Sunday, January 30, 2011

Lafaz Cinta

I love you. Atau Bahasa Melayu nya, aku cinta kamu. Tiga perkataan yg bisa menggoncang dada, menggetar jiwa, hatta menggegar dunia, andai disebut penuh makna oleh si pelafaz kepada si penerima. Pengakuan yg tiada lain dicinta, yg jiwa raga seluruhnya diserahkan kepada insan teristimewa.

Maka mengapakah begitu sukar sekali dikau melafazkannya? Apakah begitu tebal ego mu sehinggakan begitu berat sekali bg mu meluahkan rasa itu? Apakah engkau merasa lucu sekali mempermainkan perasaanku, membiarkan kalimat cinta ku itu sepi tidak berbalas?

Kepingin skali hati ini mendengar ungkapan itu dari bibirmu terukir khas buat ku. Tapi apakan daya, aku terpaksa akur yg pada masa ini, mungkin kata2 itu masih belum berhak menjadi milikku.

Kerna pada masa dan ketika ini, kata2 itu sememangnya dikau khaskan buat seorg insan yg lain. Aku cemburu... dgn AYAH mu wahai ANAKKU....

Eh, apsal la bole ckp I Love You Ayah tp x mau ckp I Love You Mummy nih Aisyah? Geram betul tau. Lagi diajar lg dia gelak, duk ulang2 ckp I Love You Ayah. Kelakar agaknya tgk aku bertukar jadi hijau neh.

video



Mungkin kah dikau menuras perangai Ayah mu jua? Sukar utk melafazkan kata2 cinta, kerana pada beliau, cinta x perlu diungkapkan dgn kata2, tp perlu dizahirkan dgn perbuatan dan perlakuan. Mmg x romantik! Tp at least bukan mat boya penuh mulut manis, so ok la tu hehehe...

PS: Aisyah saja2 suka x nak sebut I Love You Mummy, tp kalo suruh kiss laju je bg. Itu namanya cinta bukan pada kata2 tp pada perlakuan :)

PS2: Nyaris muntah buwek2 ok nak menyiapkan karangan di atas. Aku juga bukanlah seorg madah pujangga, so tolong lah, setakat I Love You bole la kot. Lebih2 aku pon kembang tekak nak ckp heheheh....


5 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Sofiy pun sama..boleh sebut AYAH dulu...lepas tu dok ratib AYAH je memanjang, suruh sebut ummi, dia sebut AYAH jugak. Sebut umi time nangis, lapar, berak, nenen je. Dah la tu panggil ayah siap dengan nada manja nan menggoda.

Sekarang ayah dah tak larat nak jawab Sofiy panggil banyak kali, umi jugakla wlaau berapa kali panggil pun menyahut taknak kecewakan anak.

yatie chomeyl said...

anok ore pun samo, xsey sebut mommy pong, sebut daddy sokmo. tp kalu nok nenen, mari kat mommy jugop..x adil! hik3x

isabelle said...

hahaha... aisyah ikut perangai u jugak la kiranya. x reti jiwang2.haha

i tot pompuan selalu daddy's girl. tapi anak yatiechomeyl tu x jadi momma's boy lak ye?

hmm...maybe aisyah pun kuat menyakat mcm lil adam kot. saja je xnak sebut

sumpit said...

kesian ko, dah mcm broken record lak aku dgr, dok ulang2 'i love u, mummy'.

but dont worry, wht's not said is just as important :)

Nida said...

hehe.. tersenyum Kak Nida membaca madah pujangga yang tertinta olehmu.. sesungguhnya nasib kita berbeda, lantaran si kecilku hanya mengungkapkan bait-bait "I Love You Ibu" tapi tidak buat abahnya... hahahaha (gelak jahat)...