OK, korg dah baca x entry aku yg sblm ni psl ‘Kambing Dalam Reban’ tu? Yg aku citer aku rasa awkward, rendah diri blah blah blah psl research aku ni? Well, from masa present hari tu lg aku rasa down sbb week after week, tiap2 kali org present lps tu, everyone just seemed to be better and better than mine was, and makin la rasa aku hampagas kan? Tp pencetus sebenar emosi smlm tu adalah sbb lab mate aku ni, kita namakan dia Hilmi (bkn nama sebenar - dia bkn Islam or Msian pon, org Spanish lg ye), tanya aku, leh tolong x betulkan equation dia kat Word 2010, sbb mcm ada compatibility issue dgn version yg dia dah buat kat computer dia sebelum ni. Tp tgk2, aku x boleh nak tolong pon, so lg rasa stupid and helpless gila. Come on la Oyis, bloody Word je pon, bkn hard core programming problem! Bum bum bum bum bummmm (bunyi org jatuh bertimpa2 – that’s how low I felt).
Anyway, pg ni, masuk2 lab, Hilmi ni bercerita la psl dia guna image dulu la utk equation tu, sbb dia mcm sakit hati. Then we got talking psl reserach dia. Selaku AJK Seminar, aku ingatkan dia next week turn dia present, and I look forward to it. Kitaorg mmg mcm buddy2 sket sbb sama2 buat sound synthesis.
Aku pon ckp la, aku x puas hati dgn performace aku yg teruk masa bg seminar hari tu, kalo bole nak repeat aje. Aku kata aku harap masalah penyampaian x de flow aku ni berhubung kait rapat dgn peringkat experimentation aku skang, and hopefully once result dah siap terbentang di depan mata, and aku ada more time to analyze them, aku akan bercekap dgn lebih flow lg, bkn sentuh result sana sket, then bukak slide lain result lain plak, melompat2. Dia kata, betul la tu, nnt bila dah siap experiment semua baru cerita kita akan menjadi one big story, so in time I will improve.
Then dia confess dia pon tgh risau sbb dia pon ada problem present jgk. Dia plg risau bab English, and dia ckp dia mmg nervous giler sampai tahap dia dah mintak ngan Prof nak baca from paper (yg ditulis aje). Dia ni English ok je aku tgk, tp maslah confident in front of audience la kot. Dan2 aku teringat, 2 thn lps kot, ada sorg mamat yg present pakai paper and menggigil2 (goyang2 paper tu), projek dia present tu mmg impressive, tp aku terdetik dlm hati, ‘kenapa org ni main baca atas kertas je ni?’. Rupanya mamat tu lah Hilmi ni, tp masa tu aku x kenal dia sbb dia jrg dtg lab. Pastu terus terlupa dah kisah mamat yg present pakai kertas tu.
Skang baru aku faham, semua org pon ada certain degree of nervousness bila nak present, dan masing2 pon ada isu masing2, just do the best we can. And point lebih penting: kita rasa kita rendah diri (like Hilmi did when he presented with a piece paper dulu2 tu, but truth of the matter is, nobody cares. Kejap je org dah lupa kedhaifan kita tu. Take me, aku pon dah x ingat kisah tu, hinggalah dia ckp present kali ni pon nak pakai kertas, then baru teringat balik citer lama tu. So in my case plak, yes, I had a busuk seminar presentation, GET OVER IT. Takde sapa ingat lahhh...
Utk pengetahuan, Hilmi ni student PhD part-time, so dia x slalu ada dlm lab, dtg pon jrg2 je sblm ni, like setahun 3 kali utk meeting ngan SV, sbb tu aku x kenal sgt dia sapa masa dia present first time tu (2010). Anyway, skang dia mmg nekad nak siapkan PhD dia, so dia tukar jd full-time, meninggalkan kampong halaman (Spain) dan kerja yg dia pernah ada di Spain, so that dia bole siap jgk PhD ni. Dia kata dia mmg x mau lengahkan lg, dan apa nak jd pon, dia nak jgk PhD ni siap. Mmg I look up to him la bab smgt ni sbb bukan senang kalo dah ada life and keja full-time, nak tinggalkan semua tu atas nama menuntut ilmu.
Lg Hilmi ni bukak citer, dia wat PhD ni dah lama (2005). Harus diingatkan, kalo buat PhD part-time completion date mmg expect 6 years ye (2 kali ganda i.e. 2 x 3 years paling cpt). So mmg bunyi dah lama, tp he’s on the right track pon kan. BUT, he did say, 2 tahun pertama PhD di UoP ni, dia ada buat collaboration dgn satu centre di Paris. Skali projek proposal dah finalized, centre tu plak bungkus sbb xde funding. Berkecai jiwa dia sbb 2 years of work x bole pakai (isu hakmilik dsb nya). Tp dia ada admit jgk la masa ni dia x push sgt PhD, sbb keja dia kat Spain as a programmer very demanding.
Anyway, lps tu lama la dia melangut cari tajuk. By that time dia dah sepatutnya hantar Transfer Report, tp x lps2 lg. Dia ada proposed bbrp tajuk kat Prof, tp semua nya heavily computing dan x de significance kat music sgt, so Prof x support la, sbb nnt x cukup expertise sgt nak supervise. Pikir punya pikir lg bbrp bulan, Prof tolong bg dia tajuk, and dia bernasib baik dia bole la carry. Prof kitaorg punya tolong dia, sokong dia dpt suspension, tp bawak dia masuk lab full time (dia tinggal kerja dia di Spain tu) utk start dgn study properly semula.
Dlm masa setahun tu, siap la Transfer dia. Then dia balik Spain lg 2 thn kot, buat experiment dari sana, sesekali dtg UK. Masa ni aku pon beru masuk lab ni, so tu yg x kenal sgt dia.
Lps 2 thn tu, dia decided, that’s it, by hook or by crook dia nak siapkan jgk PhD dia ni. Tu yg skali lg dia meninggalkan Spain dan kerja full-time dia, utk study full-time. This time, dia aim sampai grad dia akan duk sini. And dia ckp, dia dah nak siap writing ni. Dia rasa in January dia boleh submit. And aku sgt2 happy dgr berita ni, although sedey sket sbb lps ni lab kembali sunyi la kot.
Dia kata, mmg MENCABAR GILE buat PhD part-time, benda paling susah dia pernah buat kot. Aku setuju la, sbb aku kata, walau pon aku buat full-time PhD, tp 2 thn gak aku kena keja part-time, and I did manual work atas sbb duit elaun x cukup menampung 3 org dalam keluarga kami. Much like him yg quite surprised how fast he could write his thesis, now that he has left everything in Spain utk siapkan PhD ni, aku pon bersyukur ALhamdulillah that bila aku dah berenti keja part-time ni la aku rasa laju wat kerja, and lebih clear intipati sebenarnya thesis aku ni.
Lg satu, sebelum ni aku asyik rasa aku mcm xbrp nak ade potensi nak lulus pon, and aku rasa mesti Prof menyesal gile amik student hawau cam aku. Tp masa bincang td, dia ckp, PhD ni mmg kalo x commit or fire dlm diri tu x de utk menyiapkan, mmg x akan siap. Tp seteruk mana pon kita, kalo perasaan ingin siapkan tu ada dlm diri, akan bole buat jg. Kata dia lg, dlm lab ni, masa dia start ada ramai yg saing2 dia. Tp 3 org kot lps tu terus missing in action, satu student tu walhal dah tinggal writing je, tp sbb masa writing dia balik negara terus x dtg2 UK lg.
That sort of makes me think. Teruk mana pon aku, kalo push jg nak bg siap, mesti ada an ounce worth of respect jgk kan drpd SV kita? Drpd kalo buat experiments and sound composition yg gempaqs2, tp last2 ghaib x siap thesis, itu lebih teruk bukan? Apatah lg yg 3 tahun di lab asyik tukar2 tajuk, then ghaib, of coz la lg ammarah SV tu kan? At least, kalo slow mcm aku pon, tp hari2 menebeng di lab perah otak wat sket2 setakat mampu, that counts for something right? So, x perlu rasa diri tu hampeh sgt la. Do the best that we can, and heads up, face forward, and off we march!
Tujuan aku tulis ni, bkn nak dedahkan cerita psl Hilmi ni, tp sbb nak bg diri sendiri ingat (walau pon Hubs akan mencebik je bila baca ni, sbb dia kata hangat2 najis ayam je peringatan diri aku ni, nnt cabaran lain dtg, melt down lg hehe), yg kita rasa kita aje susah dan kerdil dalam dunia ni, yg org lain semua best, tp sbanrnya, semua org ada cabaran dan kekurangan masing2. Kita rasa kita byk berkorban, org lain pon berkorban jg, may be not exactly in the same way as we have, but nonetheless, berkorban jg. --- tapi point ni aku slalu lupa, Astaghfirullah al azim…
Keduanya, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jangan putus asa Oyis. Teruskan perjuangan!
Syukur sgt Allah sent Hilmi ni gi berborak ngan aku. Ada byk mesej yg perlu aku lihat, apatah lg mendapat input sebegini slps menulis entry smlm. Byk perlu direnungkan... Alhamdulillah.. Aku share cerita ni agar kita semua beroleh manfaat nya. Here's to becoming a better person, better yet, a better Muslim :)