Saturday, January 1, 2011

Berlabuhnya Tirai 2010...


Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk 2011 dah. Sekejapnya masa berlalu. Rasa mcm kekok lagi kadang2 tu menulis 2010 bila kena tulis tarikh or signature, dah nak masuk 2011 dah. Kdg2 terasa kan bagai x terkejar dah. Semakin hari berlalu semakin tinggi hutang scholarship semakin sedikit masa yg tinggal utk meneruskan perjuangan di bumi org. Begitu jg dgn masa yg ada utk mengumpul amalan2 sebagai bekalan hari esok. Moga2 tahun yg mendatang ni membawa barakah kepada keluarga aku dan muslimin muslimat keseluruhannya, Amin..

Tahun 2010 ni byk jg kenangan manis dan jg episod2 yg mematangkan jiwa. Yang paling ketara sudah tentu nya perkembangan Aisyah, baik drpd fizikalnya, pertuturannya, dan mental serta emosinya. She's already leaving behind many of her cute baby traits dan perlahan2 sudah mula memasuki alam kanak2. Her roundish face dah ada dagu tajam sket, her never growing hair dah bertukar jd pjg and senang nak urus sket hehe.

Dari segi pengajian aku pula, tahun ni bole tahan progresif, biasa la ada up ada down, altho agak slow pada awal tahunnya dan mengalami temporary hiatus di kala ni sbb uni bagi cuti lama, aku pun cuti lama. Bermula awal tahun ini, syukur Alhamdulillah telah mendapat kelulusan transfer daripada MPhil kpd PhD. Seterusnya kepergianku ke summer school di Barcelona byk membuka kan mata dan minda terhadap research yg sedang aku buat sekarang. Perbincangan ilimiah dgn Che Fadh ketika aku di sana byk mebuatkan aku muhasabah tentang kerja aku. Sekembalinya drpd summer school ni, dpt la aku me-revise kembali framework aku dan men-design semula experiments yg sedang aku lakukan sekarang. Apapon, syukur kerana dikurniakan kudrat dan smgt utk meneruskan yg dicita. Semoga tahun 2011 ni memberikan results yg positif terhadap usaha ku skang dan bertambah2 berkat ilmu di dada.

Dek Barcelona jg Aisyah telah berjaya diberhentikan susu badan pada usia 2 tahun 1 bulan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana tercapai jua niatku hendak menyusukan Aisyah sepenuhnya sehingga cukup tempoh. Kesan drpd pemberhentian penyusuan susu ibu, badan ku naik bagai di pam2, tp x pe la, kita convert kan dia jadi resolusi tahun baru 2011 - to achieve my ideal weight hohoh - must think positive meh...

Family matters, Alhamdulillah skali lg pada Allah kerana tahun ni menyaksikan rumah tangga yg aku bina bersama Hubs menjejak masuk usia 5 tahun. Tahun ni jg kami berpeluang balik ke tanah air, walau pon hanya 3 minggu cuma, cukuplah utk melepaskan rindu terhadap keluarga tercinta di Msia. 2010 jg menyaksikan pertambahan ahli keluarga baru kepada dua2 keluarga aku dan Hubs, yakni adikku 'Abe' selamat diijab kabulkan dgn isterinya 'Sufi', serta adik Hubs 'Azam' selamat menikahi pilihan hatinya 'Shara'. Doa kami, semoga kedua2 pasangan berada dlm rahmah Allah selalu dan smg keluarga yg dirindui nun jauh di sana sentiasa dilindungi olehNya.

Dari segi jalan2, hmmm x ke mana sgt la tahun 2010 ni, sekitar Cornwall and Devon sahaja. Sampai Bristol 2 kali kot, tp utk transit2 je rasanya. Namun sempat la jg pegi London. Kalo nak kira balik Msia and gi Barcelona, mmg tiba2 mcm byk la plak jd airmiles dia hehe. Tgk la mungkin 2011 lebih byk rezeki jalan2 nya...

Lg highlight 2010 - survived a fire next door, got through the toughest winter since 3 centuries ago in the UK, learned gamelan bali, enrolled Aisyah masuk tadika, Hubs landed a job, went to my first theatre, and flown 14 hours to Msia with a sick kid yg kejap2 muntah, kejap2 muntah. Serius amongst the most cuak-est point of my life.

Banyak lg kenangan2 tahun 2010 ni, tp x terdaya nak tulis. Oleh itu, aku selitkan photo collage aje lah ye seperti yg di atas, to sum up what a wonderful year it has been. I would also like to wish Ahlan Wa Sahlan Ya Marhaban 2011. Semoga tahun 2011 yg bakal mendatang ini membawakan peningakatan dari segi ibadah, pengetahuan, sifat2 mahmudah, rezeki, redha dan barakah daripada Allah kepada kita semua, Aminnn...



7 comments:

MRM said...

Happy 2011 to you & family too! Hope this year will be a better one for all of us in every aspects of life and hereafter, InsyaAllah.

Take care.

WaNNi said...

happy new year! jemput la dtg ke newcastle stay rumah kak wani. byk tmpt menarik kat sini. kalau plan awal senang sikit kak wani apply cuti.

yatie chomeyl said...

AMinn jugop untuk doa Ayis tuh :)

cikedidoo said...

selalu silent reader je. terasa lak nk komen. tahniah ye pembelajaran & kehidupan byk perkembangan +ve

yzmahoney said...

awak!! kite call awak tp awk xangkat...sedih kite..mase awk call blk kite da tdo... rindu nk ckp dgn awak... nnti bebile kite call yek

Alfian_Troxion said...

takpe noris. nanti balik geng ngan mas. leh jadik kurus balik nye :D

selamat mengharungi cabaran2 tahun 2011 iye :) Aku ujung bulan ni dah tamat dah phd aku. but as many know, tamat tempoh, bukan tamat lajar :P Bayang VIVA pon tak nampak lagi.

Oyis said...

mrm:
same goes to u mas. *hugs*

k wanni:
hajat tu ada, insya Allah in the summer. masih ada di sini kah?

yatie:
eh yatie 1st person kat laman blog ni panggil ayis. dulu2 kat sek maahad i dikenali dgn panggilan ayih. nostalgik la pulop.

cikedidoo:
thanks, both for the wish, and for un-silent kan diri. i would love to get to know my readers better. hope it's been a wonderful year for u as well :)

yzma:
windu too. bila free meks?

alpyan:
ahaks, x tau la bole ke x kurus. lemak sudah tepu mat...