Sejak minggu lps duk rasa x brp tenteram sbb x dpt lagi menyelesaikan masalah coding. Tp Alhamdulillah, baru satni rasa lega sket sbb setakat guna mock data kecil2an mcm dah tepat (compare ngan manual calculation), tp sbb jap lg kena swap childcare ngan Hub, siapkan kat umah nanti and blogging dulu. Mmg berpinar gak la nak dpt penyelesaian, tp Syukur pada Allah for His Gift, ada jgk Dia tunjuk jalan. Isu nya sekarang, nak kena kejar balik sbb patutnya by end of June ni (esok last day), aku target dah siap part ni sepenuhnya, tp nmpknya baru siap half. Pastu nak run lg, satu or dua hari jgk tu. Then nak apply second test plak, and test lg utk beberapa hari, before finally buat analysis and write up for this section lah. Rasa2nya kena update and mintak extension lg ngan Prof esok ni, tebal dah kulit muka aduhai. Nasib Prof la ye dpt student cemerlang mcm aku huhuh T_T. Apapon, hati sudah bergumbira sket and bila dah setel ni smgt la jgk nak stay up buat kerja ke. Kalo masa stuck ngan masalah teknikal, kdg2 tido itu lebih baik, kurg sakit jiwa hihih.
Feeling ala2 blues2 gitu pon ada jg tgh meresap di jiwa skang ni. Esok final day Aisyah bersekolah di current nursery beliau. Lps ni dia akan start nursery baru on Monday. Pg td dah aku bawakan a gift and thank you cards utk cikgu2 yg pernah mengajar beliau spjg bersekolah di sini. Besar gak jasa diorg, sbb kena betul2 sabar jaga budak2 kecik ni kan, nangis kena pujuk, kena dukung, kena kilek, berak kena cuci, lampin kena salin. Sayang nak uproot dia dari sini, ye lah, tempat jatuh lg dikenang, ini kan pula tmpt jatuh berkali2. Aisyah start sekolah sini sblm pon umur dia 2 thn lg, masa tu duk bilik baby2 lg. Then masuk kelas budak 2-3 yrs utk setahun, dan skang sempat masuk kelas budak2 3-4 yrs selama 3 bulan. Sedih sbb dia dah ramai kawan2, belajar berckp kat sini, belajar trust org lain selain ibu bapa kat sini, bermain, melukis, menyanyi kat sini, even potty train pon kat sini jgk. Even cikgu kelas lama dia pon puji dia td masa kitaorg masuk kjp bg kad kat diorg, cikgu dia ckp, 'Her speech has picked up very nicely.' Mmg noticeable la. Aku rasa kalo x hantar dia masuk nursery, lg lambat la progress speech dia. Sebak plak bila pikir lama2 ni.
Tp bak kata Hubs, ala sedih kjp je. Masa amik keputusan nak pindah umah kitaorg skang ni pon bulan April hari tu, mmg duk sedih, sedih, tp sekali pindah dah x sebut2 pon. Cuma kekadang teringat la kan, adat la tu. So aku rasa better la sket, cuma harap2 nya transition si Aisyah ni ok la kat school baru. Hari Isnin ni dah aku chop amik cuti siap2, nak jd mak sanggup, menunggu kan si kecik ni la, first day katakan. Harap2 nya dia terima secara terbuka dan matang perpindahan ni, chewah...
Esok officially last day Aisyah attend sekolah current ni. Her learning diary, art folder etc, will be handed over tomorrow, so that sekolah baru ada rekod pencapaian dia skang. Esok jgk kena kosongkan tray dia, jgn lupa amik berus gigi, sun cream and apa2 lg brg dia yg mmg tinggal kat school. Ni part hiba gak ni, tp nasib baik esok aku ada byk hal, Hubs yg kena buat. Kalo x mau aku yg nangis by proxy utk Aisyah hehe.
Ok nak sambung scripting. Wish us the best!
Pics below adalah lps amik Aisyah from nursery td. Dia mintak suh amik gmbr dia, dah pandai posing skang, tp tgk mood jgk la. Kalo angin modeling dia mari, siap suh 'take my picture' lg.
Wednesday, June 29, 2011
Gift
Tuesday, June 28, 2011
Torquay Trip
Hari Ahad lpd (26 June) aku sekeluarga serta a few friends (K Mazni and Bard) pegi jalan2 mereleasekan tension di Torquay. Trip ni x dipelan pon sbnarnya, impromptu gitu, bgn2 tido terus ajak semua org sbb tgk cuaca baik sgt (24C) setelah dah berminggu2 kelam dan kelabu serta hujan. So mana2 yg dpt ikut tu Alhamdulillah lah, the more the merrier bak kata org jawa. Rombongan cik Kiah adalah berlepas dgn train sahaja, memandangkan ada offer plak tu harga return dua org adult baru GBP10 in total, pucuk dicita ulam pegaga la sgt kan.
Torquay ni x jauh pon sbnarnya drpd Plymouth, dlm 1 jam (40 km) naik train. Torquay merupakan kawasan pelancongan, byk pantai2 yg pasir, dan hari kami pegi tu mmg omputih berderet tgh 'bersalai' lah kan. Matahari adalah sgt cerah dan tegak atas kepala (kes bertolak pon santai2 lps bgn tido - org xde plan la katakan), so kalo gmbr ada terlebih exposure sket tu, terima lah seadanya ye hehehe).
[1] Mula2 pusing2 pantai Torre Abbey Sands nih.
[2] Lps tu jalan2 kat Harbourside - kawasan shopping2 and nadi town Torquay tu di sini
[3] Sbb bwk budak, kita hiburkan dia kat Living Coasts dulu, jumpa penguin, seal dan mcm2 haiwan marine lain nya
[4] Ptg sket, kitaorg decide nak gi Oddicombe Beach plak. Oddicombe Beach ni dibawah cliff yg tinggi, so kena la turun in-style sket - naik cliff railway. Very interesting!
[5] Beach dia not bad, tp kan, sampai2 sana, ntah dari mana dtg kabus tebal giler sampai visibility jadi teruk. Tanya org2 yg kerja kat beach tu, semua kata pelik kabus ni, sbb x pernah sampai mcm ni skali tebalnya, especially on a hot day (x sejuk pon masa tu, kan td matahari terang benderang sampai nak pitam panasnya. Org2 siap mandi manda, tp nmpk dlm gmbr mcm in the middle of winter plak kan?).
[6] Bila patah balik gi town, eh tgk2 panas mcm td jgk, xde kabus2 pon. Walhal jaraknya x sampai 10 minit naik teksi pon. Hmmm... mystic kejap. Apapon, enjoy2 lg di sini. Peluang camwhoring berlambaks seyhhh, x elok dibazirkan, kan? hehe...
Kalo pjg umur, murah rezeki, InsyaAllah nak dtg lg. Kitaorg x mandi manda pon hari tu, tp Aisyah sorg sampi kasut basah tenggelam air laut bersalut pasir (kes main air manja2 gitu di gigi ombak tp belum cukup pandai bajet melarikan diri). Next time leh bawak bathing suit plak - utk Aisyah la, x kan la utk aku hihi :P
Friday, June 24, 2011
Bribe The Fat Lady With Pretzels
Hari tu ada wat post, tp retract plak sbb bila baca2 balik, mcm murung giler entry hehe. Apapon, terima kasih to a few of those yg sempat baca and komen, and please, jgn serik meninggalkan komen lg ye, especially to this first time commentator hari tu eh.
Anyway, ini hari kita fokus kpd benda yg lebih ceria. Nak catat kan benda2 kelakar yg si Aisyah ni ckp.
Case #1
For her bday, her Dad and I had gotten her a set of books. Sememangnya dia suka sgt pada buku2, and every night sebelum tido paling tidak mesti khatam 2 bijik la baru bole tido, so she was extremely happy.
Aisyah: I love BRIBERY!!!
Me: Huh? Oh, library...
Case #2
Aisyah performing a London Bridge Solo on the top of her lungs.
"London Bridge is falling down,
Falling down, falling down,
London Bridge is falling down,
My FAT lady"
Erk???
Case #3
Kdg2 dia bercakap dlm bahasa Melayu, tp sebutan dia agak kelakar. Comel punya kelakar lah, to me.
Aisyah: Ayah, GUMMAS. Mummy nak WUPPAT.
(translated as, 'Ayah, KEMAS. Mummy nak LIPAT (kain baju)'.
Hehe. I needed the floor space untuk lipat kain. Cpt sungguh dia bab2 sound kan ayah dia on behalf of Mummy, walhal yang bersepahnya tu toys dia jgk.
Case #4
Rutin biasa tido dgn Aisyah malam2 ialah mula2 bacakan buku cerita kat dia, then dah tutup bedside lamp tu, aku akan recite la Doa Tidur, Shahadah, Ayat Qursi, 3 Qul, etc sblm terlelap kan. Selalu nya baca mcm bisik2 la, x kuat dan x perlahan sgt. Tiba2 dgr Aisyah mcm menceceh, terganggu plak konsentrasi aku ni. Baru nak suruh dia diam dan tido lah, tiba2 baru dpt tangkap dia ckp apa...
".... Sin, Shin, Sod, Dhod,....."
OMG, terkedu kjp tau. Spjg aku baca ayat2 tu, dia ikut, tp baca Alif Ba Ta from start, coz that's the only part of the Al-Quran that she knows. Sejuk hati Mummy, nak....
Cuma aku bertambah kagum mcm mana brain budak2 bole proses yg aku ni reciting Al-Quran (Arabic), bukan nya BM or English or jargon. I mean, apakah spectral or timbral quality dlm those sounds yg bole buat dia not only differentiate that it's Arabic, BUT also bila dia dah identify it's arabic siap bole respond dgn a few arabic words/letters that she knows herself. Working on sound classification / identification and sound synthesis myself, I know this is a VERY HARD feat to do for computers, very expensive computationally and costly in terms of time too, due to higher level of processing. Maha Suci Allah!
***
Ok ni x de kena mengena dgn entry di atas, tp smlm aku buat soft pretzel. Dua, tiga hari dah asyik teringatkan pretzel Aunt Anne's je huhu. Nak2 smlm posa (20 jam you, kusss smgt from before 3 pg - 9.30 mlm), tp nafsu punya psl, ada plak tenaga nak menguli nya (dgn tgn dua kerat ni jgk, xde bread kneader). Tricky gak nak putar belit biar jd pretzel ni, org kat kedai buat mcm effortless je. Rupa xde, rasa ok la, aku wat 3 jenis - original with sea salt, cinnamon sugar, dan tabur cheese kat atas. Cuma yg cinnamon sugar tu x manis, kena tambah gula lg. Byk rupanya pakai gula, kalo wat sendiri baru tau takut nak makan, kalo beli kat kedai x bersalah je belasah huhu.. Bila dah malas nak roll pretzel tu, buat mcm tocang je jadilah...
Have a nice weekend, all!
Monday, June 20, 2011
Dated Post-SV Meeting Rant
Ni adalah rant lepas meeting hari Rabu minggu lps, but baru ada masa nak publish kan. God, time just slips out of my two hands lately, seems very much like it. Mcm2 nak di post kan di sini, but God I can't find the time, or if baru je melabuhkan ass di kerusi kat rumah utk bukak blogger dot com, sepertinya ramai aje org yg dengki ngan aku (Hubs, Aisyah - nak susu, tido kan Aisyah, cebokkan berak, gi masak, blah blah). Sabar je lah.... that's why sometimes mcm long hiatus tu :)
****
Baru lps meeting ngan SV. Meeting hari ni agak rushing sbb SV tu ada byk appoitnment dgn student and postdoc lain (dia buat skaligus semua perjumpaan, tp still one-by-one). Masa sampai turn aku dah dkt pkl 5 ptg pon. Aku pon siap cuak gak sbb by 5.30 ptg dah nak kena balik swap childcare plak ngan Hubs, dia kena gi keja. Tapi sempat la jgk diskas progress ngan dia, and dapatkan confirmation next steps.
Sebetulnya agak kuciwa dgn diri sendiri sbb aku janjikan ngan Prof 2 benda: (1) complete prototype and result for basic concatenation, (2) complete prototype and result for concatenation with weight. Yg dapat aku siapkan hanyalah result part (1), but prototype dia tu x fully automize kan lg, kena ada jgk campur tgn (kira semi-auto la ni). Pastu part (2) pon sama, executable, tp masih x bole fully automize kan lg sbb ada link2 dia yg x betul kena la manually buat. Lebih hampas lg, baru je dpt execute kan part (2) ni pg td, ya ampun, so x sempat la run habis, sbb setiap satu cycle aje dah mengambil 6 minit ye ladies and gentlemen, lembabs betul search algo yg aku implement kan ini. Lantak lah labu, janji jalan. Bkn scope aku pon nak tgk algo mana yg laju pon. Tp kesudahannya kena la mintak masa kecederaan dgn Prof biar dpt run result utk part(2) plak. Booo!
Oleh sbb aku fail memberikan result yg dicita, dan maybe jgk penyampaian aku yg kelam kabut menyebabkan susah nak faham kot apa aku ckp, maka beliau telah request written report for the results (and result yg bakal dpt utk part (2) ni), serta justifikasi kenapa itu ini blah blah. Which I don't really mind, honestly, sbb nnt masa thesis writing ceduk je dari sini. Yg letih sket nya ialah report due next week. Amikkkkkk.
Walaupon terasa hampagas dgn diri sendiri, tp Alhamdulillah, meeting hari ni telah verify kan yg method aku ni belum tersasar. Juga bila ada deadline sebegini, otak pon lebih aktif la mikir cara nak setelkan problem ngan coding and logik, kalo x bersawang2 tinggal. Harapan aku part ni cpt2 la dpt setel, sbb ada lg satu eksperimen lg yg harus di tackle, which is the more important part than all the other works I have done combined. Satu lg positif point drpd perjumpaan hari ni ialah dpt cross kan terus niat nak train weight by linear regression analysis tu. Prof ada bg alternatif yg lebih simple, I like! hehe... Sometimes I wonder apsal la aku sengaja overanalyze masalah and go out-of-way utk cari penyelesaian yg berjela2, sedangkan solution mudah is staring right at me. Partly salah aku menafsir dsata aku kot, but I guess itu lah guna nya SV, to point you in the right and most efficient method supaya x sesat :)
Moga2 dpt la siap by this Friday. Leh la reward kan diri sendiri over the weekend *sighing dreamily*