Friday, June 13, 2008

Not (Yet) Today

Hisy... segan rasanya nak menulis kat blog ni lg. Tp sebab dah janji nak update kan... Ye, tuan2 & puan2... saya masih mampu menulis blog pada jam 6 ptg Jumaat ini adalah kerana saya tidak jadi bersalin pada hari ni. In fact, saya kt umah mak saya ni pon... baru lps semayang Asar lps bantai tido ptg ... Huhu...

OK kita start dari awal. Lps menyelesaikan beberapa errands pg td spt gi bank dsb nya, aku n Hubs pon bertolak la ke HPAN. I was prepared, seriously, I was ready to have Baby today. Baju2 dah pek elok2 dlm beg sejak minggu ke 34 lg. Usaha2 lainnya pon dah prepare dah sket2 sblm ni seperti minum air zam zam, mandi air selusuh, shave apa yg patut (ngehehehe) etc. Signals dari body pon rasa cam dah ada gak, sakit sket2 kat bwh perut tu mlm2, perut dah drop, kaki pon dah kurg sembapnya. Org kata, tu tanda2 dah dekat la tu.

Hubs was also very adamant about having Baby delivered today. He had been going on and on about how today was going to be it. He had even dreamt that I had refused to give birth today, so he kicked me. Jahat tu mimpi dia. Nasib baik dia kata in reality dia tersepak bantal sahaja semasa tido.

Tp kitaorg sbb sampai lambat, dlm 9.40 pg cam tu, dpt la no 13. So tunggu la. Mula2, mungkin sbb berdebar kot, BP mmg tinggi, 144/91. Lps wat ulangan, nasib turun jd 122/81. Air kencing semua OK. Alhamdulillah... Berat aku maintain 76.6 kg. Sah aku nak bersalin dah ni sbb berat dah x naik...

Bila turn aku masuk, Dr tgk record sket2, tanya aku mcm mana, etc. Aku dah 37 minggu 5 hari. 2 days shy of 38 weeks, standard utk full maturity, kata Dr. Then Dr scan. Guess what? Baby skang dah 3.7 kg. Wohohoho... sihat sejahtera tu. Kata Dr, kalo cukup oksigen, cukup makan, cukup rehat, mmg la dia grow. Bila Dr measure tarikh expected due date from the measurement, mesin tu bg 15 Jun 2008 maksimum.

Yg best nya, kepala Baby dah engaged, dah masuk jalan yg benar. Amin... Siap Dr puji2 lg, pandai Baby ni cari jln, slalunya kalo baby duduk dalam air ketuban yg byk (kes Polyhidramnios spt aku), baby akan terapung2 x boleh nak swim ke bawah. Baik Baby ni... x nak nyusahkan mama dia... Sayang dia ... Aku rasa berjln2 ke hulu ke hilir kat central parking tu ada gak menjadi penyumbang utama. Maka x sia2 la aku usaha aku berjln ke Fakulti Bahasa tu, yg nyaris2 memberikan warga UPM heart attack utk bbrp ptg sblm ni.. hehe

Then Dr wat vaginal exam (VE). I readlly dreaded this part, but I knew it was coming. The good news is, it was VERY uncomfortable, tp x la menyakitkan sgt. The bad news, pintu rahim x terbuka langsung!

Since aku ada complained yg Baby mcm dah slow sket pergerakan dia lately nih, Dr aturkan aku suh monitor heartbeat and contraction guna mesin CTG. Maka kami pon naik la tingkat atas utk wat test tu. Bilik yg sama masa aku wat D&C dulu. Nasib dah x de perasaan trauma tu dah. Alhamdulillah, semua OK lagi. HB masih kuat, cuma contraction baru sket aje. Baru ada satu peak dlm tempoh 20 min test tu. Aku syak contraction tu ada pon sbb lps wat VE sat ni. Spjg aku wat test tu, ada Misi yg dtg briefing kat aku psl birth options, psl painkiller options (pethidine vs epidural), stem cell bank etc. Membantu la jugak, sbb dlm kekonfiusan aku nak bersalin kat mana sblm ni, aku dah termiss ante-natal class yg HPAN bg free utk semua bakal ibu dia setiap sebulan skali. Rugi tul...

Selesai tu, kitaorg discuss la apa option yg ada dgn Dr. I could be induced today, should I wish to. Tp kalo pintu rahim x terbuka, ada potensi sakit tu lama la, and if I can't stand it, mmg akan end up ngan c-section. It's a 50-50 chance. She also said, medically, 38 weeks (which is in 2 days), is full term. So chances of respiratory complications pd Baby pon kurang. And sometimes, 2 days can make a difference. Mungkin by then pintu rahim terbuka dah sket, so kalo induce pon x lama dpt result dia. But in 2 days, ada risk la Baby will gain some more weight, which kalo besar sgt, I won't be able to push Baby out, then we'll end up with a c-sec anyhow. Pening... pening...

But Dr promised that 38 weeks is top. She will not let me go beyond that. So kitaorg pon agree la, this Monday, 16 June, jam 7.30 pg adalah hari utk kitaorg menyerah diri utk di'admit'kan ke hospital, tiada berbelah bagi lg. I am praying to Allah that my water breaks naturally over this weekend. Dgn itu, x payah la ada adegan jolok menjolok nak pecahkan air ketuban dan induce menginduce nih. Sungguh x natural n membawa kpd kesakitan tambahan aje. Kena byk kan berjalan dan buat aktiviti2 fizikal. Dr aku open minded, dia kata, nak try alternatif kampung pon bole gak. Sometimes what works for one woman does not necessarily work for others. Ni lps ni nak gi read up kat Net apa yg bole dibuat to 'speed things up'.

Apa pon, kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allah adalah yg terbaik. Asal Baby and aku sihat walafiat, Ahamdulillah syukur nikmat ... Buat masa ni, kengkawan, keep the prayers and positive thoughts coming. Baby and I really need it. Jazakallah...

6 comments:

Anonymous said...

Oho, bgs betul baby ni. Apa nama dia? Tulis la plak pasal nama2 pilihan. Mesti dia suka sbb mama dia bg nama best :D

semoga selamat bersalin secara normal. amin

Nabil said...

Shave pun nak citer...ape nih :P

Well semoga semuanya berjalan lancar ^_^

Oyis said...

iso:
nama pilihan tunggu la Baby kuar dulu. Boy ke Girl pon x tahu lg. thanks for the wish, semuga makbul :)

nabil:
penting tu ... kalo x wat kang misi marah hehe ... jgn terlps pandang in 7 months time tau .. ngehehe.. sbnarnya nak emphasize preparations yg dah dibuat tu... jgn mare..

yzmahoney said...

best of luck this monday.. nanti jgn lupe roger kite yek!!

Anonymous said...

dah ke? dah keluar ke? wooowoooo tak sabar nak dgr kabar berita..

Ahmad Javanese said...

chaits

baru ku tau kau dah tukar blog ke baby journey

selamat jadik ibunda :D