Wednesday, June 29, 2011

Gift


Sejak minggu lps duk rasa x brp tenteram sbb x dpt lagi menyelesaikan masalah coding. Tp Alhamdulillah, baru satni rasa lega sket sbb setakat guna mock data kecil2an mcm dah tepat (compare ngan manual calculation), tp sbb jap lg kena swap childcare ngan Hub, siapkan kat umah nanti and blogging dulu. Mmg berpinar gak la nak dpt penyelesaian, tp Syukur pada Allah for His Gift, ada jgk Dia tunjuk jalan. Isu nya sekarang, nak kena kejar balik sbb patutnya by end of June ni (esok last day), aku target dah siap part ni sepenuhnya, tp nmpknya baru siap half. Pastu nak run lg, satu or dua hari jgk tu. Then nak apply second test plak, and test lg utk beberapa hari, before finally buat analysis and write up for this section lah. Rasa2nya kena update and mintak extension lg ngan Prof esok ni, tebal dah kulit muka aduhai. Nasib Prof la ye dpt student cemerlang mcm aku huhuh T_T. Apapon, hati sudah bergumbira sket and bila dah setel ni smgt la jgk nak stay up buat kerja ke. Kalo masa stuck ngan masalah teknikal, kdg2 tido itu lebih baik, kurg sakit jiwa hihih.

Feeling ala2 blues2 gitu pon ada jg tgh meresap di jiwa skang ni. Esok final day Aisyah bersekolah di current nursery beliau. Lps ni dia akan start nursery baru on Monday. Pg td dah aku bawakan a gift and thank you cards utk cikgu2 yg pernah mengajar beliau spjg bersekolah di sini. Besar gak jasa diorg, sbb kena betul2 sabar jaga budak2 kecik ni kan, nangis kena pujuk, kena dukung, kena kilek, berak kena cuci, lampin kena salin. Sayang nak uproot dia dari sini, ye lah, tempat jatuh lg dikenang, ini kan pula tmpt jatuh berkali2. Aisyah start sekolah sini sblm pon umur dia 2 thn lg, masa tu duk bilik baby2 lg. Then masuk kelas budak 2-3 yrs utk setahun, dan skang sempat masuk kelas budak2 3-4 yrs selama 3 bulan. Sedih sbb dia dah ramai kawan2, belajar berckp kat sini, belajar trust org lain selain ibu bapa kat sini, bermain, melukis, menyanyi kat sini, even potty train pon kat sini jgk. Even cikgu kelas lama dia pon puji dia td masa kitaorg masuk kjp bg kad kat diorg, cikgu dia ckp, 'Her speech has picked up very nicely.' Mmg noticeable la. Aku rasa kalo x hantar dia masuk nursery, lg lambat la progress speech dia. Sebak plak bila pikir lama2 ni.

Tp bak kata Hubs, ala sedih kjp je. Masa amik keputusan nak pindah umah kitaorg skang ni pon bulan April hari tu, mmg duk sedih, sedih, tp sekali pindah dah x sebut2 pon. Cuma kekadang teringat la kan, adat la tu. So aku rasa better la sket, cuma harap2 nya transition si Aisyah ni ok la kat school baru. Hari Isnin ni dah aku chop amik cuti siap2, nak jd mak sanggup, menunggu kan si kecik ni la, first day katakan. Harap2 nya dia terima secara terbuka dan matang perpindahan ni, chewah...

Esok officially last day Aisyah attend sekolah current ni. Her learning diary, art folder etc, will be handed over tomorrow, so that sekolah baru ada rekod pencapaian dia skang. Esok jgk kena kosongkan tray dia, jgn lupa amik berus gigi, sun cream and apa2 lg brg dia yg mmg tinggal kat school. Ni part hiba gak ni, tp nasib baik esok aku ada byk hal, Hubs yg kena buat. Kalo x mau aku yg nangis by proxy utk Aisyah hehe.

Ok nak sambung scripting. Wish us the best!

Pics below adalah lps amik Aisyah from nursery td. Dia mintak suh amik gmbr dia, dah pandai posing skang, tp tgk mood jgk la. Kalo angin modeling dia mari, siap suh 'take my picture' lg.





7 comments:

Lia Sakinah said...

alahai...comelnye si aisyah berposing! xpe aisyah, auntie yakin aisyah akan adapting quick & well kt new school... ;-)
Bt mummy aisyah, jgn nangis2 eh...nti teacher marah (kata Qystina...hehehehe)

yatie chomeyl said...

mulo2 sedih la kot, lps tu bilo Aisyah dh dpt saing baru..mesti dio hepi doh

Mama Zharfan said...

aisyah sgt comel!! mesti fluent kan dia speaking :) my zharfan dh semakin lupakn english nya ni..adess semua peers semua kan melayu, mana tak ckp englishnya..

isabelle said...

gggaaaaaaaaaagaaaagaaaaaaaa...
gmbr aisyah tu membuatkan i sangat teringin nak ada baby girl.

hmm..susah2 sgt, kita berbesan je la oyis oiii *nada makbedah di kampung

Oyis said...

lia: aisyah pon suka gak ckp statement, " nanti mummy marah". nmpk sgt kita garang hehe

yatie: harap2 nyo la. sian plak kalo dia sedih lamo2

mamazharfan: tu la. aisyah ni pon skang speaking mmg pekat beraccent, balik msia nnt x tau la brp percent je tinggal. xpe la, to me, u lose a language, u gain another kan. yg penting, asas and cofidence in english tu dah disemai

isabelle: alaaa mak bedahhhh... kecik tapak tgn, nyiru saya tadahkan. *tepuk bahu mak bedah*

Nurfadhlina Mohd Sharef said...

comelnya si aisyah! and notes from her book tu pun menariks. mek, jangan blues2..bab nak adapt tu, i think it is a good exercise for her..cuba pk dari segi yg lain, rsnya mcm2 rezeki dapat sbb pindah kan...wish you all the best!

Oyis said...

thanks ina. aku ni sokmo doh, sket2 hiba2 sket2 hiba. manja berlebih.