dia punya installation piece, ada yg buat projek ntah ke brp puluh dah, ada yg tahun satu tu pon mcm mantap gile nota atas meja dia. Ye, aku stalker. Siap snap2 gmbr lg meja org, so beware :P



Meja2 org lain yg bikin aku depressed sket...




Meja aku yg dah berabuk seminggu tinggal...




Tp x de la sedih sgt. Perjuangan harus diteruskan. Bak kata Mael, ‘Jgn give up. Ko rasa ko dah terlambat ke, tercepat ke, terus kan je selagi mampu’. Dan paper tu mmg harus disiapkan pon, so no time to be sad lama2 hari ni. Actually it was very mood lifting jumpa Mael ni, bila teringat balik that he didn’t have it easy pon masa buat PhD itu hari. He had a job, night shifts some more, they were expecting their second child plak masa dkt2 nak balik tu, and 1001 lg cabaran kalo aku recall2 balik mmg put me to shame. So bersabar lah wahai hati, teguh lah wahai diri, kita teruskan perjuangan ini atas nama mencari ilmu milik Rabbul Izzati…

Eh, bila dah lama x dtg keja ni, terbit rindu plak pada si dia yg di bawah ini... ahaks!








8 comments:

MRM said...

Taking a break once in a while is good. Doesn't mean kena pergi mana2, duduk rumah like you for a week pun sgt refreshing, kan. Haa tengok tu, dah buat kerja non-stop. Maybe not just because ada dateline, but because you took a deserving break, so bila balik kerja rasa excited/bersemangat nak buat :P

Hmmm, kalau nak compare progress org lain dgn diri sendiri, mmg akan depress coz dalam apa2 benda pun, kita akan compare dgn org yg ada lebih drp kita, therefore our progress will never be enough. Kalau depress boleh tukar jadi semangat takpelah. But sometimes boleh buatkan kita takde mood. I guess that's why there's a popular saying "Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about".

MRM said...

Oh btw, lupa nak cakap tadi, I like your corner! Sangat colourful and happening gitu! :)

yatie chomeyl said...

jolo doh aoyis..raso susoh sgt nok habis kan...ore ni lo ni stuck doh raso..x gerok gi mano research ni..tension n serabut sgt tp xtahu nk lepas kat mano huhuhu

afni+hafiz=dani said...

memang betul pun, slagi kita xde kat sesuatu level, kita mmg x amik port pun..bila da smpai level tu, baru kita rasa..hehe..btw, chaiyok!

mast@work said...

oyis, jangan stress le.. insyaAllah akan selesai juga.. jaga kesihatan ok..

isabelle said...

sok2 i nak start phd, kena dptkan soothing words from u first la nmpknya....

Nida said...

Salam Oyis..

SV suami Kak Nida pun ada bgtahu kat hubby... biar lambat tapi success.. jangan gopoh tapi satu habuk tak dapat.. dapat tension lagi ada ler...

Oyis said...

MRM: mungkin la sbb dah cukup rehat kan, so badan pon ok jgk. sbnarnya, from all this,i learnt kena bg time off utk diri sendiri, dan i discovered dah bole wat keja dari rumah. aisyah dah cukup besar utk entertain diri dia sendiri (sometimes, tp ada jgk time2 dia merengek2 nak kacau). oh well.. pasal corner yg colourfultu, i tried to make it happening la, memandangkan lab ni semuanya lelaki, so x decor2 satu apa pon. btw, kita buat tampal2 gmbr tu kasi naik smgt, gmbr family, geng tutorians, kawan2 yg sama buat PhD. dah lama dah tampal gitu, skali tgk skang ni mcm profile yg FB buat plak kan? tiru kita la tu mark zuckernberg ni :P

yatie:
hehehe... yatie keno virus tahun 2tu - temporary slump. mmg begitu la simptom dio, stuck sokmo... tp x pe,like my seniors have told me, nnt hujung2 tahun dua or tahun 3 bole pecut balik :)

afni:
a ah, tu la, benda ni mmg betul dlm semua aspek kehidupan. sblm jd parents dulu pon x terjangkau cabaran2 dia, skali dah jd baru tahu. begitu jgk psl hidup independent ni, dah jauh dari family baru tahu susah senang mengurus diri, family, kewangan, masa dsb nya...

mast:
thanks mast. harap2 selesai sooner than later :)

isabelle:
i have run out of soothing words la Is, hihiih... x pe,if u need to chat, i will be here for u hehe..let's hope by that i dah siap PhD or somewhere near the finishing line dah la hhuhu... kalo stuck at the same spot x de maknanya kasi kaunseling!

k nida:
oo best jgk nasihat tu. x terpikir plak pepatah, biar lambat asal slmt tu ada kebenaran nya dlm membuat PhD pon. thanks kak nida for sharing. tp biasa la, menjadi sponsored student ni,kdg2 kita jd tertekan sbb kekangan masa, ye la, lg lama di perantauan, lg tinggi kosnya, hutang nya.kalo lebih 3.5 yrs plak kang elaun dah kena potong. dgn nak pikir cuti tanpa gaji suami lg, kalo kita extend, bole ke dia extend? masalah visa, kalo extend kena apply semua ahli keluraga, ongkos extra lg tu. so tu yg bikin tertekan nak siap as soon as possible tu.